Sunday, March 31, 2013

KATA-KATA YANG MENJADI BAHAN RENUNGAN

RENUNGAN

RENUNGAN

“Peluang terletak atas orang sini... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat.” - TG Datuk Nik Aziz Nik Mat
 

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak?" - Datuk Seri Anwar Ibrahim
 

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya". - Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Buah ranum pada tangkai; 
bahasa gugur dari hati,
 sekali janji, sekali nafi; 
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
 Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli,
 kalaupun Shakespear turun ke bumi! 
Jangan berikan undi,
 pada mereka yang menghina bahasa sendiri. 
Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua. – 
Datuk A. Samad Said
 

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," - Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
 
 
 

"Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, kutampar tangan mereka." - Mat Sabu
 

Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. [ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak menjaga dan memeliharanya.? Apakah rakyat masih tega untuk menyerahkan amanah kepimpinan negara kepada mereka pada PRU 13 nanti ? - Nasrudin Hassan
 
 

"Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini" - Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Friday, March 29, 2013

Zulkifli Muhammad Dalam kenangan

Profesor Dr Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan (1927-1964)

 
 
 
 
 
 
Rate This

Bersongkok dan berbaju melayu bukan untuk mempamerkan diri terlalu tebal rasa dan semangat melayu. Atau menunjuk-nunjuk diri sebagai pahlawan zaman. Tanpa menghunus keris, atau berlagak sebagai tuan, Prof Dr Zulkifli Muhammad 1927-1964) mampu menggugat hati lawan dengan ketajaman hujah, daya keilmuan dan komitmen yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat. Dua hari lagi genaplah 48 tahun beliau meninggalkan kita semua.
Semasa Chemek muda remaja dulu, apabila tiba sahaja hari Jumaat, selalu kedengaran soalan ditanya berbahasa-bahasa kepada jiran tetangga dan kenalan yang ditemui di warung-warung/kedai/depan pintu rumah.
alah mano tuh? (maksudnya: hendak ke manakah?)
Jawab mereka: nok gi dengga (nak pergi dengar kuliah agama). Ada yang kata, nok gi kelab Pah (nak pergi Kelab Pas). Ada yang kata: nok gi Dewe Zul (nak pergi ke Dewan Zulkifli Muhammad) dan ada juga yang jawab: Pat tok guru (tempat tok guru Nik Abdul Aziz mengajar pada pagi Jumaat)
Ke semua jawapan ini merujuk kepada kuliah pagi jumaat yang diadakan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dewan Zulkifli Muhammad terletak di tingkat dua Bangunan Pas di Jalan Dato’ Pati. Jika kita perhati pada bangunan Pas itu dari jauh, kita akan nampak ada tulisan jawi ‘kelab Pas’. Di tingkat bawah ialah deretan kedai buku dan pakaian yang dimiliki oleh seorang jutawan al-Marhum Jaafar Rawas.
Chemek sebenarnya mencari fakta sejarah mengenai orang yang memperjuangkan nasib orang melayu di akar umbi. Chemek juga sedang mencari-gali semula siapakah mereka yang bekerja keras untuk perpaduan orang melayu Islam di tanahair ini. Pencarian Chemek terhenti pada nama tokoh ini. Semakin banyak  membaca mengenai jasa beliau, semakin membuka mata chemek sendiri bahawa jasa ahli Parlimen Pas seperti beliau dapat menjawab kontroversi dan propaganda yang mengatakan bahawa Pas membelakangkan nasib orang melayu bahkan ia menunjukkan bahawa sejak awal lagi Pas adalah parti dan jemaah Islam yang benar-benar mengambil berat dan memperjuangkan Islam dan nasib orang Melayu.
Sebelum ini dewan di tingkat 2 di Kelab Pas tidak bernama. Ia menjadi tempat Tuan Guru menyampaikan kuliah lebih 30 tahun (atau lebih lagi) lamanya. Pada hari-hari biasa, ia menjadi tempat solat orang ramai. Sebagai mengenangi jasa Prof. Dr Zulkifli dalam Pas, maka Pas Kelantan menamakan Dewan itu sempena nama beliau.
Mari kenali serba sedikit siapakah insan ini  yang merupakan seorang tokoh pemimpin dalam Pas pada tahun 1950 – 1960 an. Sumber utama tulisan chemek ini dipetik dari blog Ibnu Hasyim  yang Chemek hanya kenal namanya melalui tulisan-tulisan beliau sejak dahulu. Boleh jadi juga tidak salah jika Chemek kira beliau (dan pak MSO)  sebagai ensiklopedia politik Kelantan, kerana rakaman bernilai sejarah Pas yang ditulis oleh mereka sehingga ke hari ini. Chemek juga merujuk kepada tulisan Abu Urwah ataupun YB Sa’ari Sungib dan Dr Fauzi Zakaria.
Latar belakang Peribadi dan Pendidikan
Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah Timbalan Yang Dipertua Agung (Presiden) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dari tahun 1956-1964. Anak Kelahiran Kuala Kangsar ini mendapat pendidikan tinggi di Mesir pada tahun 1940an. Dilahirkan pada 22 Mac 1927 di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Isteri beliau ialah Ustazah Asiah Kamaruddin, merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.
Sewaktu belajar di Mesir, beliau terdedah dengan pemikiran dan gerakan Islam. Bersama tokoh Pas sezamannya, Ustaz Haji Hassan Salleh, pada setiap minggu beliau mengikuti Hadith al-Thulatha, iaitu Kuliah mingguan yang disampaikan oleh pengasas Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna di Markaz Am pertubuhan itu. Setelah kematian al-Banna kuliah itu disambung oleh Syed Qutb. Dr Zulkifli masih meneruskan kehadirannya kuliah itu sehinggalah tahun 1951.
