Thursday, January 31, 2013

RUMAH UNIK DAN KREATIF

KETUANAN MELAYU SELEPAS 55 TAHUN MERDEKA

PERJUANGAN BLOGGER DI ALAM MAYA

Gerakan Revolusi 2013,Blogger-blogger PR Ditubuhkan.


KL 4 Apr 11:
Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) semalam, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.


"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar."
(IH/Harakah)

SIAPA PENTAFSIR QURAN YANG PERTAMA DI ALAM MELAYU

Gambar Sheikh Abdur Rauf Al-Fansuri As-Singkili atau dikenali Teuku
Syiah Kuala guru kepada Tok Pulau Manis dan Tok Sheikh Ulakan


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

SYEIKH ABDUR RAUF FANSURI
pentafsir al-Quran pertama dalam bahasa Melayu.. Demikian tulisan Almarhoum Sheikh Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Ikutilah tulisan ini...

MENGENAI ulama ini sangat banyak ditulis orang, namun tulisan ini terlebih dahulu mengemukakan kelainan penulisan yang bersumber daripada orientalis yang diikuti oleh hampir semua penulis dunia Melayu, iaitu tentang namanya yang dikemukakan sebagai Abdur Rauf Singkil atau al-Sinkili. Walhal daripada Syeikh Abdur Rauf sendiri belum ditemui penambahan perkataan Sinkili di hujung namanya, yang ada hanyalah ‘al-Fanshuri’.

Penambahan nama ‘al-Fanshuri’ bukan ‘as-Sinkili’ di hujung nama untuk Syeikh Abdur Rauf bin Ali yang tersebut dilanjutkan oleh semua ulama Melayu, yang dimulai oleh muridnya Baba Daud bin Ismail ar-Rumi ketika beliau menyelesaikan Turjumanul Mustafid atau Tafsir al-Baidhawi, demikian juga pada salasilah Tarekat Syathariyah dan Tarekat Qadiriyahnya.

Hal yang sama dilanjutkan pula oleh murid Baba Daud bin Ismail ar-Rumi bernama Syeikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi dalam Manzharul Ajlanya. Malahan juga sama dengan yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi di dalam Bidayatul Hidayahnya. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Manhalush Shafi juga menyebut nama Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri.

Demikian halnya dengan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani di dalam Siyarus Salikin. Demikian halnya dengan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani di dalam Aqidatun Najin dan juga Syeikh Ahmad al-Fathani pada kenyataannya sewaktu mentashhih kitab Turjumanul Mustafid/Tafsir al-Baidhawi.

Barangkali tulisan terawal di kalangan ulama yang menyebut ulama ini berasal dari Singkel ialah Syeikh Abdur Rauf bin Makhalid Khalifah al-Qadiri al-Bantani dalam karyanya berjudul Mukhtashar Tashnif Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fanshuri. Di antara tulisannya, “... dan berkata orang yang arif, iaitu Syeikh Abdur Rauf anak Ali, Singkil nama negerinya”.

Pada halaman terakhir manuskrip tertulis, “Ini kami mengambil risalah ini karangan Syaikhu Masyaikh segala Jawi Syeikh Abdur Rauf Aceh, Singkil nama kampungnya ....”

Namun dalam tulisan ini, penulis tetap mengikut tulisan ulama-ulama kita, iaitu menyebut nama lengkapnya Syeikh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Fanshuri. Nama Aminuddin yang biasa dipakai pada awal namanya, namun jika dihilangkan tidaklah cacat kerena untuk memendekkan kalimat.

ASAL USUL DAN PENDIDIKAN

Menurut pendapat A. Hasymi, ada dua orang ulama yang bersaudara keturunan Parsi, iaitu Ali al-Fansuri dan Hamzah al-Fansuri. Datuk nenek kedua-duanya diberi kepercayaan oleh kerajaan memimpin pusat pendidikan yang bernama Daya Blang Pria. Ulama tersebut bernama Syeikh al-Fansuri.

