Sunday, September 1, 2013

Sunday, August 25, 2013

TEKAD SEORANG PEJUANG YANG TERTINDAS DI TANAH AIR SENDIRI

INILAH SIKAP PARA PEJUANG YANG HAK DAN BERANI. MEREKA PUNYAI PENDIRIAN YANG BENAR DAN ALLAH BERSAMA MEREKA WALAU PUN DITUDUH PENGGANAS. MENGAPA  ?USUH ALLAH SUKAKAN ORANG ISLAM MENJADI MENJADI LEMBIK DAN DAYUS ! SELAGI ADA ORANG SEPERTI SHAIKH IZZUDDIN ISLAM PASTI TEGAK DAN SAH DI ATAS MUKA BUMI !

Thursday, June 27, 2013

Legasi palsu Umno akan terdedah



Ahmad Lutfi Othman
 
Ramai menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.

Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka", Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.

Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah 'glamour' apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya. Hatta pembedahan kakinya pun mahudiungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

Ramai pembaca mengeluh, sekali gus "sakit hati", melihatkan media di bawah kawalan Umno "sesuka hati" memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah sebagai "pengimbang". Di masa depan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan "cuti rayanya"!

Serangan terhadap Mat Sabu sebenarnya adalah usaha berterusan Umno untuk "menghitam-legamkan" wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pengundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal penubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sendiri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

Oleh kerana bimbang kebangkitan PAS selepas merdeka, Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk menang pada 1959.

Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.

Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negaradi mana berjuta paun modal British dilaburkan. Ketiga, sebagai pangkalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.

Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memetrai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji tidak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan bagi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi British, PAS dan Parti Rakyat dilihat anti-imperialis dan anti-Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.

Pada hemat saya, isu terbaru membabitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan daripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

PAS digambarkan sebagai parti yang begitu "kemaruk kuasa" hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela diperkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini ditohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan keselamatan yang sebangsa dan seagama.
Ucapan Mat Sabu
Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.

Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis semua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi.

Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan terhadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan kesedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbar-akhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

Malah, kesedaran orang Melayu menentang Malayan Union tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar), peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang Malayan Union.

Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan kemerdekaan yang dimainkan ulama dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

"Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa perjuangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang perjuangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara," tegas Redzuan.

Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as-Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapak-tapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned .


Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua. Memang tidak mudah untuk merongkai kembali "fahaman" yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan "legasi" palsunya itu. Selama ini ramai yang "tersihir" dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan "kejutan" Mat Sabu yang disensasikan Utusan.

Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolah-olah terjerat dan banyak pihak, termasuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas "keceluparan" Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mustahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya. "Permainan sentimen dan persepsi" ini tidak selamanya dimenangi Umno. Apa pun, PAS harus cermat dan berhati-hati menangani "pertempuran kedua Bukit Kepong" ini.

Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Ia dianjak pada 16 September nanti. Justeru, isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: "Kalau nak letak Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), tetapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British."

Secara peribadi, saya teruja melihat bagaimana proses Mat Sabu "menulis kembali" sejarah kemerdekaan negara. Selama ini bukan sedikit pihak yang tidak berpuas hati dengan "monopoli" Umno terhadap perjuangan panjang menghalau penjajah daripada negara ini, malah ramai juga sejarawan yang mahu sejarah kemerdekaan perlu berlaku lebih adil, tetapi siapa yang peduli.

Mat Sabu rupanya ada kaedah tersendiri untuk memperbetulkan penulisan sejarah yang tempang itu meskipun terpaksa menempuh siri kontroversi dan serangan bertubi-tubi seteru politiknya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5303-legasi-palsu-umno-akan-terdedah

