Sunday, May 27, 2012

PERJUANGAN KITA

SALAH SATU EPISOD DALAM PERJUANGAN BERSENJATA MENENTANG PENJAJAH DILAKUKAN OLEH PUTERA PUTERI TANAH AIR YANG TERCINTA.DISEBABKAN MEREKA BERANI MELAWAN PENJAJAH DAN YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA MEREKA DIFITNAH KOMUNIS DAN HUKUM BERLAKU DENGAN BIADAB MEMBUNUH DAN MENYAHKAN MEREKA DARIPADA TANAH AIR SENDIRI.

PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA

SAID ZAHARI adalah sosok yang membenarkan kenyataan di atas.Beliau telah ditahan di bawah ISA selama 17 tahun di Singapura.Pepatah Melayu ada menyebut: Kalau Tak Danggup di Lambung Ombak Usah berumah di tepi pantai Hidup biarlah berbakti Bukannya Hidup menunggu mati

Pidato Bung Tomo 1945

Bong Tomo ialah tokoh nasionalis yang memuncak kemasyhurannya selepas Inggeris menyerang Surabaya untuk mengambil alih kuasa selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua Ucapan Kahar Muzakkar

Saturday, May 19, 2012

ANAK MELAKA MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

Haji Md Shah

Hj Md Shah
Allahyarham Tuan Haji Md Shah Yusof
(1894-1960)
  
Haji Md Shah bin Yusof telah dilahirkan pada 1894 di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka. Bapa beliau yusof bin Sadat anak jati Melaka Pindah ialah seorang pemintal dan penjual tali ijuk. 

Haji Md shah Yusof memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Melaka Pindah dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Melaka pada tahun 1909. Haji Md Shah telah lulus dari Maktab Melayu Melaka pada tahun 1911. 

Beliau telah dilantik menjadi guru penolong di Sekolah Latihan Maktab tersebut pada tahun yang sama. Pada tahun 1914, beliau telah dilantik sebagai guru bahasa Melayu di Maktab tersebut dan menjadi pembantu kepada Munshi Sulaiman Md.Nor.

Ramlah Adam menyebut mengenai guru-guru yang telah berkhidmat lama di Maktab tersebut. Haji Md Shah disebutkan menjadi guru pada 1901-1906, mengajar Bahasa Melayu, lukisan dan latihan guru. Kenyataan ini kurang tepat kerana pada 1901, Hj Md Shah baru sahaja berumur 7 tahun.

Hj Md Shah pernah dilantik menjadi Guru Besar Maktab Melayu Melaka dari tahun 1921 hingga tahun 1922. Ketika Maktab Melayu Melaka dipindahkan ke Tanjung Malim, Perak , Hj Md Shah dilantik sebagai Guru Pelawat untuk sekolah-sekolah Melayu di Melaka, termasuk untuk sekolah perempuan. 

Ada pendapat mengatakan bahawa Hj Md Shah telah menolak jawatan Guru Besar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Ada pula yang berpendapat bahawa Hj Md Shah telah diturunkan pangkat dari Guru Besar Maktab ke Guru Pelawat kerana aktifnya beliau di dalam kegiatan penulisan.

Perkhidmatan Hj Md Shah di dalam bidang pendidikan tamat apabila beliau bersara dari jawatan guru pada 7 September 1949 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1960 ketika berusia 66 tahun. Ramlah Adam juga turut menyatakan dari sumber Hajah Rokiah Daud (anak saudara Hj Md Shah) bahawa Hj Md Shah telah meninggal dunia pada tahun 1948. Kenyataan ini juga tidak tepat.

Pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua, pada tahun 10-an, 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an, pekerjaan dan jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang anak Melayu ialah menjadi guru atau cikgu. Jika seorang anak Melayu terpilih memasuki Maktab atau kolej pada zaman itu, ia adalah pencapaian yang terbaik dan tertinggi. Dasar Pendidikan pemerintah British ialah untuk menjadikan anak-anak Melayu nelayan atau petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka.

Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada 1905 untuk menampung anak-anak raja dan orang berketurunan. Anak-anak orang kebanyakan tidak layak ditempatkan di MCKK. Terpilih memasuki Maktab Melayu Melaka (1900-1922) dan Sultan Idris Training College (SITC) merupakan satu kejayaan untuk anak-anak orang kebanyakan.
Senjuh Suratan
Buku Senjuh Suratan
Selama tiga tahun di Maktab Melayu Melaka sebagai pelajar (1909-1911); dan mula berkhidmat Guru Penolong di Sekolah Latihan Maktab . Gaji yang dibayar seorang guru penolong kelas II ialah sebanyak $11.00 sebulan, manakala guru penolong kelas I pula $12.50 sebulan. Gaji Guru Pelawat ialah antara $40.00-$50.00 sebulan.

Semasa menjadi guru bahasa Melayu dan pembantu kepada Munsyi Sulaiman, Hj Md Shah telah mula menulis buku yang bertajuk Senjuh Suratan Dn disempurnakan pada 1921, yang diterbitkan oleh Matbah Kahariah, Bandar Maharani, Muar. Buku ini pada asalnya dicetak dalam huruf jawi, setebal 64 halaman. Secara umumnya buku ini menjelaskan ‘aturan jalan karangan bahasa Melayu’.

 Tujuan Hj Md Shah menulis buku ini agar menjadi panduan bagi murid-murid menulis karangan-mengarang. Buku ini telah disunting semula oleh Dr Hashim Musa, professer di Akademi Pengajian Melayu, dan diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1992.
Kamus Am
Kamus AM
Peranan guru-guru Melayu cukup penting dalam gerakan mengubah pemikiran rakyat, di samping mencetus rasa dan semangat kebangsaan Melayu pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Gerakan pembaharuan pemikiran disalurkan melalui media akhbar dan majalah. Guru-guru Melayu telah menubuhkan Kesatuan Guru-guru Melayu untuk turut terlibat di dalam gerakan kesedaran dan pembaharuan pemikiran. Pada 1 Februari 1923, Hj Md Shah telah mengasaskan Kesatuan Guru-guru Melayu Melaka.
Saluran idea pembaharuan yang cukup efektif ialah surat khabar dan majalah. Hj Md Shah ialah diantara pengasas Majalah Guru yang diterbitkan pada kali pertama pada 1 November 1924. Majalah ini memainkan peranan yang amat penting di samping surat khabar dan majalah lain untuk menyedarkan rakyat. Guru-guru Melayu menguasai mdia untuk menyuarakan pendapat mereka melalui makalah rencana dan karya sastera.
Guru-guru Melayu adalah inteligensia atau intelektual Melayu pada masa itu seperti juga infeligensia Melayu berpendidikan Inggeris dan yang berpendidikan agama Islam. Mereka adalah penggerak semangat kebangsaan Melayu yang cukup efektif, yang memperjuangkan pemerintah sendiri dan kemerdekaan agar bebas dari belenggu penjajahan.
Justeru adanya semangat untuk mempertingkatkan kemajuan pemikiran dan pendidikan Melayu, maka Hj Md Shah Yusuf terlibat di dalam bidang penulisan. Walaupun penulisan beliau lebih tertumpu kepada persoalan kebahasaan, namun ia adalah usaha mempertingkatkan dan memperkayakan Bahasa Melayu. Anak-anak Melayu kekurangan dan ketiadaan buku teks sekolah, oleh kerana itu guru-guru Melayu lulusan Maktab Melayu Melaka dan Idris Training College (SITC) menggerakan usaha penulisan buku-buku Melayu. Lantaran penulisan tersebut boleh menyedarkan rakyat, Hj Md Shah pernah diberi amaran oleh British; khususnya dari Pengarah Pendidikan Melaka dan Kuala Lumpur. Penulis Senjuh Suratan itu juga diberi amaran oleh Nazir-Nazir Sekolah dan Penolong Pengarah Pelajaran di Kuala Lumpur.
Kesedaran kebangsaan ini turut meluas dan melebar di dalam gerakan kesusasteraan. Persaudaraan Sahabat Pena Melayu (PASPAM) telah diasaskan pada 15 April 1934, dan cawangannya ditubuhkan di Melaka pada 1 April 1936. Hj Md Shah ialah Yang di Pertua cawangan Melaka dari semenjak ditubuhkan hinggalah pada 8 Disember 1941, apabila pecah Perang Dunia Kedua. Wadah kesusasteraan merupakan salah satu wahana kesedaran kebangsaan Melayu. Hj Md Shah ialah seorang ahli Lembaga Bahasa yang dibawah tadbir PASPAM.
Pertubuhan politik Melayu yang terawal ialah Persatuan Melayu Singapura (1926) yang diketuai oleh Muhammad Eunos Abdullah. Kesedaran berpolitik Melayu telah mula meningkat dengan tertubuhnya persatuan atau kesatuan Melayu di seluruh pelusuk tanahair. Suara-suara Melayu berkumandang melalui persatuan atau kesatuan ini membicarakan tentang hak dan tuntutan Melayu. Kesedaran ini turut dirasakan di Melaka. Kesatuan Melayu Melaka ditubuhkan pada 29 September 1937, dan Hj Md Shah Yusuf merupakan Naib Yang di Melayu Melaka. Pergerakan politik Kesatuan Melayu Melaka kemudiannya terserap ke dalam UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Hj Md Shah juga merupakan salah seorang pengasas UMNO Alor Gajah, Melaka.
Sumbangan guru-guru Melayu di dalam gerakan kesedaran kebangsaan cukup besar. Suara-suara kemelayuan dan kemerdekaan di salurkan melalui penubuhan persatuan-persatuan. Dari semenjak 1941-1947 Hj Md Shah menjadi Yang di Pertua Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka. Lebih awal dari itu, Hj Md Shah pernah menjadi Setiausaha yang pertama Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka, yang ditubuhkan pada 19 Januari 1926. Barangkali dengan sifat cermat, hemat dan jimat beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Syarikat Guru-Guru. Penglibatan Hj Md Shah Yusuf di dalam aktiviti dan pergerakan kemasyarakatan tidak sahaja di dalam bidang pendidikan, kesusasteraan, politik, kesatuan guru-guru, beliau juga terlibat dengan cergas dalam gerakan dakwah Islamiah dan dilantik sebagai Yang di Pertua Persatuan Seruan Islam Melaka mulai dari 22 Februari 1948.
Walaupun beliau bersara pada 7 September 1949 dengan jawatan terakhir sebagai guru pangkat khas, tidak bermakna berhenti segala aktiviti kemasyarakatan beliau. Di samping aktif di dalam Persatuan Seruan Islam Melaka, beliau turut aktif dalam Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) yang ditubuhkan pada tahun 1950. Beliau turut hadir sebagai pemerhati IPM di Kongres Tanah Melayu kali ketiga yang diadakan di Universiti Malaya, Singapura. Di dalam Kongres Kebudayaan Melayu pertama 1957-1958 di Melaka, beliau membentangkan kertas kerja iaitu Adat Istiadat dan Budi Bahasa.
Tidak diketahui berapa banyak buku yang dihasilkan oleh Hj Md Shah, namun beliau telah menyumbang segala kemampuan keilmuan beliau di dalam beberapa buah buku yang diterbitkan oleh Bingkasan Pujangga Singapura. Selain dari Senjuh Suratan, beliau ada menulis Kamus Bahasa Inggeris-Melayu, Perkataan Bererti dan lain-lain. Beliau juga adalah penyusun Kamus Am Melayu yang mengandungi 692 halaman yang diterbitkan oleh Pustaka Rakyat, No. 11 Riverside, Melaka pada tahun 1957.

