Tuesday, January 15, 2013

BAGAIMANA MEMERINTAH TANPA KEPENTINGAN DIRI

CONTOHI UMAR ABDUL AZIZ DAN BACA KATA-KATA DI BAWAH  :

 

  JIKA SESEORANG INDIVIDU PUNYAI KUASA UNTUK MENGAWAL DAN MENGUASAI DIRINYA SENDIRI MAKA   SEMUA KERAJAAN YANG WUJUD  DI LUAR  ADALAH ZALIM. INI KERANA  KERAJAAN  TIDAK SUNYI DARIPADA BERBUAT KESEWENANGAN.MENGAPA ?

KERANA KERAJAAN TIDAK TERLEPAS DARIPADA KEPENTINGAN DIRI DAN PARTI YANG MEMERINTAHNYA.

CONTOHNYA SISTEM RAJA MUTLAK KERAJAAN MENJADI  MILIK PERIBADI DAN KELUARGA.MAKA MENJELMALAH DINASTI ! 

CONTOHNYA ARAB SAUDI.KERAJAAN DINAMAI ATAS NAMA KELUARGA SAUD . NAMA YANG MENGUBAH BUMI ASALNYA IAITU HIJAZ

BAGAIMANA DENGAN KRONISME DAN KORPORAT.TIDAKKAH KERAJAAN -KERAJAAN KINI DI KAWAL OLEH GOLONGAN PENIAGA ? 

APABILA GOLONGAN PENIAGA/KORPORAT YANG  MENENTUKAN NAIK DAN TURUNNYA KERAJAAN AKIBATNYA RAKYAT AKAN MENJADI MANGS.

KRONISME DALAM SEJARAH ISLAM BERMULA PADA MASA PEMERINTAHAN SAIDINA OSMAN.IA BERLAKU APABILA BELIAU MENGUTAMAKAN KAUM KELUARGA DALAM PEMERINTAHAN DAN MENJADIKAN KEKAYAAN NEGARA BERADA DALAM LENGKONGAN GOLONGAN KECIL YANG MENGUASAI PEMRINTAHAN.

PADA KETIKA ITU GAYA HIDUP GOLONGAN PEMERINTAH MULAI BERUBAH .MEREKA TIDAK LAGI MAHU HIDUP SECARA BERZUHUD SEBAGAIMANA NABI MUHAMMAD.

APABILA SAIDINA ALI CUBA MEMPERBETULKANNYA BELIAU MENERIMA TENTANGAN DARIPADA GOLONGAN YANG SELESA DENGAN KEHIDUPAN ISTIMEWA ! 

SISTEM KHALIFAH MULAI TERGUGAT DAN DIGANTIKAN DENGAN SISTEM BERAJA MUTLAK  BANI UMAIYYAH DAN BANI ABBASIAH. CORAK  PEMERINTAHAN  SEBENARNYA IALAH  RAJA MUTLAK TETAPI MEMAKAI GELAR KHALIFAH.

SISTEM TERSEBUT RUNTUH APABILA BAGHDAD DILANGGAR PUAK MONGGOL HULAGU KHAN PADA TAHUN 1258 M 

DISAMBUNG SEMULA OLEH USMANIAH TURKI HINGGA TAHUN 1924.BERAKHIR SECARA TOTAL APABILA DIJATUHKAN OLEH PUAK SEKULAR MUSTAFA KAMAL YANG BERKIBLAT KE BARAT DAN BENCIKAN APA SAJA YANG BERKAIT DENGAN AGAMA.

KINI KEBANYAKAN NEGARA   - NEGARA DI DUNIA MEMILIH SISTEM DEMOKRASI . SISTEM TERBAIK YANG BANYAK CACAT CELA TERUTAMA APABILA DIKUASAI OLEH PARA KAPITALIS. 

If the individual has  aright to govern himself all external government is tyranny hence the necessity of abolishing the state - Benjamin Tucker

No comments:

Post a Comment