Saturday, June 1, 2013

KASSIM AHMAD PRU KE 13 MAKNA IMPLIKASI DAN CABARAN

Sunday, May 12, 2013

PRU13: MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN



PILIHANRAYA UMUM KE-13:
MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN

Oleh: Kassim Ahmad
6 Mei, 2013
(Dipinda dan diperpanjang pada 13 Mei, 2013)
1.      Kesan Pertama: Rasisme Kaum Pendatang
Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), dilawan dengan sengit antara gabung parti BN dan gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) telah datang dan pergi. Anwar Ibrahim, ketua PR, begitu yakin beliau akan menang dan mengambil-alih Putrajaya, dengan mimpinya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung sekali!  Setelah tengah malam 6 Mei, mimpin ini hancur berkecai: BN telah menang dengan majoriti mudah. Semalam yang indah, kerana Najib, ketua BN, telah bekerja kuat sekali dan layak diberi mandat baru oleh rakyat Malaysia. Persis itulah yang mereka lakukan. Tahniah kepada rakyat Malaysia!
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna UMNO, parti tulang belakang BN, boleh berteduh dalam zon selesa. UMNO dan BN perlu direkayasa.  Kritikan dan koreksi patut dan boleh dilakukan dari dalam, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO dan terus ke bawah. Begitu juga dalam parti-parti dalam BN.
Sesetengah pengkritik Eropah-sentrik mengatakan UMNO telah memerintah terlalu lama, seolah-olah yang lama itu tidak baik. Persoalannnya bukan lama atau baru. Persoalanannya baik  atau buruk.  Nabi Muhammad, yang perlu menjadi contoh kepada kita, memerintah Madinah selama 10 tahun hingga beliau wafat..
Najib dalam ucapan kemenangannya merujuk kepada aliran pengundian perkauman dalam masyarakat Cina. “Ini memerlukan usaha penyatuan nasional,” kata beliau, dengan wajah muram dan sedih. 
2.      Latarbelakang Sejarah Malaysia
Untuk betul-betul memahami perisitiwa ini, kita harus mengesan kembali sejarah Malaysia.  Malaysia, sebuah negara-bangsa baru majmuk pelbagai kaum, berasal dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 dengan kedudukan berdaulat  raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama negara.
Empayar Melayu ini sebagian daripada Dunia Melayu yang terdiri dari Persekutan Tanah Melayu, Indonesia, Pattani dan Brunai. Penjahan Barat (Portugis, Belanda dan Inggeris)  dan penjajahan Timur  (Thai dan Jepun) memecah dan memisahkan Dunia Melayu ini selama 446 tahun sehingga zaman kemerdekaan memecah tembok penjajahan itu.
Hakikat ini tidak difahami oleh masyarakat-masyarakat pendatang (Cina dan India) yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk mengerjakan ekonomi kolonial mereka. Pada hari kemerdekaan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dengan murah hati telah bersetuju  memberi kerakyatan kepada 1 juta orang Cina dan India pendatang ini – satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa lain di dunia.  Sebagai balasan kepada kemurahan hati orang Melayu ini, dibuat satu kontrak sosial di antara kaum anak watan dan kaum pendatang – kerakyatan automatik diberi kepada kaum pendatang dan apa yang dikatakan “hak-hak isimewa” diberi kepada anak watan. Hak istimewa ini sebenarnya hak yang sah orang Melayu, bukan “hak istimewa”. Istilah “hak istimewa” tidak tepat sama sekali dan telah membawa kepada rasisme kaum pendatang Cina, yang menganggap orang Melauu juga kaum pendatang.  Ini jelas kelihatan dalam pengundian kaum Cina yang yang memberi undi mereka kepada parti cauvinis DAP dalam pilihanraya umum ini.
3.      Kemurahan Orang Melayu da Kontrak Sosial Antara Kaum
Tidak syak lagi, kebenaran tulisan seorang pengarang Perancis, “The Malays are the gentlemen of the East.” Mereka satu bangsa yang tinggi budinya, senantiasa bermurah hati kepada tetamu. Tetapi, di sebalik sifat murah hati itu, terselindung sifat berani dan bengis   apabila mereka tersepit – mereka mengamuk!
 Amukan orang Melayu kelihatan dalam peristiwa-peristiwa sejarah – amukan Hang Jebat di kota Melaka dalam abad ke-15, amukan orang Melayu dalam peristiwa berdarah Mei 13, 1969, dan amukan rakyat Indonesia terhadap Parti Komunis Indonesia dalam gerakan 30 September, 1965 (Gestapu) apabila hampir sejuta orang terkorban.