CIKGU MOHD NOOR AHMAD PEJUANG DASAR PELAJARAN KEBAGSAAN YANG TERSIKSA

Wednesday, May 04, 2005

 


BAHASA MELAYU BERGELUT DI LUBUK SENDIRI

DITAKDIRKAN Cikgu Mohamad Nor Ahmad dihidupkan kembali sekarang, lebih awal dari waktu manusia yang mati akan dibangkitkan semula, apakah gerangan komennya tentang perkembangan penggunaan Bahasa Melayu yang dikatakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan itu?

Nescaya dia terduduk dan tak berkata-kata!

Dia akan melihat keadaan dasar bahasa yang berselerak dan dalam proses nasi nak jadi bubur. Jika sumbu semawar tidak dipadamkan, sah nasi menjadi bubur.

Malangnya, tiada lagi di kalangan rakyat kini seorang yang bernama Cikgu Mohd. Nor Ahmad, pejuang bahasa Melayu yang pernah menjadi pemimpin Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung sejurus seelum dan selepas merdeka.

Rakan kharib Ibrahim Yaakub semasa di Maktab Perguruan Tanjung Malim, adalah antara anggota Majlis Tertinggi UMNO yang bersama Tunku Abdul Rahman Putra memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Cikgu Mohd. Nor mengambil sikap keras memperjuangkan supaya bahasa Melayu dijadikan bahawa kebangsaan dan menjadi bahasa penghantar tunggal di sekolah-sekolah. Melalui sokongan rakannya dalam Majlis Tertnggi UMNO seperti Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar, beliau mahu UMNO mengistiharkan bahasa Melayu bakal menjadi bahasa kebangsan dan bahasa penghantar tunggal di sekolah.