Rakyat Kelantan sejak pilihanraya terawal lagi telah menunjukkan sikap terbuka dalam menerima kepimpinan berpelajaran agama ataupun ulama’. Anak kelahiran Perak ini diterima rakyat Bachok, Kelantan walaupun beliau bukan asal di situ. Beliau memenangi kerusi parlimen Bachok pada tahun 1959 dan sekali lagi dalam pilihanraya 1964.
Sumbangan Prof. D Zulkifli Muhammad Sebagai MP Pas
Komitmen beliau terhadap tugas sebagai ahli Parlimen amat memberangsangkan. Beliau hadir penuh setiap persidangan dari awal sehingga akhir. Jika sehari, sehari penuhlah kehadirannya. Jika seminggu ataupun sebulan, jelas partisipasi beliau dari awal sehingga ke akhir. Seorang yang amat menekankan keikhlasan dalam berkhidmat untuk nusa dan agama. Inilah kunci utama kerja cermat beliau sepanjang menjadi pemimpin Pas dan masyarakat. Dari laporan-laporan Parlimen didapati beliau pantas berhujah dengan bernas dan setiap mesej yang diutarakan berkualiti tinggi.
Siapa menyangka, ahli parlimen Pas yang selalu dipanggil oleh pihak lawan sebagai ‘orang kampung’ ataupun dari parti ‘Tok Lebai’ boleh menggegarkan dewan rakyat melalui hujah dan pidato yang hebat.
  • Beliau ialah wakil rakyat pertama dalam sejarah Dewan menempa sejarah berucap selama empat jam berturut-turut.
  • Beliau juga menggesa Persekutuan Tanah Melayu agar menarik balik pengiktirafan terhadap negara Israel.
  • Pada 19 Ogos 1963, beliau berucap menentang penubuhan Malaysia dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Ini kerana jika berlaku penubuhan Malaysia, pulau Singapura akan terlepas dari kerajaan.
  • Beliau juga membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah beliau mengecam awal-awal akta ini sebelum ia diluluskan kerana beliau bimbang akta ini digunakan untuk kepentingan politik.
Beliau juga membangkitkan isu masyarakat dari hak keistimewaan orang-orang Melayu, bahasa Melayu, sehinggalah isu pendidikan seperti pengiktirafan sijil Kolej Islam Malaya, Pusat Latihan Guru dan menyarankan agar dihentikan penghantaran guru ke Brinsford dan Kirby di United Kingdom.  Dalam persidangan pada bulan November 1959, beliau membangkitkan soal-soal kerakyatan, cukai, minuman keras, pertanian seperti koperasi dan bidang teknik,
Sebulan kemudian, sewaktu persidangan dewan rakyat berlangsung pada bulan Disember 1959, beliau membangkitkan soal kerakyatan, perang saraf, pelajaran dewasa, rumah murah, penuntut Melayu di Mesir, Bahasa Melayu, cukai import, perlunya institute penyelidikan industry dan lain-lain.
Antara isu yang beliau sentuh pada bulan April 1960 ialah mengenai bahasa Melayu sebagai pengantar, ekonomi orang Melayu termasuk RIDA.
Ketika persidangan yang lain dari bulan Ogos hingga Disember 1960 Dr Zulkifli Muhammad mengemukakan persoalan mengenai pendatang haram, orang Melayu luar negeri, Laporan Razak mengenai pelajaran, perlunya Malay Economic Secretariat, ali baba, RIDA, cukai, anti corruption agency, architecture kebangsaan dan perlunya rumah-rumah murah untuk kakitangan kerajaan berpendapatan rendah.
Dalam tahun 1961, beliau mengemukakan pendapat mengenai Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengenai pelajaran dewasa, penggunaan Bahasa Melayu RIDA, FELDA, Dewan Bahasa dan Pustaka, menentang penubuhan Malaysia, dasar pelajaran dan rasuah. Tahun 1962, mengemukakan perlunya Staff Training Centre, Public Record, Crown Agent, RIDA, kemunduran pelajar Melayu, pengjian Islam, Kolej Islam, penubuhan Tabung Haji, perturan sekolah-sekolah, Kolej Pertanian, Bahasa Kebangsaan, perlunya Secretariat Melayu Kuala Lumpur, bahasa Melayu di mahkamah dan keselamatan jalan raya.
Komitmen beliau tidak surut walaupun penggal perjawatannya semakin berakhir. Dari isu yang besar sehinggalah kes terpencil yang tidak diselesaikan oleh kerajaan dibawa ke Parlimen. Contohnya seperti isu Bahasa Kebangsaan, Syarikat Kerjasama, dasar luar negara Association of Southeast Asia (ASA), kesihatan, sehingga kepada pengaduan rakyat yang diberhentikan kerja secara aniaya.
Antara lain sumbangan beliau sebelum dan sewaktu menjadi ahli parlimen Pas ialah beliau terlibat menentang keganasan komunis di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga terlibat menentang gagasan Malayan Union (yang disokong pada mulanya oleh UMNO) bersama pertubuhan Melayu berhaluan kiri.
Selain itu, beliau mengasah penanya yang tajam dan kritikal melalui tulisan dan rencana. Contoh penulisan beliau ialah: a) Falsafah Akhlak dalam Islam, b) Umat Islam Sekarang Makin Mundur, c) Peranan Filem dalam Masyarakat, d) Economic Justice, dan e) Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku iaitu Masyarakat dan Syariat, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup, dan Pegangan Hidup Umat Islam. Selain itu sebagai seorang pujangga yang kreatif, sajak-sajak beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Adunan semangat cintakan tanahair dan kekuatan Islamnya tersimpul kemas di dalam bait-bait sajak yang dihasilkan.