Tidak syak lagi, orang Melayu akan terus menghormati perjanjian mereka dengan kaum-kaum pendatang. Namun demikian, penghormatan ini tergantung kepada sikap kaum pendatang membalas budi orang Melayu. Jika mereka lupa, malah mahu memberontak dan mengasingkan diri, orang Melayu pasti akan bertindak balas. Kita mengatakan ini bukan untuk  menakut-nakutkan kaum Cina yang asalnya kaum pendatang. Orang Melayu akan  terus menghormati perjanjian ini dengan kaum Cina, tetapi bukan tanpa syarat. Syaratnya kaum Cina juga mesti menghormati perjanjian ini.
Perjanjian inilah yang dikatakan kontrak sosial antara kaum di Malaysia.
      4.  Perlembagaan Reid
Sebelum kita mencapai kemerdekaan, muncul dua gabungan parti: Pusat Tenaga Rakyat (yang terdiri dari parti-parti kiri Melayu dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad) dan All-Malaya Council of Joint Action (yang terdiri dari parti-parti kiri bukan Melayu yang dipimin oleh Tan Cheng Lock), disingkat kan menjadi PUTERA-AMCJA) dan gabungan pertubuhan Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan kemudian Tunku Abdul Rahman. Gabungan pertama kiri dan yang kedua kanan.
Gabungan PUTERA-AMCJA menghasilkan apa yang dipanggil  Sepuluh Prinsip Rakyat atau Perlembagaan Rakyat, yang terdiri dari prinsip-prinsip  berikut:-
(1)   Sebuah negara Malaya, termasuk Singapura;
(2)   Sebuah majlis perundangan pusat dengan semua ahlinya dipilih;
(3)   Hak politik yang sama bagi semua warganegara;
(4)   Raja-raja Melayu jadi raja-raja beperlembagaan, yang berdaulat penuh dan menerima nasih dari perdana menteri yang dipilih;
(5)   Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu diletak di bawah penguasaan orang Melayu;
(6)   Perhatian khas diberi kepada kemajuan orang Melayu;
(7)   Bahsa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi;
(8)   Pertahanan dan hal-ehwal luar diletak bersama di bawah kerajaan Malaya dan Inggeris;
(9)   Kerakyatan dinamakan ‘Melayu’  (dengan pengertian luas dan progresif); 
(10)           Merah dan Putih dijadikan latar Bendera Kebangsaan Malaya. [1]
Jelaslah kebanyakan dari “Sepuluh Prinsip Rakyat” ini diterima oleh Suruhajaya Reid yang ditugaskan oleh Kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu untuk menggubal Perlembgaan Persekutuan Tanah Melayu. 
Itulah kontrak sosial yang diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan.
Dalam PRU13, nampaknya,  kontrak sosial ini tidak diterima lagi oleh kaum Cina. DAP, yang lahir dari PAP di Singapura, dalam propaganda mereka, menolak kontrak sosial ini dan garis propaganda ini ditelan bulat-bulat oleh sebagian besar kaum Cina yang pada kali ini mahu mengubah Kerajaan. 
Sekarang soalannya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu. Banyak kenyataan yang kita dengar mereka tidak puas hati dan marah. Adakah mereka akan mengamuk? Pemimpin mereka sekarang, Najib, telah menasihatkan “penyatuan nasional”.  Kita setuju dengan nasihat ini. Orang Melayu harus bertindak secara rasional dan bijaksana. Namun demikian penyatuan nasional hendaklah berdasarkan prinsip. Hak orang Melayu yang sah tidak boleh dikorbankan. Kaum Cina harus menghormati prinsip ini. Kalau tidak, Malaysia tidak ada masa depan! 
5.      Kembali ke Dunia Melayu
Jika sebelum kedatangan penjajah, Malaysia sebagian dari Dunia Melayu yang termasuk Indonesia, sekarang setelah kedua-dua Malaysia dan Indonesia merdeka, elok dan logiklah kita berusaha untuk merealisasi penyatuan Dunia Melayu. Dua ciri yang penting wajud dalam Dunia Melayu: bahasa Melayu dan agama Islam. Dengan penduduk Dunia Melayu nombor empat terbesar di dunia (223 juta) di belakang China, India dan Amerika Syarikat  dan dan penduduk Islam teramai, mereka mampu membangunkan sebuah tamadun baru yang besar. Mereka juga berkemampuan  untuk membangkitkan semula Islam yang sebenar dan yang boleh membebaskan dunia dari kehancuran besar yang menanti akibat keruntuhan ideologi Liberalisme yang pasti berlaku.  
-----------------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Lama web beliau www.kassimahmad.blogspot.com   