Bahawa pada masa pemerintahan Sultan Alaiddin Riayat Syah Said Mukammil, 997-1011 H/1589-1604 M, dua orang keturunan Syeikh al-Fansuri itu mendirikan dua pusat pendidikan Islam di pantai barat Tanah Aceh, iaitu Syeikh Ali al-Fansuri mendirikan Dayah Lipat Kajang di Simpang Kanan. Adiknya Syeikh Hamzah al-Fansuri mendirikan Dayah Obah di Simpang Kiri Rundeng.

Pada 1001H/1592M, Syeikh Ali al-Fansuri dikurniakan seorang putera yang diberi nama Abdur Rauf. Ada pendapat lain menyebut bahawa Abdur Rauf lahir dalam tahun 1024H/1615M. Pendapat tersebut berbeza dengan pendapat Dada Meuraxa, menurutnya Abdur Rauf lahir di Singkel (Aceh Selatan), ibunya berasal dari Barus. Katanya, dalam sejarah abad ke-16 terdapat dua ulama yang serupa namanya, Syeikh Abdur Rauf dari Singkel dan Syeikh Abdur Rauf dari Barus.

Hamka dalam bukunya yang bercorak menyerang Ir. Mangaraja Onggang Parlindungan berjudul Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao telah memansuhkan pendapatnya sendiri yang sebelumnya mengatakan bahawa yang bernama Syeikh Abdur Rauf itu adalah dua, dalam buku tersebut beliau mengatakan hanya seorang.

Walau bagaimana pun kalimat di bawah ini mencerminkan bahawa beliau masih belum tahqiq atau ragu-ragu. Katanya, “Tetapi saya akan kembali pula mengatakan dua kalau ada orang yang dapat mengemukakan fakta yang dapat dipertanggungjawabkan”.

Pendapat Dada Meuraxa dan Ir. Mangaraja Onggang Parlindungan yang menyebut Syeikh Abdur Rauf ada dua orang disokong kuat oleh Abdullah Abbas Nasution dalam bukunya Sejarah Islam Sedunia 14 Abad Silam.

Dengan bersyukur kepada Allah, penulis menemukan bukti bahawa di Aceh pada zaman yang sama memang terdapat dua orang yang bernama Syeikh Abdur Rauf. Penulis juga menemukan sebuah manuskrip berjudul Durratun Nakhirah Tanbihan li Durril Fakhirah karya Syeikh Sirajuddin bin Jalaluddin yang diselesaikan pada 1238 H/1822 M. Di dalam kitab tersebut diceritakan dua orang yang bernama Abdur Rauf, iaitu yang seorang Abdur Rauf saja dan yang seorang lagi Abdur Rauf Hitam.

Menurut jalan cerita kitab itu, yang Abdur Rauf saja iaitulah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Kedua-dua Abdur Rauf itu menerima wasiat daripada Syeikh Muhammad az-Zainusy Syakhiyah sewaktu mereka masuk ke dalam kubah Syeikh Syazili di Mokha.

Jadi berdasarkan kepada kitab yang tersebut bererti Syeikh Abdur Rauf memang ada dua orang. Walaupun dalam kitab tersebut tidak memberi maklumat secara jelas bahawa mereka berasal dari Aceh, namun secara logiknya dapat diterima bahawa mereka memang datang dari negeri yang sama.

Secara umumnya, mereka sama-sama berasal dari Sumatera. Penulis tidak bermaksud mencampuri pertikaian-pertikaian pendapat yang tersebut, tetapi dua orang yang bernama Abdur Rauf itu, penulis ungkapkan adalah menceritakan suatu penemuan penulis yang terbaru. Sekali gus adalah merupakan jawapan terhadap tulisan Almarhum Buya Hamka yang masih mencari-cari tentang Syeikh Abdur Rauf satu atau dua orang itu.

Syeikh Abdur Rauf Hitam tidak dibicarakan dengan panjang di sini, yang dibicarakan ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, penyusun Turjumanul Mustafid iaitulah terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu.