Apa yang cukup ketara dan menjadikan Pas unik di gelangang politik dari dahulu sehingga kini ialah ketika umno sibuk membicarakan pembelaan dan kepentingan Melayu berteraskan semangat kebangsaan, Pas melalui Dr Zulkifli Muhammad dan mereka yang kemudiannya terus membicarakan soal kepentingan bangsa, bahasa Melayu tetapi berpaksikan kepentingan agama Islam.
Sumbangan Beliau Dalam Pendidikan.
Prof. Dr Zulkifli Muhammad menyakini terdapat dua cara yang berkesan dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dengan nilai-nilai Islam dan luhur. Cara tersebut adalah melalui penglibatan dalam bidang politik dan pendidikan.
  1. Beliau telah menggerakkan usaha menubuhkan Kolej Islam Malaya di Klang (1953). Bagi mengenang jasa beliau dalam pendidikan ini, Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957. Gelaran ini diterima sebelum beliau menjadi ahli parlimen Pas.
  2. Beliau juga mencetuskan idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan  pada 1965.
  3. Perhatian beliau mengenai masalah Bahasa Melayu amat tajam. Bersama Pendeta Za’baa, beliau merintis penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka agar usaha memakmurkan Bahasa Kebangsaan dapat dijayakan.
  4. Menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu.
Profesor Dr Zulkifli Muhammad merupakan seorang pemikir masa depan bagi Pas. Beliau pernah menyuarakan bahawa Islam tidak dapat ditegakkan dalam negara ini tanpa sokongan orang-orang bukan Islam. Beliau jelaskan bahawa golongan bukan Islam mempunyai hak tersendiri dalam sesebuah negara Islam. Kerana itu, beliau mencadangkan agar Pas bersedia melihat masa depan merentas bingkai etnik dan sempadan bangsa Melayu semata-mata. Sesuai dengan sifat Islam yang menjadi rahmat untuk semua bangsa, maka beliau mencadangkan agar PAS mengkaji cadangan membuka keahlian kepada warga negara ini yang bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu. Namun, Jawatankuasa Agung PAS ketika itu tidak berhasrat membuka keahlian kepada golongan bukan Islam menyertai Pas hanya kerana ‘semata-mata kerana takut kalah pilihan raya’.
Penting untuk dinyatakan di sini mengenai kemelut politik pada tahun 1950 an dan 1960 an. Suasana negara ketika itu yang baru mencapai kemerdekaan tidak sunyi dari pertembungan, keganasan dan api perkauman. Kita mewarisi negara kini dalam simpulan-simpulan perkauman yang terlalu tebal ciptaan para penjajah. Catitan sejarah menunjukkan berlaku peristiwa hitam beberapa kali. Kesan tinggalan penjajah ini terus dirasai sehingga ke hari ini.
Pemergian Beliau
Di kala rakyat amat memerlukan seorang pemimpin seperti beliau, berlaku tragedi yang tidak disangka di Batu 4, 1/2 Jalan Kuantan, Pahang pada 6 Mei 1964.  Kereta Fiat Dr Zulkifli Muhammad telah dirempuh oleh sebuah land rover yang laju dari arah bertentangan. Isterinya meninggal di tempat kejadian, manakala beliau menghembuskan nafas terakhir semasa dibawa ke hospital. Hanya Allah s.w.t maha Mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi.
Kematian beliau menyebabkan semakin kusut keadaan politik ketika itu. Api sengketa dan pertembungan di antara Pas dan UMNO sedang berlaku. Profesor Dr Zulkifli pula baru sahaja memenangi kerusi pilihanraya umum parlimen Bachok untuk penggal kedua. Untuk menamatkan spekulasi bahawa kematian beliau adalah angkara kemalangan yang dirancang ataupun perbuatan kianat musuh politik, Tunku Abdul Rahman al-Haj iaitu PM ketika itu terpaksa membuat kenyataan di Dewan Rakyat. Kenyataan tersebut ke udara ke segenap pelusuk desa melalui radio RTM. Kemudian kerajaan persekutuan mengarahkan agar jenazah al-Marhum suami isteri diterbangkan dari Kuantan ke Kuala Kangsar. Lebih 10,000 datang untuk memberikan penghormatan, takziah dan solat jenazah termasuklah duta-duta asing dan juga pemimpin UMNO.
Sebelum menamatkan posting pada kali ini, Chemek ingin menekankan agar kita terus mencari ilmu dan maklumat yang benar lebih-lebih lagi maklumat mengenai sejarah.
Selain itu sebagai rakyat, kita mesti bijak dan kritikal dalam membuat pemilihan siapakah pemimpin yang akan diundi bagi bekerja untuk rakyat. Mereka ini mesti ikhlas bekerja sebagai wakil rakyat untuk semua (bukan untuk ahli Pas ataupun untuk ahli umno semata-mata).
Chemek sempat mendengar semula rakaman amanat Dr Zulkifli Muhammad dalam satu ceramah beliau. Dikatakan ucapan itu adalah ucapan terakhir daripada beliau sebelum beliau terlibat di dalam kemalangan. Antara perkara yang menyentuh hati Chemek ialah soal keikhlasan untuk berbakti kepada rakyat telah diperkatakan oleh tokoh ini. Keikhlasan inilah menurut beliau akan menjadi bekal untuk kita bawa apabila kita pulang kepada Allah s.w.t. Siapa menyangka rupanya inilah pesanan terakhir beliau kepada pemimpin ketika itu.
  • Chemek juga ingin cadangkan kepada Pas Kelantan agar menjadikan ruang Dewan Zulkifli sebagai Galeri Sejarah Pas Kelantan. Selain dari peranan hariannya sebagai tempat solat awam.
  • Kewujudan galeri ini kelak bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh generasi hari ini, malah ia dapat menjadi sumber dan tempat untuk mengumpul dan mempelajari  sejarah perjuangan Pas yang sudah lebih 50 tahun menabur bakti kepada masyarakat di samping menerima kunjungan pelawat dan muda-mudi. Jika tidak dihimpun sejara-sejarah ini, pengetahuan mengenai perjuangan Pas ini akan hilang sesudah kita kehilangan tokoh-tokoh ini.