Mengapa Menentang Kerajaan Dituduh Menderhaka

Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?

HARUSSAINI HANG DATANG DARI DUNIA MANA DAN MEWAKILI SIAPA  ? MALAHAN ALLAH SUBAHANAHU WATAALA BERFIRMAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA LA IKRA HA FIDDIN – TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA,  WALAU DALAM FIRMANNYA JELAS MENGISYTIHARKAN INNADDI NA HINDALLAH HIL ISLAM- AGAMA YANG SAH DI SISI ALLAH HANYA SANYA ISLAM ,MAKNANNYA MANUSIA MASIH DIBERI KEBEBASAN UNTUK MEMILIH DAN MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA DIPAKSA DAN IKUT SECARA MELULU.KITA MESTI SEDAR DAN RELA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN !

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.
Apa maksud menentang kerajaan ? Apakah tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan dianggap menderhaka ? Bila rakyat diam dikatakan  bersetuju dan akur. Bila rakyat bangkit membantah DI ATAS BERBAGAI PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN dikata menderhaka. Jadi rakyat harus bertindak bagaimana ?
Zaman masa bodoh telah pun berlalu. Dengan kuasa internet, pengongkongan media  telah pun pecah. Rakyat mempunyai banyak saluran buat memantau perjalanan kerajaan supaya menjadi lebih telus
Mana mungkin  rakyat mesti akur dan bertindak sesuai dan selari  dengan citarasa pihak berkuasa. Ini sudah pasti sesuatu yang mustahil dalam negara demokrasi. Apa lagi apabila  kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang sudah pasti tidak maksum 100 peratus.Keputusan PRUke 13  telah membawa mesej yang jelas.
Demokrasi harus dilaksanakan sepanjang masa bukan hanya sekadar musim PRU.Dalam media dan segala institusi supaya ia mewakili suara rakyat bukannya suara segelintir pihak yang kononnya berkuasa mutlak.
Zaman untuk rakyat melulu dan  bersetuju serta menjadi pak turut dengan kerajaan telah pun berlalu . Adalah amalan biasa ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Maka terimalah hakikat ini sebagai pengukur dan penanada aras  ada yang sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan kerajaan dan institusi yang terkait rapat dengannnya.
Tugas kerajaan mengimbangkannya sesuai dengan undang-undang yang standad.Tidak boleh berat sebelah dan bias untuk bertindak keras ke atas satu pihak dan membiarkan pihak yang lain bertindak sewenangan kerana menyokong pihak berkuasa atas dasar sentimen. Kononnnya ketuanan Melayu.
Ini bukannya  zaman purba. Zaman feudal yang mana kuasa pihak pemerintah adalah mutlak.  Tidak boleh dicabar dan dikritik  langsung. Malahan Hang Jebat yang hidup di zaman feudah yang totok pun telah boleh berfikir dengan ungkapan masyhor :
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
Satu pengucapan yang mendahului zaman.Lebih awal  daripada ledakan revolusi Perancis yang melaungkan Kebebasan , Persamaan dan Persaudaraan pada hujung abad ke 18. Inikan pula  zaman moden yang serba terbuka.
Hakikatnya  rakyat telah boleh berfikir dan bertindak dengan rasional. Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat dan mesti bertindak untuk memahami dan merasai apa yang rakyat kesalkan.
Dengan kata-kata lain mereka telah tahu dan dapat membezakan di antara yang benar dengan yang  palsu. Protes yang tersusun dan aman adalah amalan biasa dalam negara demokrasi. Protes bukan untuk berlawan dengan sesiapa.Ia sekadar luahan rasa dan penyampaian mesej bahawa yang salah dan menyeleweng wajib diperbetulkan !
Tugas ulama dan intelek ialah mengajar umat supaya menjadi  lebih cerdik.Matlamatnya   supaya bergerak di atas paksi keadilan. Menyatakan yang benar dan menjauhkan rakyat daripada terperuk dalam masa bodoh menjadi lemah dan tidak berfungsi.Dalam kata-kata lain amar makruf dan nahi mungkar wajib ditegakkan.
Barulah perjalanan negara akan jadi betul.  Transformasi yang diwar-warkan bukan sekadar retorika tetapi dibuktikan dalam tubuh kerajaan melalui pelaksanaan. Dasar-dasar yang lebih telus dan terbuka.Bukannya mengancam dengan  menakut-nakut rakyat dengan berbagai undang-undang purba.
Sejarah membuktikan sesiapa yang menentang roda perubahan pasti tercicir dan ketinggalan. Ini kerana mereka menentang ketelusan dan penambahbaikan dalam sistem demokrasi kita.Demokrasi  yang lebih  menyeluruh untuk semua.
Sistem yang gelong dan pincang harus diperbetulkan supaya bergerak di atas landasan yang betul. Indahnya Malaysia kerana rakyat masih waras dan bertindak secara aman.Tidak ada rekod yang menunjukkan perhimpunan aman berakhir dengan kegananasan kecuali ada tangan  tangan  gelap yang menghuru-harakannya

Wednesday, May 22, 2013

AMARAN KEPADA ZAHID HAMIDI MENTERI KDN YANG BARU

 Jawatan menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa ~ Harakahdaily, 


21 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan amaran dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap himpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat. 

Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3 berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap. 

 "Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan tenteram. 

 "Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga Ahli Parlimen Temerloh. 

Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya. 

Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh politik beliau. 

 "Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan. 

"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan," katanya di sini

Sunday, April 28, 2013

PRAMOEDYA ANANTA TOER

BICARA TENTANG HAK  SEORANG WARGA NEGARA

BAGAIMANA BISA JADI BERANI

BAGAIMANA HADAPI MASALAH


Thursday, April 11, 2013

PROJEK MALAYSIA BY PROFESOR RUPERT EMERSON


 

DENGAR KATA NYA......

1. SEWAKTU HENDAK MENCAPAI KEMEREDEKAAN NAMA KEDAH ADALAH DIANTARA NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN UNTUK NAMA NEGARA KITA. BETUL KAH?

2. SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA?

Wednesday, April 10, 2013

RAHSIA MAHYUDDIN AKHIRNYA TERBONGKAR

11 April, 2013

Rahsia Muhyiddin Yassin Akhirnya Terbongkar..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai sesat. Tidak elok kalau tuduhan sesat itu dilemparkan kembali kepadanya.
Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.
Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura. Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. 

Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura. Asian Wall Street Journal 16 Jun 1995 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Dato' Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. Sebanyak 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".
Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki
2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan­ tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganiny­a bila-bila masa".
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat". Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan­ peruntukan akta itu untuk mengambil alih 6,544.4172 ekar tanah di Mukim Tebrau, Johor Bahru melalui perbadanan itu.
Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta. ~pen buruk

Sunday, March 31, 2013

KATA-KATA YANG MENJADI BAHAN RENUNGAN

RENUNGAN

RENUNGAN

“Peluang terletak atas orang sini... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat.” - TG Datuk Nik Aziz Nik Mat
 

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak?" - Datuk Seri Anwar Ibrahim
 

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya". - Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Buah ranum pada tangkai; 
bahasa gugur dari hati,
 sekali janji, sekali nafi; 
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
 Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli,
 kalaupun Shakespear turun ke bumi! 
Jangan berikan undi,
 pada mereka yang menghina bahasa sendiri. 
Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua. – 
Datuk A. Samad Said
 

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," - Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
 
 
 

"Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, kutampar tangan mereka." - Mat Sabu
 

Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. [ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak menjaga dan memeliharanya.? Apakah rakyat masih tega untuk menyerahkan amanah kepimpinan negara kepada mereka pada PRU 13 nanti ? - Nasrudin Hassan
 
 

"Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini" - Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Friday, March 29, 2013

Zulkifli Muhammad Dalam kenangan

Profesor Dr Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan (1927-1964)

 
 
 
 
 
 