Hampir semua karya beliau sudah penulis pegang dan baca, baik yang manuskrip mahupun cetakan. Ada pun karya ulama bernama Syeikh Abdur Rauf Hitam belum lagi penulis menemuinya. Oleh itu tidak perlu dibicarakan mengenai beliau dalam artikel ini.

Mengenai para gurunya, Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri mencatatkan dalam karyanya, Umdatul Muhtajin, secara keseluruhannya, termasuk salasilah Tarekat Syathariyah dan Tarekat Qadiriyah, telah penulis tulis dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara jilid 1. Namun begitu, baik pada manuskrip ‘Umdatul Muhtajin mahupun Kifayatul Muhtajin koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terdapat ketinggalan beberapa nama jika dibandingkan dengan salasilah Tarekat Syathariyah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Pada salasilah Tarekat Syathariyah Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri, tidak tersebut nama Syeikh Abdullah asy-Syathari. Seharusnya guru Imam Qadi Syathari ialah Syeikh Abdullah asy-Syathari, dan guru Syeikh Abdullah asy-Syathari ialah Syeikh Muhammad Arif. Demikian menurut salasilah Tarekat Syathariyah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Pada salasilah Tarekat Syathariyah Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri langsung saja sesudah Syeikh Qadi Syathari berguru kepada Syeikh Muhammad Arif.

Orang-orang anti tarekat selalu berpendapat bahawa salasilah tarekat ada yang terputus-putus ertinya seseorang guru tarekat meninggal dunia, muridnya pula belum lahir. Hal ini berlaku seperti Syeikh Hasan al-Kharqani tidak pernah berjumpa dengan Abi Yazid al-Bistami. Demikian juga Abi Yazid al-Bistami tidak pernah berjumpa dengan Imam Ja'far Shadiq.

Pandangan yang keliru dan salah itu perlu dijawab, jawapannya ialah bahawa kedua-dua tempat pada salasilah itu tidak terputus, dengan hujah-hujah sebagai yang berikut, bahawa yang tersebut ini memang ada golongan tarekat yang lebih suka menyebut bahawa penerimaan itu adalah secara rohaniah.

Namun secara arif, pengkaji-pengkaji dan pengamal-pengamal tarekat mempunyai hujah-hujah lain, iaitu sebenarnya Syeikh Hasan al-Kharqani sebelum menerima secara rohaniah daripada Syeikh Abi Yazid al-Bistami. Beliau terlebih dahulu belajar dengan Syeikh Abi Muzhaffar at-Thusi. Syeikh Abi Muzhaffar at-Thusi belajar pula kepada Khawajah Abi Yazid al-Asyqi. Khawajah Abi Yazid al-Asyqi belajar kepada Muhammad al-Maghribi. Khawajah Muhammad al-Maghribi inilah yang sebenarnya menerima tawajuh tarekat daripada Syeikh Abi Yazid al-Bistami.

Adapun perantaraan Syeikh Abi Yazid al-Bistami dengan Imam Ja'tar Shadiq pula, ialah Syeikh Abi Yazid al-Bistami berguru kepada Imam Ali Ridha. Imam Ali Ridha belajar kepada ayahnya Imam Musa al-Kazhim, Imam Musa al-Kazhim belajar pula kepada ayahnya Imam Ja'far as-Shadiq.

Dengan keterangan di atas tidak ragu lagi bahawa tarekat-tarekat yang diterima oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri dari guru-gurunya selama berada di Mekah, Madinah dan Timur Tengah adalah sah ditinjau dari segi salasilah menurut istilah tasauf atau sanad dalam ilmu hadis.

Dari keseluruhan gurunya yang cukup ramai, yang paling banyak beliau sebut ialah Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani.

MURID-MURID DAN KETURUNAN

Murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri sangat ramai, tetapi yang dapat dipastikan ada beberapa ulama besar yang sangat terkenal menyebarkan Islam di beberapa tempat di seluruh dunia Melayu. Antara mereka ialah, Baba Daud bin Agha Ismail bin Agha Mustata al-Jawi ar-Rumi. Beliau ini berasal daripada keturunan ulama Rom yang berpindah ke Turki, keturunannya pula pindah ke Aceh sehingga menjadi ulama yang tersebut ini. Keturunan beliau pula ada yang berpindah ke Pattani, sehingga menurunkan ulama terkenal iaitu Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani.