Syed Nasir dan Syed Albar gagal memujuk Tunku untuk menerima dasar itu. Keduanya meminta supaya Cikgu Mohd. Nor tidak mendesak sangat supaya Tunku menyetujuinya kerana Tunku mengugut untuk meletak jawatan jika dasar bahasa Cikgu Mohd. Nor itu hendak diteruskan juga.

Tiada patah ke belakang bagi Cikgu Mohd. Nor. Menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pulau Pinang Cikgu Mohd. Nor menemui Tunku bertanyakan benarkan Tunku akan meletakkan jawatan jika UMNO bertegas dengan perjuangan bahasa. Tunku menjawab, ‘Ya!’

Kata dua dari Cikgu Mohd. Nor, ‘Sebelum Tunku meletak jawatan, patik akan gunakan peruntukan undang-undang sebelum Perhimpunan Agung UMNO dimulakan untuk mengemukakan usul tergempar, menuntut supaya Tunku meletakkan jawatan dari pimpinan UMNO kerana tidak setuju’ dengan cadangan menjadikan bahasa sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah.

Tunkupun berlembut dan setuju untuk membincangkan dalam Majlis Tertinggi. Cikgu Mohd. Nor meneruskan lobinya dalam MT UMNO. Tun Razak lebih awal menyatakan sokongannya. Setelah berbahas panjang di kediaman Tunku di tapak Bangunan Wisma Putra sebelah DBP, apabila diundi hanya Dr. Ismail dikatakan mengangkat tangan menentang.

Kerana perjuangan bahasa dan memertabatkan guru-guru Melayu, Cikgu Mohd. Nor membawa guru-guru Melayu keluar UMNO beramai-ramai. Itulah Cikgu Mohd. Nor, orang yang meletakkan songkok Pendita ke kepala Za’ba dalam Kongres Bahasa ke 111 di Johor Bahru.

Malaysia yang merdeka melihat bahasa kebangsaan itu didaulatkan hingga ke mahkamah dan dalam pertuturan harian. Dalam kemuncak kedaulatan bahasa itu Presiden MIC Dato Seri Samu Vellu berbangga ‘mewajibkan’ Perhimpunan Agung MIC berbahasa dalam Bahasa Malaysia. Dia tidak melayan mana-mana perwakilan yang bercakap dan menyoalnya dalam bahasa Tamil.

Sekonyong-konyong hampir setengah abad merdeka, didapati rakyat khususnya orang Melayu tidak lagi dapat menguasai bahasa Inggeris. Tetapi orang Melayu yang ketinggalan dalam pelajaran selama terjajah dan selepas terjajah, mulai ramai menjadi saintis dan serjana melalui pengajian dan penggunaan bahasa Melayu. Cuma mereka tidak menguasai bahasa Inggeris seperti orang Inggeris.

Demi menguasai semula bahasa Inggeris pernah Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir bersuara supaya dibuka semula sekolah Inggeris seperti dulu. Ia bukan pandangan yang popular. Justeru itu kerajaannya membuat dasar menginggeriskan mata pelajaran sains dan matematik. Ia juga tidak popular.

Malangnya di alaf baru ini tiada lagi Cikgu Mohd. Nor Ahmad. Yang ada hanya Abdullah Ahmad, Hassan Ahmad dan Musa Mohamad.

Kesan awalnya industeri Bahasa Malaysia terancam. Pengarang Melayu yang tidak ramai itu yang mencari makan melalui tulisannya, tidak lagi dapat cari makan apabila bukunya tidak dicetak lagi. Kaum yang menguasai Bahasa Inggeris lebih beruntung.

Kongres Pendidikan Melayu mendapati pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris setakat ini menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaran itu malah mereka juga lemah dalam mata pelajaran bahasa. Kesan jangka panjangnya, bilangan orang Melayu yang menjadi doktor, saintis, jurutera dan lain-lain akan merosot.

Kerajaan tidak menyangkal saranan dan kajian para pendidik Melayu itu. Kerajaan tidak mahu berpatah ke belakang kerana tidak mahu dilihat terburu-buru dan kerana yang ada sekarang adalah dasar kerajaan. Kerajaan mahu mempertahankan dasar kerajaan sekalipun ia berkemungkinan memperlemah kedudukan orang Melayu dalam pelajaran.