Rate This

Bersongkok dan berbaju melayu bukan untuk mempamerkan diri terlalu tebal rasa dan semangat melayu. Atau menunjuk-nunjuk diri sebagai pahlawan zaman. Tanpa menghunus keris, atau berlagak sebagai tuan, Prof Dr Zulkifli Muhammad 1927-1964) mampu menggugat hati lawan dengan ketajaman hujah, daya keilmuan dan komitmen yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat. Dua hari lagi genaplah 48 tahun beliau meninggalkan kita semua.
Semasa Chemek muda remaja dulu, apabila tiba sahaja hari Jumaat, selalu kedengaran soalan ditanya berbahasa-bahasa kepada jiran tetangga dan kenalan yang ditemui di warung-warung/kedai/depan pintu rumah.
alah mano tuh? (maksudnya: hendak ke manakah?)
Jawab mereka: nok gi dengga (nak pergi dengar kuliah agama). Ada yang kata, nok gi kelab Pah (nak pergi Kelab Pas). Ada yang kata: nok gi Dewe Zul (nak pergi ke Dewan Zulkifli Muhammad) dan ada juga yang jawab: Pat tok guru (tempat tok guru Nik Abdul Aziz mengajar pada pagi Jumaat)
Ke semua jawapan ini merujuk kepada kuliah pagi jumaat yang diadakan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dewan Zulkifli Muhammad terletak di tingkat dua Bangunan Pas di Jalan Dato’ Pati. Jika kita perhati pada bangunan Pas itu dari jauh, kita akan nampak ada tulisan jawi ‘kelab Pas’. Di tingkat bawah ialah deretan kedai buku dan pakaian yang dimiliki oleh seorang jutawan al-Marhum Jaafar Rawas.
Chemek sebenarnya mencari fakta sejarah mengenai orang yang memperjuangkan nasib orang melayu di akar umbi. Chemek juga sedang mencari-gali semula siapakah mereka yang bekerja keras untuk perpaduan orang melayu Islam di tanahair ini. Pencarian Chemek terhenti pada nama tokoh ini. Semakin banyak  membaca mengenai jasa beliau, semakin membuka mata chemek sendiri bahawa jasa ahli Parlimen Pas seperti beliau dapat menjawab kontroversi dan propaganda yang mengatakan bahawa Pas membelakangkan nasib orang melayu bahkan ia menunjukkan bahawa sejak awal lagi Pas adalah parti dan jemaah Islam yang benar-benar mengambil berat dan memperjuangkan Islam dan nasib orang Melayu.
Sebelum ini dewan di tingkat 2 di Kelab Pas tidak bernama. Ia menjadi tempat Tuan Guru menyampaikan kuliah lebih 30 tahun (atau lebih lagi) lamanya. Pada hari-hari biasa, ia menjadi tempat solat orang ramai. Sebagai mengenangi jasa Prof. Dr Zulkifli dalam Pas, maka Pas Kelantan menamakan Dewan itu sempena nama beliau.
Mari kenali serba sedikit siapakah insan ini  yang merupakan seorang tokoh pemimpin dalam Pas pada tahun 1950 – 1960 an. Sumber utama tulisan chemek ini dipetik dari blog Ibnu Hasyim  yang Chemek hanya kenal namanya melalui tulisan-tulisan beliau sejak dahulu. Boleh jadi juga tidak salah jika Chemek kira beliau (dan pak MSO)  sebagai ensiklopedia politik Kelantan, kerana rakaman bernilai sejarah Pas yang ditulis oleh mereka sehingga ke hari ini. Chemek juga merujuk kepada tulisan Abu Urwah ataupun YB Sa’ari Sungib dan Dr Fauzi Zakaria.
Latar belakang Peribadi dan Pendidikan
Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah Timbalan Yang Dipertua Agung (Presiden) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dari tahun 1956-1964. Anak Kelahiran Kuala Kangsar ini mendapat pendidikan tinggi di Mesir pada tahun 1940an. Dilahirkan pada 22 Mac 1927 di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Isteri beliau ialah Ustazah Asiah Kamaruddin, merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.
Sewaktu belajar di Mesir, beliau terdedah dengan pemikiran dan gerakan Islam. Bersama tokoh Pas sezamannya, Ustaz Haji Hassan Salleh, pada setiap minggu beliau mengikuti Hadith al-Thulatha, iaitu Kuliah mingguan yang disampaikan oleh pengasas Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna di Markaz Am pertubuhan itu. Setelah kematian al-Banna kuliah itu disambung oleh Syed Qutb. Dr Zulkifli masih meneruskan kehadirannya kuliah itu sehinggalah tahun 1951.
Rakyat Kelantan sejak pilihanraya terawal lagi telah menunjukkan sikap terbuka dalam menerima kepimpinan berpelajaran agama ataupun ulama’. Anak kelahiran Perak ini diterima rakyat Bachok, Kelantan walaupun beliau bukan asal di situ. Beliau memenangi kerusi parlimen Bachok pada tahun 1959 dan sekali lagi dalam pilihanraya 1964.
Sumbangan Prof. D Zulkifli Muhammad Sebagai MP Pas