Setelah berkhidmat di Mekah dikirim oleh saudara sepupu dan gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani ke Kota Bharu, Kelantan untuk memimpin Matba’ah al-Miriyah al-Kainah al-Kalantaniyah. Lalu beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, beliau dikenal dengan gelaran ‘Tok Daud Katib’.

Ada pun Baba Daud bin Ismail al-Jawi ar-Rumi di atas beliau inilah yang menyempurnakan karya gurunya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang berjudul Turjumanul al-Mutafid atau yang lebih terkenal dengan Tafsir al-Baidhawi Melayu, iaitu terjemah dan tafsir al-Quran 30 juzuk yang pertama dalam bahasa Melayu.

Naskhah asli tulisan tangan Baba Daud bin Ismail al-Jawi ar-Rumi itu dimiliki oleh keturunannya Tok Daud Katib, lalu naskhah itu diserahkan kepada guru dan saudara sepupunya Syeikh Ahmad al-Fathani.

Dari naskhah yang asli itulah diproses oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Idris bin Husein Kelantan sehingga terjadi cetakan pertama di Turki, di Mekah dan Mesir pada peringkat awal. Nama ketiga-tiga ulama itu yang dinyatakan sebagai Mushahhih (Pentashhih) pada setiap cetakan tafsir itu kekal diletakkan di halaman terakhir pada semua cetakan tafsir itu.

Turjumanul Mustafid yang diterbitkan sampai sekarang adalah merupakan lanjutan daripada cetakan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dan dua orang muridnya itu (keterangan lanjut mengenai ini lihat buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 1, 1990:157-172).

Murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang lain pula ialah Syeikh Burhanuddin Ulakan. Beliau inilah yang disebut sebagai orang yang pertama sebagai penyebar Islam di Minangkabau (Sumatera Barat) melalui kaedah pengajaran Tarekat Syathariyah.

Di Jawa Barat, Indonesia terkenal seorang murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang dianggap sebagai seorang Wali Allah. Beliau ialah Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Sepanjang catatan sejarah, beliau dianggap orang pertama membawa Tarekat Syathariyah ke Jawa Barat dan selanjutnya berkembang hingga ke seluruh tanah Jawa.

Adapun mengenai Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi yang berasal dari tanah Bugis ada riwayat menyebut bahawa beliau juga murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Riwayat lain menyebut bahawa Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi itu adalah sahabat Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, sama-sama belajar kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani.

Walau bagaimanapun, selembar salasilah yang ada pada penulis, yang ditemui di Kalimantan Barat, menyebut Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi menerima Tarekat Syathariyah kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu. Memang diakui bahawa Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi ialah orang pertama menyebarkan Tarekat Syathariyah di Tanah Bugis atau seluruh Sulawesi Selatan.

Bahkan dianggap juga beliau sebagai orang pertama menyebarkan pelbagai tarekat lainnya, di antaranya Tarekat Qadiriyah dan Tarekat Naqsyabandiyah. Tetapi berdasarkan manuskrip Mukhtashar Tashnif Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fanshuri oleh Syeikh Abdur Rauf bin Makhalid Khali-fah al-Qadiri al-Bantani bahawa Syeikh Yusuf al-Mankatsi adalah cucu murid kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri, tertulis, “... kerana kata ini daripada Syeikh Yusuf (al-Mankatsi/al-Maqasari) turun daripada Syeikh Muhyuddin Karang (Pamijahan), turun daripada Syeikh Abdur Rauf al-Asyi”.

Murid Syeikh Abdur Rauf bin Alial-Fansuri di Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) pula, yang paling terkenal ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu atau lebih popular dengan gelar Tok Pulau Manis yang mengarang berbagai-bagai kitab di antaranya Kitab Kifayah.’