AMANAT FADZIL NOR

Thursday, March 28, 2013




Political, judicial and administrative sectors 


1- An end to party rivalry, and a channelling of the political forces of the nation into a common front and a single phalanx.


2- A reform of the law, so that it will conform to Islamic legislation in every branch.


3- A strengthening of the armed forces, and an increase in the number of youth groups; the inspiration of the latter with zeal on the bases of Islamic jihad.


4- A strengthening of the bonds between all Islamic countries, especially the Arab countries, to pave the way for practical and serious consideration of the matter of the departed Caliphate.


5- The diffusion of the Islamic spirit throughout all departments of the government, so that all its employees will feel responsible for adhering to Islamic teachings.


6- The surveillance of the personal conduct of all its employees, and an end to the dichotomy between the private and professional spheres.


7- Setting the hours of work in summer and winter ahead, so that it will be easy to fulfill religious duties, and so that keeping late hours will come to an end.


8- An end to bribery and favoritism, with consideration to be given only to capability and legitimate reasons [for advancement].


9- Weighing all acts of the government acts in the scales of Islamic wisdom and doctrines; the organization of all celebrations, receptions, official conferences, prisons and hospitals so as not to be incompatible with Islamic teaching; the arranging of work-schedules so that they will not conflict with hours of prayer.


10- The employment of graduates of Al-Azhar in military and administrative positions, and their training.

Social and educational sectors 


1- Conditioning the people to respect public morality, and the issuance of directives fortified by the aegis of the law on this subject; the imposition of severe penalties for moral offences.

2- Treatment of the problem of women in a way which combines the progressive and the protective, in accordance with Islamic teachings, so that this problem - one of the most important social problems - will not be abandoned to the biased pens and deviant notions of those who err in the directions of deficiency or excess.

3- An end to prostitution, both clandestine and overt: the recognition of fornication, whatever the circumstances, as a detestable crime whose perpetrator must be flogged.

4- An end to gambling in all its forms - games, lotteries, racing, and gambling-clubs.

5- A campaign against drinking, as there is one against drugs: its prohibition, and the salvation of the nation from its effects.

6- A campaign against ostentation in dress and loose behavior; the instruction of women in what is proper, with particular strictness as regards female instructors, pupils, physicians, and students, and all those in similar categories.

7- A review of the curricula offered to girls and the necessity of making them distinct from the boys' curricula in many of the stages of education.

8- Segregation of male and female students; private meetings between men and women, unless between the permitted degrees [of relationship] to be counted as a crime for which both will be censored.

9- The encouragement of marriage and procreation, by all possible means; promulgation of legislation to protect and give moral support to the family, and to solve the problems of marriage.

10- The closure of morally undesirable ballrooms and dance halls, and the prohibition of dancing and other such pastimes.

11- The surveillance of theatres and cinemas, and a rigorous selection of plays and films.

12- The expurgation of songs, and a rigorous selection and censorship of them.

13- The careful selection of lectures, songs, and subjects to be broadcast to the nation; the use of radio broadcasting for the education of the nation in a virtuous and moral way.

14- The confiscation of provocative stories and books that implant the seeds of skepticism in an insidious manner, and newspapers which strive to disseminate immorality and capitalize indecently on lustful desires.

15- The supervision of summer vacation areas so as to do away with the wholesale confusion and licence that nullify the basic aims of vacationing.

16- The regulation of business hours for cafés; surveillance of the activities of their regular clients; instructing these as to what is in their best interest; withdrawal of permission from cafés to keep such long hours.

17- The utilization of these cafés for teaching illiterates reading and writing; toward this end, the assistance of rising generation of elementary school teachers and students.

18- A campaign against harmful customs, whether economic, moral, or anything else; turning the masses away from these and orienting them in the direction of ways beneficial to them, or educating them in a way  consonant with their best interests. These involve such customs as those to do with weddings, funerals, births, the zar (a ceremonial of exorcism), civil and religious holidays, etc. Let the government set a good example in this respect.

19- Due consideration for the claims of the moral censorship, and punishment of all who are proved to have infringed any Islamic doctrine or attacked it, such as breaking the fast of Ramadan, wilful neglect of prayers, insulting the faith, or any such act.

20- The annexation of the elementary village schools to the mosques, and a thoroughgoing reform of both, as regards employees, cleanliness, and overall custodial care, so that the young may be trained in prayer and the older students in learning.

21- The designation of religious instruction as a basic subject in all schools, in each according to its type, as well as in the universities.

22- Active instigation to memorize the Qur'an in all the free elementary schools; making this memorization mandatory for obtaining diplomas in the areas of religion and (Arabic) language; the stipulation that a portion of it be memorized in every school.

23- The promulgation of a firm educational policy which will advance and raise the level of education, and will supply it, in all its varieties, with common goals and purposes; which will bring the different cultures represented in the nation closer together, and will make the first stage of its process one dedicated to inculcating a virtuous, patriotic spirit and an unwavering moral code.

24- The cultivation of the Arabic language at every stage of instruction; the use of Arabic alone, as opposed to any foreign language, in the primary stages.

25- The cultivation of Islamic history, and of the national history and national culture, and the history of Islamic civilization.


26- Consideration of ways to arrive gradually at a uniform mode of dress for the nation.

27- An end to the foreign spirit in our homes with regard to language, manners, dress, governesses, nurses, etc; all these to be Egyptianized, especially in upper class homes.

28- To give journalism a proper orientation, and to encourage authors and writers to undertake Islamic, Eastern subjects.

29- Attention to be given to matters of public health by disseminating health information through all media; increasing the numbers of hospitals, physicians, and mobile clinics; facilitating the means of obtaining medical treatment.

30- Attention to be given to village problems, as regards their organization, their cleanliness, the purification of their water supply, and the means to provide them with culture, recreation, and training.

Economic sector 


1- The organization of zakat (charity) in terms of income and expenditure, according to the teachings of the magnanimous Sacred Law; invoking its assistance in carrying out necessary benevolent projects, such as homes for the aged, the poor, and orphans, and strengthening the armed forces.


2- The prohibition of usury, and the organization of banks with this end in view. Let the government provide a good example in this domain by relinquishing all interest due on its own particular undertakings, for instance in the loan-granting banks, industrial loans, etc.


3- The encouragement of economic projects and an increase in their number; giving work to unemployed citizens in them; the transfer of such of these as are in the hands of foreigners to the purely national sector.


4- The protection of the masses from the oppression of monopolistic companies, keeping these within strict limits, and obtaining every possible benefit for the masses.


5- An improvement in the lot of junior civil servants by raising their salaries, by granting them steady increases and compensations, and by lowering the salaries of senior civil servants.


6- A reduction in the number of government posts, retaining only the indispensable ones; an equitable and scrupulous distribution of the work among civil servants.


7- The encouragement of agricultural and industrial counselling; attention to be paid to raising the production level of the peasant and industrial worker.


8- A concern for the technical and social problems of the worker; raising his standard of living in numerous respects.


9- The exploitation of natural resources, such as uncultivated land, neglected mines, etc.


10- Priority over luxury items to be given to necessary projects in terms of organization and execution.

WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA





Pencinta Yang Dimuliakan Allah. :

Sunday, February 12, 2012

As Syahid Hassan Al Banna R.A 

 



Bismillahirohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Hari ini.. 12 Februari. Pada tahun 1949, tarikh yang sama, seorang pejuang Islam, antara tokoh agama yang disegani dan banyak berjasa pada abad ke-20; As-Syahid Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahullah 'Alaihi telah dibunuh. Beliau telah syahid menemui Allah di atas nama jihad dan gerak kerja dakwah islamiyyah.

InsyaAllah, marilah kita sama-sama menghayati wasiat, pegangan serta kata-kata nasihat beliau.

"Jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]


Pegangan serta Wasiat Hassan Al Banna.

Enam pegangan beliau ialah;

1) Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan agama di dalam dirinya.
2) Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3) Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
4) Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkn diri kepada Allah SWT.
5) Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6) Belajarlah men'fana'kan diri guna kepentingan cita dan agama. 


Manakala, antara 10 wasiat beliau kepada umat Islam ialah;

1) Apabila kamu mendengar azan, maka bangunlah dan menunaikan solat dengan serta merta walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali kamu membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul ini adalah satu-satunya Syi'ar Islam.
4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun pertengkarann kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7) Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebaikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang kamu bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta kamu berkenalan; kerana asas gerakan Da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas-tugas sendiri, maka, ringkaskanlah pelaksanaannya.



Pesanan Buat Pemuda Islam;

"Wahai pemuda! Seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat." 


Imam Hassan Al Banna menyeru kepada barisan pejuang Islam; 

"Medan juang kalian yang pertama ialah diri kalian sendiri, kalau kalian berhasil menaklukinya nescaya, mudahlah bagi kalian untuk menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Namun, kalau kalian tidak mampu menaklukinya, makan jangan harap kalian boleh menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Oleh kerana itu, latihlah diri kalian terlebih dahulu agar mampu menakluki diri kalian dan ingatlah bahawa seluruh dunia ini selalu menanti munculnya genarasi muda yang betul-betul suci, mempunyai koral yang kuat dan terpuji dan generasi itu tidak lain dan tidak bukan adalah diri kalian sendiri. Jangan berputus asa, tempatkanlah sabda Rasulullah SAW ini di depan matamu;


'Berikan 6 jaminan kepadaku, nescaya aku jamin syurga bagimu. 1) Jujurlah apabila berbiacara, 2) Tepatilah janji, 3) Laksanakanlah amanah yang telah dipercayakan kepadamu, 4) Peliharalah kemaluanmu (Tidak berzina), 5) Jaga baik-baik pandangan matamu, dan 6) Kendalikan pula tanganmu dengan sebaik-baiknya.'

Di dalam keretapi, setiap anggota Ikwanul Muslimin selalu berpindah ke kerusi yang lain sekiranya di hadapannya duduk seorang wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna dan jika mereka melihat seorang gadis berjalan di hadapan mereka, mereka akan selalu bergegas mendahuluinya sehingga gadis itu selamanya di belakang mereka, seperti yang dilakukan Musa AS ketika berjalan dengan kedua anak Syuib AS. 

Umar Al-Khattab RA berkata; "Aku lebih takut berjalan di belakang seorang wanita daripada berjalan di belakang harimau".


Al-Banna Dan Kasih Sayangnya.

Hassan Al Banna terkenal sebagai seorang yang berkasih sayang dalam menyampaikan da'wahnya, seperti sayang seorang guru kepada anak muridnya. Setelah manusia mendengar ucapannya, beribu-ribu orang merenungi diri masing-masing lalu bermuhasabah.;
"Apakah yang memberikan pengajian tersebut adalah wali Allah yang memiliki anugerah, yang mana dapat melihat apa yang ada dalam diri saya sehingga dia dapat menasihati saya sedemikian rupa..?"

Adakalanya, dalam menyelesaikan sengketa antara 2 orang yang berselisihan, beliau menganjurkan agar;
"Beristighfar 3 kali lalu berpuasa 3 hari atau 1 bulan atau solat malam, lalu beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah dalam solatmu."

Imam Al Banna selalu mengingatkan bahawa perlu berhikmah dalam menasihati dan menegur kesalahan sahabat;
"Barangsiapa yang menasihati sahabatnya tentang sesuatu yang ada pada diri sahabatnya itu serta menjelaskannya, itu beerti dia benar-benar telah menasihati sahabatnya itu. Sebaliknya barangsiapa yang menasihati sahabatnya di depan orang ramai beerti telah membuka aib sahabatnya itu."

Berkali-kali Imam Al Banna mengulangi hadis Nabi SAW; 
"Kamu takkan dapat menguasai manusia dengan kekayaan hartamu, maka taklukilah mereka dengan budi pekertimu."



Peribadi Muslim Sejati.

Beliau juga mengatakan tuntutan yang perlu ada bagi membina peribadi muslim unggul; yakni;
"Sejahtera 'aqidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain."



Antara petikan ucapan beliau pada Haji Terakhir;

"Sesungguhnya aku misalkan al-Islam ini sebagai sebuah piramid yang besar yang mempunyai 4 sisi (permukaan). Apabila seorang berdiri di hadapannya dia hanya akan melihat 1 permukaan sahaja.

Ada orang melihat bahawa Islam itu ibadat zahir semata-mata, ada yang melihat Islam hanya pada tasawuf, yang ke-3 pula menyatakan bahawa Islam itu hanya muamalah, orang yang ke-4 pula mengatakan bahawa politik sahaja. Di mana-mana tiap-tiap mereka itu terlalu fanatik & hanya tunduk pada pendapat dan pandangannya sahaja.

Demikianlah pandangan & gambaran mereka yang pelbagai menurut kacamata mereka dalam menimpa rukun Islam. 

Walhal, hakikat Islam itu adalah paduan dari penglihatan setiap daripada mereka tadi di mana mereka tidak mengenalinya sebagai satu agama yang sempurna & mereka tidak akan dapat mengetahui seluruhnya kecuali mereka berdiri di atas puncak piramid itu."



Kata-kata beliau mengenai Ukhuwah (persaudaraan).

"Serendah-rendah ukhuwah itu kamu berbaik sangka terhadap saudara kamu dan setinggi ukhuwah kamu mendahulukan saudaramu melebihi dirimu sendiri (ithar)."



Kata-Kata Ketika Dipenjara.