Komitmen beliau terhadap tugas sebagai ahli Parlimen amat memberangsangkan. Beliau hadir penuh setiap persidangan dari awal sehingga akhir. Jika sehari, sehari penuhlah kehadirannya. Jika seminggu ataupun sebulan, jelas partisipasi beliau dari awal sehingga ke akhir. Seorang yang amat menekankan keikhlasan dalam berkhidmat untuk nusa dan agama. Inilah kunci utama kerja cermat beliau sepanjang menjadi pemimpin Pas dan masyarakat. Dari laporan-laporan Parlimen didapati beliau pantas berhujah dengan bernas dan setiap mesej yang diutarakan berkualiti tinggi.
Siapa menyangka, ahli parlimen Pas yang selalu dipanggil oleh pihak lawan sebagai ‘orang kampung’ ataupun dari parti ‘Tok Lebai’ boleh menggegarkan dewan rakyat melalui hujah dan pidato yang hebat.
  • Beliau ialah wakil rakyat pertama dalam sejarah Dewan menempa sejarah berucap selama empat jam berturut-turut.
  • Beliau juga menggesa Persekutuan Tanah Melayu agar menarik balik pengiktirafan terhadap negara Israel.
  • Pada 19 Ogos 1963, beliau berucap menentang penubuhan Malaysia dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Ini kerana jika berlaku penubuhan Malaysia, pulau Singapura akan terlepas dari kerajaan.
  • Beliau juga membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah beliau mengecam awal-awal akta ini sebelum ia diluluskan kerana beliau bimbang akta ini digunakan untuk kepentingan politik.
Beliau juga membangkitkan isu masyarakat dari hak keistimewaan orang-orang Melayu, bahasa Melayu, sehinggalah isu pendidikan seperti pengiktirafan sijil Kolej Islam Malaya, Pusat Latihan Guru dan menyarankan agar dihentikan penghantaran guru ke Brinsford dan Kirby di United Kingdom.  Dalam persidangan pada bulan November 1959, beliau membangkitkan soal-soal kerakyatan, cukai, minuman keras, pertanian seperti koperasi dan bidang teknik,
Sebulan kemudian, sewaktu persidangan dewan rakyat berlangsung pada bulan Disember 1959, beliau membangkitkan soal kerakyatan, perang saraf, pelajaran dewasa, rumah murah, penuntut Melayu di Mesir, Bahasa Melayu, cukai import, perlunya institute penyelidikan industry dan lain-lain.
Antara isu yang beliau sentuh pada bulan April 1960 ialah mengenai bahasa Melayu sebagai pengantar, ekonomi orang Melayu termasuk RIDA.
Ketika persidangan yang lain dari bulan Ogos hingga Disember 1960 Dr Zulkifli Muhammad mengemukakan persoalan mengenai pendatang haram, orang Melayu luar negeri, Laporan Razak mengenai pelajaran, perlunya Malay Economic Secretariat, ali baba, RIDA, cukai, anti corruption agency, architecture kebangsaan dan perlunya rumah-rumah murah untuk kakitangan kerajaan berpendapatan rendah.
Dalam tahun 1961, beliau mengemukakan pendapat mengenai Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengenai pelajaran dewasa, penggunaan Bahasa Melayu RIDA, FELDA, Dewan Bahasa dan Pustaka, menentang penubuhan Malaysia, dasar pelajaran dan rasuah. Tahun 1962, mengemukakan perlunya Staff Training Centre, Public Record, Crown Agent, RIDA, kemunduran pelajar Melayu, pengjian Islam, Kolej Islam, penubuhan Tabung Haji, perturan sekolah-sekolah, Kolej Pertanian, Bahasa Kebangsaan, perlunya Secretariat Melayu Kuala Lumpur, bahasa Melayu di mahkamah dan keselamatan jalan raya.
Komitmen beliau tidak surut walaupun penggal perjawatannya semakin berakhir. Dari isu yang besar sehinggalah kes terpencil yang tidak diselesaikan oleh kerajaan dibawa ke Parlimen. Contohnya seperti isu Bahasa Kebangsaan, Syarikat Kerjasama, dasar luar negara Association of Southeast Asia (ASA), kesihatan, sehingga kepada pengaduan rakyat yang diberhentikan kerja secara aniaya.
Antara lain sumbangan beliau sebelum dan sewaktu menjadi ahli parlimen Pas ialah beliau terlibat menentang keganasan komunis di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga terlibat menentang gagasan Malayan Union (yang disokong pada mulanya oleh UMNO) bersama pertubuhan Melayu berhaluan kiri.
Selain itu, beliau mengasah penanya yang tajam dan kritikal melalui tulisan dan rencana. Contoh penulisan beliau ialah: a) Falsafah Akhlak dalam Islam, b) Umat Islam Sekarang Makin Mundur, c) Peranan Filem dalam Masyarakat, d) Economic Justice, dan e) Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku iaitu Masyarakat dan Syariat, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup, dan Pegangan Hidup Umat Islam. Selain itu sebagai seorang pujangga yang kreatif, sajak-sajak beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Adunan semangat cintakan tanahair dan kekuatan Islamnya tersimpul kemas di dalam bait-bait sajak yang dihasilkan.