Ada yang meriwayatkan bahawa Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani pernah belajar kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Tetapi dalam penelitian penulis tidaklah demikian. Yang betul ialah ayah Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok itu, iaitu Syeikh Abdul Mubin bin Jailan al-Fathani dipercayai adalah sahabat Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri kerana sama-sama belajar kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani. Sebagai pengenalan awal penyelidikan murid-murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri di sini setakat ini dulu dan penyelidikan lanjut masih sedang dijalankan.

KARYA-KARYA

Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri termasuk dalam golongan ulama dunia Melayu yang produktif dalam bidang karangan dalam bahasa Melayu. Karya beliau telah penulis senaraikan dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 1, sebanyak 25 buah.

Setelah buku tersebut diterbitkan, diketahui pula karya beliau yang belum termasuk dalam senarai yang tersebut. Karya-karya tersebut ialah: Aghmadhus Sail. Kitab ini baru ditemui hanya sebuah saja, iaitu yang diamanahkan kepada Muzium Islam Pusat Islam Kuala Lumpur. Kandungan kitab ini mengenai ilmu tauhid. Judul yang lain juga baru diketahui pula ialah Kanzul Insaniyi, telah menjadi koleksi Pusat Manuskrip Melayu PNM, nombor kelas MS1530.

Karya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang baru menjadi koleksi Pusat Manuskrip Melayu PNM pula ialah Durratul Baidha’ Tanbihan lin Nisa’ nombor kelas MS 1625.

Oleh itu, terdapat tiga karya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang baru diketahui, dengan disebutkan tiga buah kitab yang tersebut bererti ada 27 buah karya beliau yang telah dikenalpasti kerana Hujjatul Balighah ternyata bukan karya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, judul itu terpaksa digugurkan dari senarai yang telah lalu.

PENUTUP

Demikianlah satu tinjauan mengenai Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri ulama Asia Tenggara yang berasal dari Aceh Selatan atau menurut pendapat yang lain berasal dari Mandailing (daerah Batak) yang telah menggunakan masa hidup mulai tahun 1001/1592 M.

Namun menurut pendapat lain 1024H/1615 M, dan juga ada pendapat lain mengatakan 1620 M, hingga wafat tahun 1693 M. Setelah wafat lebih terkenal dengan sebutan Teuku Syiah Kuala.

* Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah.
* Gambar foto dari waspada online

AMERIKA ADIKUASA DUNIA YANG SERAKAH

Selat Melaka Ancam Keselamatan AS?


WASHINGTON 7 DIS 10: Laman web WikiLeaks semalam mendedahkan satu senarai rahsia Washington mengenai lokasi-lokasi infrastruktur di seluruh dunia yang boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat (AS) sekiranya diserang pengganas. Semua prasarana itu melibatkan sejumlah kabel dasar laut, pos komunikasi, pelabuhan, sumber galian firma strategik, laluan perkapalan dan lombong di negara-negara bermula dari Britain hingga ke New Zealand dan merentasi rantau Afrika, Asia Barat serta China.
Senarai itu bermula dengan sebuah janakuasa hidroelektrik di Quebec, Kanada yang dianggap sumber kuasa utama rantau timur laut AS manakala sebuah kilang Siemens di Jerman penting kerana menjadi pembekal bahan kimia utama bagi AS.
Turut dianggap penting oleh Washington dalam senarai WikiLeaks itu termasuk beberapa kilang vaksin penyakit cacar dan anjing gila di Eropah, sebuah kilang penawar bagi bisa ular di Itali dan sebuah firma Jerman yang menghasilkan produk rawatan untuk keracunan plutonium.
Selain itu, AS mengawasi kabel bawah laut, sistem satelit dan loji pertahanan di Britain yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara kuasa besar itu sekiranya ia diserang.
Tidak ketinggalan dalam senarai berkenaan adalah beberapa lombong kobalt di Congo, transformer elektrik besar Hitachi di Korea Selatan di samping laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Melaka dan Selat Gibraltar.
Pentadbiran AS menyifatkan Persimpangan Paip Gas Nadym di Rusia yang merupakan kemudahan gas paling utama di dunia dan Pusat Industri Ras Laffan di Qatar sebagai kritikal dan tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan pengganas.
Menjelang 2012, Qatar merupakan import terbesar gas petroleum cecair AS.
Pendedahan terbaru itu dijangka meningkatkan lagi tekanan politik ke atas WikiLeaks dan pengasasnya yang berusia 39 tahun, Julian Assange.
Pada Jumaat lepas, Assange mengumumkan di Internet bahawa dia telah meningkatkan kawalan keselamatan dirinya selepas menerima beberapa ugutan bunuh. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bersedialah untuk hadapi perang melawan AS.. AS tidak akan duduk diam melihat kebangkitan Asia, kalau bukan di bawah genggamannya.