Kerajaan hanya berjanji untuk mengkaji kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang terbaik. Berapa lama kajian itu dibuat?

Dalam kempen mengukuhan bahasa Inggeris ini, kedaulatan Bahasa Malaysia sudah dilihat berselerak. Siaran TV dalam bahasa Malaysia tidak lagi perlu alih bahasa dari Inggeris. Cuma ada terjemahan. Orang Melayu yang buta yang tidak tahu Inggeris tentu melihat terjemahan itu.

Semasa bahasa kita berdaulat dulu siaran La tour de Langkawi dalam dikuti dalam Bahasa Melayu. Sekarang Inggeris belaka. Dulu wartawan TV terpaksa buat dua interbiu. Soalan jawab dalam bahasa Malaysia untuk siaran dalam bahasa itu dan versi Inggeris pula untuk siaran Inggeris. Sekarang pakai satu saja biasanya yang digunakan ialah Inggeris.

Menonton berita TV sekarang mesti bersedia seperti menonton filem Hindustan, mengiktui kandungannya melalui terjemahan bertulis.

Yang yang bukan Melayu sudah tidak perlu lagi diinterbiu dalam bahasa Melayu dan apa lagi dalam perasmian majlis-majlis. Sudah ada bas memakai kalimah BUS di dindingnya. Mungkin akhirnya kalimah BAS tidak terepakai lagi.

Sampul tentang setem sudah berbayar masih dalam Bahasa Malaysia, tetapi lazimnya sampul surat yang beredar penuh dengan Inggeris saja.

Jabatan-jabatan kerajaan tidak lagi perlu menerima surat dalam bahasa Malaysia saja. Dalam apa saja hantarlah. Ia tidak akan dipulangkan semula. Samy Vellu pun mungkin tidak perlu lagi berucap dalam Bahasa Malaysia dalam perhimpunan partinya. Dalam siaran TV pun dia cuba mengekalkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Dan lebih menjolok mata dalam siaran TV mengenai laporan Parlimen, seorang Ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan isu kenaikan tambang ferri Pulau Pinang menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin bahagian itu saja dia berbahasa Inggeris, tetapi TV menyiarkan dia berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris itu penting, tetapi apakah untuk mengatasinya, membiarkan dasar bahasa Malaysia berselerak seperti sampah yang tidak dipungut Alam Flora?

Ia adalah peninggalan Tun Dr M.

Kalau Cikgu Mohd. Nor Ahmad dihidupkan kembali, dia mungkin berkata, ‘Lebih baik dia kekal di kuburnya.’

SeTAPAK
25/04/05

ROSLI DGOBI SANGGUP MATI DEMI .....MARUAH BANGSA

Jumaat, 11 Mei 2012

ROSLI DHOBY

TAKUT HADAPI RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.



Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjaradi Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
CATATAN:
  • Pada umur yang sangat muda, beliau telah mengerti erti perjuangan melangkaui orang-orang dewasa pada zamannya.
  • pemuda kita wajar mencontohi beliau akan semangat juangnya, berbanding menimbulkan api perpecahan yang semakin disukai oleh golongan Alim juhala.
  • Menjadi Inspirasi kepada penulis setelah menonton warkah terakhir.
  • Mendapat pengiktirafan kerana telah dimasukkan dalam wikipedia

surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950

Wednesday, May 9, 2012


 PREJUDIS DAN KEANGKUHAN KERAJAAN TERHADAP SEJARAH

 Setiausaha Antarabangsa dan Hal Ehwal Pertubuhan Bukan Kerajaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Ronnie Liu menerangkan dalam kenyataan media beliau, The real fighters for MERDEKA,

bahawa generasi baru di Malaysia kurang memahami sejarah, kerana buku teks sejarah kita tidak merakamkan kebenaran sejarah.Menurut beliau, “Bertentangan dengan apa yang dipelajari dari buku teks, pemimpin Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar”.

Ronnie menamakan Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, 
Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), 
Arshad Ashaari, Dahari Ali, Baharuddin Tahir, Khadijah Ali, 
Ibrahim Karim, 
Kamarulzaman Teh (Pak Zaman), 
Abdul Rahman Rahim 
dan ramai lagi pemimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
pejuang merdeka sebenar.