Ketika dipenjarakan di benteng "Qala'ah" Al-Imam Hassan berkata;

"Yang terkurung itu hanyalah orang yang tertutup hatinya dari mengingati Allah. Yang tertawan hanyalah orang yang tertawan oleh hawa-nafsu mereka sendiri. Mereka memusuhiku dan mengurungku di sini, padahal keterasinganku di sini adalah kesempatan bagiku untuk beribadah. Jika mereka membunuh, maka kematianku adalah kesaksian yang nyata."



Pesanan Imam Al Banna tentang Mengambil Berat tentang Hal Solat.

"Peliharalah baik-baik solatmu, berjemaahlah & kerjakanlah tepat pada waktunya, fahami hukumnya secara mendalam, ucapkanlah baik-baik bacaan ayat-ayatnya, khusyu' dan thoma'ninah-lah dalam melaksanakannya. Lalu, bacalah Al-Quran semampumu, renungilah isinya dengan khusyu' kemudian awasi anda dalam setiap gerak dan diammu. Barangsiapa yang selalu bersama Allah, nescaya Allah pun akan selalu menyertainya."



Hakikat Kelazatan Iman.

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

"Sesungguhnya hati seorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai kelazatan iman kepada Allah."


Subhanallah. MasyaAllah. Hebatnya peribadi & perjuangan tokoh Islam yang syahid kerana menegakkan agamaNya di bumi ini..

Beliau telah menyempurnakan amanahnya. Kini, insyaAllah, giliran kita pula menyambung perjuangan dakwah & islah ini, insyaAllah.

Allahu'alam.

Sunday, March 17, 2013

BUNG HATTA

BUNG HATTA

SHAFRUDDIN PERWIRANEGARA

TOKOH PENTING DIZAMAN KRITIKAL KETIKA REPUBLIK INDONESIA DITUMPASI BELANDA .SUKARNO HATTA MEWAKILKAN KERAJAAN KEPADA BELIAU


TAN MALAKA PAHLAWAN BANGSA

TAN MALAKA TOKOH ANTARABANGSA.WALAU APA PUN ORANG BERKATA TERHADAP BELIAU, TAN MALAKA SEBENARNYA PAHLAWAN BANGSA !


KATA IR SUKARNO YANG BANGSA YANG BEAR MENGENALI PARA PEJUANG DAN TOKOHNYA !

Tuesday, March 12, 2013

SUKARNO DAN WEJANGANNYA TENTANG INDONESIA

SHEIKH AHMAD DAHLAN PENDIRI MUHAMMADIYAH

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

 

Ahmad Hassan Bandung

 

 

 

Semua ibadah diharamkan kecuali yang ada perintahnya dari Nabi Muhammad”        

 [KH Ahmad Dahlan]


Kiyai Haji Ahmad Dahlan adalah seorang ulama’ reformis dan pemikir penting yang telah mencetuskan revolusi perjuangan yang besar dalam rangka pembaharuan di Indonesia. Beliau dilahirkan di Kauman, Yogyakarta pada tahun 1868 sebagai Muhammad Darwis. Bapanya, Kiyai Haji Abu Bakar bin Kiyai Mas Sulaiman adalah khatib di Masjid Besar Kesultanan Yogya, dan ibunya, Nyai Abu Bakar adalah puteri kepada H. Ibrahim bin Kiyai H. Hasan, seorang penghulu kesultanan Yogya juga pada masa itu.


Di desa inilah KH Ahmad Dahlan dilahirkan (Suasana di depan masjid KaumanDahlan dilahirkan dalam keluarga yang terkenal dengan latar agama dan sosial, dan mempunyai pengaruh yang kuat di daerah Kauman, dalam gerak perjuangan dan dakwahnya. Berbeza dengan kebiasaan dan cara pemikiran masyarakat dalam lingkungannya, Dahlan menzahirkan pandangan hidup yang luas dan ufuk pemikiran yang jauh.
Kesempatan mempelajari ilmu qiraat, tafsir, hadis, tawhid, fiqh, tasawwuf, dan falak di Makkah, dan kecenderungan menelaah karya-karya Imam Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida telah memberikan pengaruh yang besar dalam mencorakkan fikrah pembaharuan dalam jiwanya. 


Sebaik pulang ke Tanah Jawa, Muhammad Darwish menukar namanya kepada Haji Ahmad Dahlan.Dahlan dikenal sebagai faqih dan ulama’ besar yang mempunyai kefahaman dan ijtihad fiqh yang tersendiri. Beliau merupakan sosok pencerah yang berhasil mengetengahkan idealisme dakwah dan pembaharuan yang digagaskan oleh Muhammad Abduh ke Tanah Jawa. Usahanya menerapkan mazhab pemikiran Abduh dan revolusi pemikiran yang dibawanya telah menghasilkan pencerahan yang bermakna di daerahnya.
Demikianlah yang diungkapkan oleh Solichin Salam dalam bukunya K.H. Ahmad Dahlan Reformer Islam Indonesia

Alam kauman yang dahulu masih diliputi oleh suasana hidup beragama, tapi bersifat tradisional, konservatif dan statis, oleh Ahmad Dahlan ditukar menjadi masyarakat Islam yang dinamis dan revolusioner…bagaikan suara halilintar di siang hari dalam teriknya sinar matahari layaknya, pecahnya api-revolusi di Kauman Yogya adalah di luar dugaan. Karena mesiu itu meledak justeru di tempat hidupnya feudalisme, tradisionalisme dan konservatisme yang subur.”


Cita-Cita Perjuangan

K.H. Ahmad Dahlan adalah manusia-amal…yang dadanya penuh dengan cita-cita yang luhur”  [Presiden Soekarno]
Ahmad Dahlan adalah manusia pejuang yang tabah dan ulet, tidak kenal menyerah dan putus asa dalam mengejar cita-cita”  [Solichin Salam]
Sang Pencerah berjuang menghapuskan bid‘ah, membanteras kepercayaan khurafat dan syirik, membungkam faham mistik dan tahyul daripada warisan Hindu-BuddhaPerjuangan Kiyai Dahlan bertolak daripada cita-cita besar untuk menggerakkan revolusi, mencetuskan perubahan dan reformasi, dan membawa modernisasi Islam ke Indonesia. 