AMERIKA TELAH DITEMUI DAN DIBUKA SEBELUM COLOMBUS

Amerika, Bumi Umat Islam Subur Yang Dirampas..


Gambaran pemakaian serban siku Cherokee (gambar-video lain, sila lihatIslam Di Amerika Sebelum Kedatangan Columbus )

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENARNYA Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat bukan Islam, lebih dulu mengenal Islam sebelum penyebar agama lain dari Eropah menguasai negara itu. 

Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang dakwah disana perlu diteruskan. Sejarah ini membuktikan..

Satu: Khashshash bin Said bin Aswad.
Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah mendarat di benua itu.

Dia seorang Muslim berasal dari Cordoba, Sepanyol. Sebagaimana kita tahu, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umayah II. Menyeberangi lautan Atlantic, pelaut Muslim ini tercatat sebagai, di antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun setelah Rasulullah SAW wafat.


Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah..
  • Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), 
  • Al Idrisi (meninggal tahun 1166), 
  • Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) 
  • dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan.. 
  • bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. 
Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis..
  • bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.
  • Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
  • Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
  • Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.
  • Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. 
  • Timbuktu yang berada di tengah-tengah Afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
  • Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi .
  • Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Dua: Laksamana Cheng Ho

Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik, laksamana yang juga seorang da'i Muslim ini mendarat 70 tahun lebih awal dari Colombus.

Bahkan armada dan kapal Cheng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta bahawa Cheng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di balik pembohongan nyata.

Banyak bukti-bukti menunjukkan, kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah Islam.

Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang Muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433. Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433. Juga mengenai Cheng Ho, sila lihat E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
 
Tiga: Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. 

Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi. Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang Muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua Amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi. Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. 

Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Empat: Indian Muslim

Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika, iaitu Indian. Terdapat gambar lukisan wajah seorang kepala suku Cherokee, Seqouya. Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah mengenal agama Islam, seperti..
  • Apache, 
  • Cherokee, 
  • Sioux, 
  • Anasazi, 
  • Arawak, 
  • Arikana, 
  • Chavin Cree, 
  • Makkah (mirip nama Mekkah Al-Mukarramah), 
  • Hohokam, 
  •  Hupa, 
  • Hopi, 
  • Mahigan, 
  • Mohawk, 
  • Nazca, 
  • Zulu, 
  • dan Zuni.

Suku Makah yang menutup aurat
Gadis Zuni, 1903
(gambar-video lain, sila lihatIslam Di Amerika Sebelum Kedatangan Columbus)
Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam. Misalnya, beberapa tulisan Cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.

Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum yang dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak kepala suku Indian mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban. Bahkan mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.

Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara di ibu kota Washington DC.

Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim. Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun secara drastik akibat pembunuhan. 

