TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
“Peluang terletak atas orang sini... atas
pengundi. Dia pengundi , nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima
Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada
jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia
akhirat.” -
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan
menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam
kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh
PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya". -
Tun Abdul
Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Kenyataan tersebut diucapkan Tun Razak di parlimen setelah disoal oleh Lim Kit Siang . Kenyataan seorang PM di dalam dewan penggubal dasar pun diketepikan oleh kerajaan persekutuan.
Berbelas tahun royalti dibayar kepada kerajaan Terengganu masa Wan Mokhtar jadi menteri besar. Tiba-tiba terhenti apabila PAS menang di Terengganu. Ia diganti jadi Wang Ihsan.Wang disalur kepada agensi persekutuan. Apa dah jadi ?
Kini hak royalti Kelantan pula dinafikan.Pelanggaran-pelanggaran seperti ini tidak boleh dimaafkan.Rakyat mesti memperbetulkan penyelewengan. Bagaimanakah caranya ? Gunakan kuasa undi sebagaimana kata TG Nik Aziz sebagaimana di atas !
No comments:
Post a Comment