Hal ini diperlihatkan dalam perjuangannya bersama organisasi Islam seperti Budi Utomo, Serikat Islam dan Muhammadiyah bagi menghapuskan bid‘ah, membanteras kepercayaan khurafat dan syirik, membungkam faham mistik dan tahyul daripada warisan Hindu-Buddha, menumpaskan feudalisme, dan mengusir penjajah.

Dalam memimpin perubahan, dan merealisasikan ide-ide pembaharuannya, beliau tampil ke garis depan, memberi arahan dan mempelopori perjuangan yang dahsyat itu dengan meniupkan api perjuangan dan nahdah dan membangkitkan kesedaran ijtihad, dan menggerakkan aktivisme dan kegiatan rakyat dalam program keagamaan dan pendidikan, yang berhasil melenyapkan autoriti aparat agama dan membenamkan taqlid yang telah menyebabkan kemunduran fikiran.

Beliau membangun organisasi dakwah yang besar dengan mendirikan Muhammadiyah sebagai platform perjuangannya yang sah untuk membawa perubahan dan idealisme pemikiran yang segar di zamannya. Dalam hal ini Dr. H. Roeslan Abdulgani mengulas: “K.H. Ahmad Dahlan adalah salah seorang tokoh yang mewakili jiwa dan semangat aktivisme dari zaman 1912 itu.”

Tekad perjuangannya juga adalah untuk menukar sistem lama dalam pengajian di Pesantren, dan merangka kurikulum baru yang selaras dengan perkembangan moden, seperti diungkapkan oleh Dr. H. Abd. Karim Amrullah (Haji Rasul, ayahanda Hamka) tentang ide-nya untuk merobah sistem pendidikan pondok: “K.H.Ahmad Dahlan kecewa sekali melihat kekolotan yang meliputi tanah Jawa dalam soal Islam. Faham-faham salah tentang agama masih mendalam. Kaum Kristen bertambah maju. Kiyai itu berusaha hendak membangkitkan Islam dengan cara baru, iaitu membuat pelajaran pondok dengan secara sekolah, sehingga jalan pengajaran beraturan. Cara pondok lama saja, tidak akan dapat dipertahankan lagi.”

KH Ahmad Dahlan termasuk salah seorang ahli fikir Muslim yang besar yang terkesan dengan seruan pembaharuan yang dicanangkan Muhammad Abduh (Gambar: Poster filem Sang Pencerah))Pengaruh Muhammad Abduh
Pada suatu ketika, Syeikh Ahmad Surkati naik kereta api dari Jakarta menuju Surabaya, lewat Yogya dan Solo. Dalam perjalanan itu bertemulah Surkati di dalam kereta api dengan Kiai Dahlan yang sedang membaca kitab tafsir Muhammad Abduh.” [K.H. Ahmad Dahlan Reformer Islam Indonesia oleh Solichin Salam] – (

Syeikh Ahmad Surkati adalah pengasas gerkan reformis al-Irsyad, salah satu daripada tiga gerakan reformis Indonesia selain Muhammadiyah dan Persatuan Islam oleh A. Hassan Bandung)
KH Ahmad Dahlan termasuk salah seorang ahli fikir Muslim yang besar yang terkesan dengan seruan pembaharuan yang dicanangkan Muhammad Abduh. 

Hal ini dizahirkan daripada perjuangannya untuk membangun pemikiran moden yang diasaskan oleh Muhammad Abduh, seperti diungkapkan oleh Prof. Dr. H. Kraemer dalam bukunya Agama Islam

Sebetulnya di dunia Islam sudah ada teladan pergerakan Islam yang bersifat baru lagi yang bermaksud mempertahankan agama Islam terhadap pengaruh-pengaruh kebaratan yang mungkin mengancam kedudukan umat Islam. Iaitu pergerakan baru yang timbul di Mesir di bawah pimpinan Muhammad Abduh. Maksud Muhammad Abduh dan kawan-kawannya ialah membuktikan agama Islam mungkin mencocokkan dirinya dengan suasana zaman baru oleh sebab asas dasar agama Islam sebenarnya untuk segala  zaman. Dengan menurut teladan itu, di Indonesia pula diisytiharkan pergerakan Islam yang bersifat baru dengan pimpinan Haji Ahmad Dahlan di Yoyakarta.”

Pengaruh Imam Muhammad Abduh terhadap gerakan Muhammadiyah cukup besar dalam garis perjuangan yang dilakarkannya dan manhaj pemikiran yang dikemukakannya, dan ketrampilan gerakan Muhammadiyah banyak terpengaruh dengan sosok dan pemikiran Abduh yang terbangun daripada gagasan Pan Islamisme-nya.

Khittah perjuangan yang digariskan Abduh bersama al-Afghani dan Ridha dalam al-‘Urwat Al-Wuthqa dan Tafsir al-Manar telah menzahirkan kesan dan dampak yang jelas dalam pemikiran dan idealisme perjuangan K.H. Ahmad Dahlan, seperti yang dirakamkan dalam Ensiklopedi Islam Indonesia tentang ketokohan dan aspirasi perjuangan Dahlan: “Ia pun semakin intens berinteraksi dengan pemikiran-pemikiran pembaharu dalam dunia Islam, seperti Muhammad Abduh, al-Afghani, Rashid Ridha dan Ibn Taimiyah. Interaksi dengan tokoh-tokoh Islam pembaharu itu sangat berpengaruh pada semangat, jiwa dan pemikiran Darwisy.”

Risalah Tauhid antara karya yang banyak mengilhamkan ide dan fikrah pembaharuan dalam diri Sang PencerahHasil karya Imam Muhammad Abduh seperti Risalat Tawhid, Tafsir Juz AmmaAl-Islam wa al-Nasraniyyah Ma‘a al-‘Ilm wa al-Madaniyah, Al-‘Urwat al-Wuthqa dan Tafsir al-Manar banyak mengilhamkan ide dan fikrah pembaharuan dalam dirinya. Karya-karya ini melantarkan ide-ide reform yang tuntas dan mendasar dan melakarkan falsafah perjuangan yang jelas yang telah mencorakkan kefahaman Islam yang kental dan menggilap ruh perjuangan dalam dirinya.