Salah satunya polisi rasmi kerajaan USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian. Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal dunia.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait Islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu ialah..
  • untuk mengenal lebih jauh tentang dunia 
  • selain melebarkan pengaruh,
  • mencari sumber dan jalan perdagangan baru 
  • dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas 
  • dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. 
Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku-buku akademik.
Lima: Muslim Afrika Amerika

Salah satu faktor penyebaran agama Islam di Amerika adalah kedatangan ribuan hamba-hamba dari Afrika ke benua Amerika. Mereka umumnya beragama Islam. Muhammad Ali peninju legenda adalah salah satu contoh keturunan Afrika yang tetap menjadi Muslim di Amerika. Tidak sedikit nama mereka yang mirip dengan nama-nama Arab, seperti Karim Abdul Jabbar, pemain basket.
Selama tahun 1520an telah dibawa hamba ke Amerika Utara dari Afrika.
  • Dianggarkan sekitar 500 ribu jiwa dihantar ke daerah ini atau 4.4% dari total 11,328,000 hamba yang ada.
  • Dianggarkan sekitar 50% hamba atau tidak kurang dari 200 ribu hamba  yang dibawa berasal dari daerah-daerah yang dipengaruhi oleh Islam.
Menurut bancian AS tahun 2003, ada sejumlah 37.1 juta warga kulit hitam di AS, bererti 12.9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. New York City mempunyai rakyat kulit hitam di bandar tertinggi pada tahun 2000 dengan jumlah 2 juta jiwa.

Malcolm X

  Melihat Islam di Amerika, kita tidak boleh ciciekan nama Malcolm X, tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat digandingkan dengan Dr. Martin Luther King. Malcolm X dicatat sebagai orang yang berjuang menghapuskan segala macam diskriminasi. Lebih-lebih lagi yang menimpa kaum Afrika-Amerika. Mereka sering dikonotasikan dengan kaum negro yang didiskriminasi.

Malcolm menjadi orang nombor 2 di Nation of Islam selepas Elijah Muhammad. Ia membuat organisasi ini menjadi besar dalam kurun waktu 1 dekad. Tahun 1952, Nation of Islam hanya dianggotai 500 orang, tetapi tahun 1963 anggotanya berkembang pesat menjadi 25,000 orang. Malcolm juga mengajak peninju fenomenal, Casius Clay, bergabung dengan Nation of Islam yang kemudian menukar namanya menjadi Muhammad Ali.

Dakwah Malcolm X semakin mantab dan lurus terutama setelah melakukan perjalanan ibadah haji atas jemputan Kerajaan Saudi Arabia di tahun 1964. Malcolm berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, untuk belajar Islam sekaligus menunaikan haji.

Walau pun awalnya datang dalam keadaan tidak berkemampuan berbahasa Arab dan pemahaman yang keliru tentang Islam, namun setelah dipertemukan dengan sumber-sumber pengajar Islam yang original, Malcolm X mendapatkan gambaran yang berbeza dari pandangannya sebelum itu.  

Terutamai setelah melihat jamaah haji berkumpul dari seluruh dunia, dari pelbagai bangsa dan warna kulit.  Mereka yang semua memuji KeEsaan Tuhan dan tidak saling membezakan.

Muhammad Ali: Petinju Legenda

Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975. Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NO 1, Ellijah Muhammad.  

Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Beliau menentang peraturan wajib jadi tentera ke Vietnam, sehingga dihukum lima tahun penjara. Namun selepas suatu keputusan dalam satu sidang dan menjalani hukuman penjara tiga tahun, hukuman tersebut dibatalkan.

Muslim Amerika

Sehingga kini, Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan Afro-American berbanding penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Namun kewujudan muslim Afro-American ini sedikit sebanyak turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam. 

Jumlah penduduk USA sekarang dianggarkan 308 juta dan yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC 11 September 2001.

Menjadi Minoriti Tertindas

Sejak itu umat Islam yang hidup di Amerika tidak tenang hidup, sebab bila-bila masa saja mereka boleh dikejar-kejar dan dimasukkan ke penjara, tanpa alasan jelas. Ditambah lagi hukuman dari masyarakat yang termakan oleh penggiringan pandangan media massa. Penderitaan mereka semakin lengkap.

Banyak serangan-serangan yang berlaku tehadap Muslim Amerika selepas kejadian itu, walaupun ini terbatas pada kelompok minoriti kecil. Menurut survey yang dilakukan pada 2007, 53% Muslim Amerika menganggap bahawa menjadi lebih sukar menjadi seorang Muslim di AS selepas serangan itu.