Pengaruh Muhammad Abduh terhadap Kiyai Dahlan ini dirumuskan oleh Solichin Salam dalam karyanya K.H. Ahmad Dahlan Reformer Islam Indonesia yang menganalisis kekuatan tersendiri Ahmad Dahlan:

Jikalau kita bandingkan perbedaan dari kedua reformer Islam Muhammad Abduh di Mesir dan K.H. Ahmad Dahlan di Indonesia ialah kalau Abduh terkenal dengan ketajaman penanya, dan dengan penanya itu pula dituangkannya segala fikiran dan cita-citanya, maka dalam hal ini berbeda halnya dengan Ahmad Dahlan. Beliau rupanya tidaklah termasuk seorang penulis atau pengarang yang lancar penanya sebagai Abduh. 

Hal ini dibuktikan bahwa sepanjang pengetahuan kita belum pernah terdengar bahwa beliau ada meninggalkan hasil karya atau karangan yang dapat dijadikan pedoman serta bahan dalam melanjutkan cita-cita dan perjuangannya. Melainkan kedua-duanya sama ahli berfikirnya, sama pula idealis dan pejuangnya, serta sama pula reformernya, namun kelemahan yang ada pada Ahmad Dahlan ialah karena beliau tidak memiliki kepandaian mengarang sebagaimana Abduh, tetapi kelebihannya ialah beliau dapat mengamalkan apa yang dicita-citakan dalam bentuk suatu organisasi seperti Muhammadiyah.”

Pemikiran reform Muhammad Abduh yang meledak di Mesir itu turut diperjuangkan oleh kelompok muda yang lain di Indonesia seperti Said Muhammad bin Aqil, Hamka, Hassan Bandung, Hasbi ash-Shiddiqi, Abdul Halim Hasan, Zainal Arifin Abbas, Sulayman Rasyid, Isa Ansari, Munawwar Khalil dan Ahmad Surkati menerusi Jam‘iyat al-Islah wa al-Irsyad al-Islamiyyah.

Di Tanah Malaya perjuangan Abduh diteruskan oleh Syaikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar al-Syaari, Ustaz Mustafa Abdul Rahman, Sayid Sheikh al-Hadi dan lain-lainnya yang hampir kesemuanya pernah menuntut di al-Azhar dan berusaha menghidupkan semula tradisi pemikiran yang diperjuangkan Abduh dan melanjutkan gagasan pembaharuannya.

“Saya titipkan Muhammadiyah ini kepadamu!” – K.H. Ahmad DahlanMuhammadiyah

Saya titipkan Muhammadiyah ini kepadamu!” – K.H. Ahmad Dahlan
Terkesan dengan perjuangan Imam Muhammad Abduh, KH Ahmad Dahlan mendirikan Perserikatan Muhammadiyah pada 18 November 1912 (8 Zulhijjah 1330) bagi meneruskan cita-cita perjuangan Abduh. 

Tujuan asasnya adalah untuk memperbaharui pemahaman agama, memangkin perubahan sosial, mengangkat kehidupan rakyat, dan menggerakkan aspirasi moden dan memajukan pesantren-pesantren di seluruh Indonesia. Ia berusaha melenyapkan aliran orthodoks yang masih terbelenggu dengan faham konservatif yang kolot, membasmi kebekuan, stagnansi, dan keterbelakangan umat Islam daripada sudut kemajuan fikiran.
Dasar Muhammadiyah yang termaktub dalam pasal IV perlembagaannya mengisytiharkan: 

“Bahwa maksud dan tujuan perserikatan ini ialah menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam, sehingga dapat mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar-benarnya.”
Untuk mencapai maksud dan tujuan tersebut diusahakanlah berbagai langkah termasuk: 

(1) meneguhkan iman, memperkuat ibadah serta mempertinggi akhlak 

(2) menggiatkan penyelidikan ilmu Islam dan mendapatkan kemurniannya 

(3) memajukan dan memperbaharui pendidikan dan kebudayaan menurut tuntutan Islam 

(4) menggerakkan dakwah dengan kegiatan amar ma‘ruf nahi munkar 

 (5) mendirikan dan memelihara tempat-tempat ibadah dan wakaf 

(6) membimbing pemuda-pemuda supaya menjadi orang Islam yang bererti 

(7) menyuburkan amalan tolong menolong dalam kebajikan dan taqwa, dan  

(8) menanam kesedaran agar tuntunan dan peraturan Islam berlaku dalam masyarakat.
Muhammadiyah ditunjangi oleh Majlis Tarjih, Hikmah, Aisyiyah, Hizbul Watan, Pemuda, Pengajaran, Taman Pustaka, Tabligh, Penolong Kesengsaraan Umum, Ekonomi, Wakaf dan keharta-bendaan, yang mewakili hasratnya di setiap peringkat untuk melancarkan penyebaran ilmu, mengangkat kedudukan wanita, memacu pertumbuhan ekonomi, memajukan pengetahuan dan dakwah Islam dan menyemai semangat kerukunan beragama.

Mengulas peranan Muhammadiyah yang penting dalam pemberdayaan massa ini,  Soedarisman Poerwokoesoemo menyatakan: “Lahirnya Muhammadiyah bererti suatu renaissance bagi agama Islam sebab Muhammadiyah memperbaharui cara-cara agama Islam itu harus dipraktikkan oleh umatnya. Logis bahwa ada reaksi terhadap usaha Muhammadiyah itu, karena dalam perjuangan memang suatu hal yang biasa, di mana ada aksi mesti ada reaksi. Rasanya juist reaksi inilah yang dapat menjadi pendorong bagi Muhammadiyah untuk giat berjuang untuk mencapai cita-citanya.”

Muhammadiyah dianggap gerakan Islam paling tersusun di dunia yang diterajui oleh jentera dakwah yang tersusun dan saf kader yang teguh mempertahan idealisme dan cita-cita perjuangannya, seperti ditegaskan oleh Sayyid Amin al-Husayni, bekas mufti Palestin ketika mengunjungi Indonesia dan melihat gerakan Muhammadiyah dengan mata kepalanya sendiri: “Perserikatan Muhammadiyah adalah perserikatan Islam yang paling besar dan paling teratur di dunia…di tanah Arab pun tidak ada perserikatan agama sebesar dan seteratur ini.”