Wanita Muslim yang menggunakan hijab diganggu, menyebabkan beberapa wanita Muslim yang memilih untuk tinggal di rumah, sedangkan yang lain untuk sementara meninggalkan amalan (pekerjaan).

Yahudi Amerika, Minoriti Tapi Sangat Berkuasa

Meski jumlah Yahudi Amerika hanya sekitar 5 juta orang atau 1.6% dari jumlah keseluruhan penduduk USA, namun komuniti yahudi dikatakan sangat berkuasa. Hal itu kerana orang-orang Yahudi sangat kompak dan membina semua unsur kekuatan secara serius. Selain membina pelbagai industri besar, mereka juga menekuni perniagaan berskala international.

Termasuk rajin membina rangkaian industri, media massa, komputer, telekomunikasi, minyak bumi, harta, hiburan, life style, sampai keurusan pertanian. Bahkan kesedaran politik kekuatan yahudi di Amerika sangat maksimum. Dengan budaya 'politik wang' yang tinggi, yahudi selalu bersedia memodali calon penguasa di negara itu, di mana memang faktor pemilikan modal wang menjadi syarat nombor satu untuk mencapai puncak kekuasaan

Buat yahudi, siapa pun yang ingin mendaki puncak kerjaya politik, selalu ada dana dan modal yang boleh digelontorkan tanpa batasan. Yang penting, politik polisi rejim itu mesti sangat pro bagi kepentingan yahudi. Begitulah yang terjadi masa ini dalam sistem demokrasi kapitalisme. 

Hal ini tentu bertentangan dengan sistem Islam yang diredhai Allah. Maka menjadi kewajipan kepada setiap Muslim berdakwah menyampaikan ayat-ayatNYA, dan mengembalikan bumi umat Isam yang dirampas!

Rujukan:

Tuesday, January 29, 2013

SURAT NABI kepada paderi Kritian di Mesir


Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai. 

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

St. Catherine's Monostery

Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery 

Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian

Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian


Tuesday, January 22, 2013

BANGSA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MEMBUNUH UTUSANNYA " UTUSAN MELAYU" 1939- 2000

Orang Melayu adalah bangsa yang membunuh utusannya

Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar.

UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. 

Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. 

Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan :
Nasib tulisan Jawi

Awang tertarik dengan rencana tulisan seorang pembaca, Shahabudeen Jalil dalam ruangan Islam Global, sisipan harian Mega, Utusan Malaysia, 3 Februari lalu.

Beliau memaparkan pengalamannya melawat Xinjiang dan bagaimana pihak berkuasa di sana memberi penekanan kepada tulisan Jawi. Mengikut sejarah, majoriti penduduk autonomi Xinjiang berasal dari Turki. Islam tiba di wilayah itu lebih 1,000 tahun lalu (934 Masihi).

Menurut Shahabudeen, tulisan Jawi di wilayah itu yang menjadi asas kepada bahasa Uighur bukan sahaja masih kekal malah diagungkan. Tulisan tersebut dapat dilihat di papan-papan tanda jalan, iklan, poster mahupun dalam kad pengenalan.

Sambil Awang senyum tanda syukur kerana tulisan tersebut masih terbela di Xinjiang, Awang tertanya-tanya tentang nasib tulisan Jawi di Malaysia.

Suatu ketika tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan perantaraan yang penting di nusantara terutama di tanah air kita. Tetapi ia makin pupus dan hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial. Awang tidak mahu mengulas panjang tentang faktor-faktor semakin lenyapnya Jawi.

Begitu juga tentang lesunya komitmen untuk menyelamatkan tulisan itu. Selagi Melayu tidak sayang dan pertahan budaya, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuk Jawi. Persoalannya apakah masih ada harapan untuk memasyarakatkan semula tulisan itu atau mungkin ia akan lebih cepat berkubur? Jawapannya bukan pada Awang tetapi pada kita semua