Apa yang cukup ketara dan menjadikan Pas unik di gelangang politik dari dahulu sehingga kini ialah ketika umno sibuk membicarakan pembelaan dan kepentingan Melayu berteraskan semangat kebangsaan, Pas melalui Dr Zulkifli Muhammad dan mereka yang kemudiannya terus membicarakan soal kepentingan bangsa, bahasa Melayu tetapi berpaksikan kepentingan agama Islam.
Sumbangan Beliau Dalam Pendidikan.
Prof. Dr Zulkifli Muhammad menyakini terdapat dua cara yang berkesan dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dengan nilai-nilai Islam dan luhur. Cara tersebut adalah melalui penglibatan dalam bidang politik dan pendidikan.
  1. Beliau telah menggerakkan usaha menubuhkan Kolej Islam Malaya di Klang (1953). Bagi mengenang jasa beliau dalam pendidikan ini, Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957. Gelaran ini diterima sebelum beliau menjadi ahli parlimen Pas.
  2. Beliau juga mencetuskan idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan  pada 1965.
  3. Perhatian beliau mengenai masalah Bahasa Melayu amat tajam. Bersama Pendeta Za’baa, beliau merintis penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka agar usaha memakmurkan Bahasa Kebangsaan dapat dijayakan.
  4. Menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu.
Profesor Dr Zulkifli Muhammad merupakan seorang pemikir masa depan bagi Pas. Beliau pernah menyuarakan bahawa Islam tidak dapat ditegakkan dalam negara ini tanpa sokongan orang-orang bukan Islam. Beliau jelaskan bahawa golongan bukan Islam mempunyai hak tersendiri dalam sesebuah negara Islam. Kerana itu, beliau mencadangkan agar Pas bersedia melihat masa depan merentas bingkai etnik dan sempadan bangsa Melayu semata-mata. Sesuai dengan sifat Islam yang menjadi rahmat untuk semua bangsa, maka beliau mencadangkan agar PAS mengkaji cadangan membuka keahlian kepada warga negara ini yang bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu. Namun, Jawatankuasa Agung PAS ketika itu tidak berhasrat membuka keahlian kepada golongan bukan Islam menyertai Pas hanya kerana ‘semata-mata kerana takut kalah pilihan raya’.
Penting untuk dinyatakan di sini mengenai kemelut politik pada tahun 1950 an dan 1960 an. Suasana negara ketika itu yang baru mencapai kemerdekaan tidak sunyi dari pertembungan, keganasan dan api perkauman. Kita mewarisi negara kini dalam simpulan-simpulan perkauman yang terlalu tebal ciptaan para penjajah. Catitan sejarah menunjukkan berlaku peristiwa hitam beberapa kali. Kesan tinggalan penjajah ini terus dirasai sehingga ke hari ini.
Pemergian Beliau
Di kala rakyat amat memerlukan seorang pemimpin seperti beliau, berlaku tragedi yang tidak disangka di Batu 4, 1/2 Jalan Kuantan, Pahang pada 6 Mei 1964.  Kereta Fiat Dr Zulkifli Muhammad telah dirempuh oleh sebuah land rover yang laju dari arah bertentangan. Isterinya meninggal di tempat kejadian, manakala beliau menghembuskan nafas terakhir semasa dibawa ke hospital. Hanya Allah s.w.t maha Mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi.
Kematian beliau menyebabkan semakin kusut keadaan politik ketika itu. Api sengketa dan pertembungan di antara Pas dan UMNO sedang berlaku. Profesor Dr Zulkifli pula baru sahaja memenangi kerusi pilihanraya umum parlimen Bachok untuk penggal kedua. Untuk menamatkan spekulasi bahawa kematian beliau adalah angkara kemalangan yang dirancang ataupun perbuatan kianat musuh politik, Tunku Abdul Rahman al-Haj iaitu PM ketika itu terpaksa membuat kenyataan di Dewan Rakyat. Kenyataan tersebut ke udara ke segenap pelusuk desa melalui radio RTM. Kemudian kerajaan persekutuan mengarahkan agar jenazah al-Marhum suami isteri diterbangkan dari Kuantan ke Kuala Kangsar. Lebih 10,000 datang untuk memberikan penghormatan, takziah dan solat jenazah termasuklah duta-duta asing dan juga pemimpin UMNO.
Sebelum menamatkan posting pada kali ini, Chemek ingin menekankan agar kita terus mencari ilmu dan maklumat yang benar lebih-lebih lagi maklumat mengenai sejarah.
Selain itu sebagai rakyat, kita mesti bijak dan kritikal dalam membuat pemilihan siapakah pemimpin yang akan diundi bagi bekerja untuk rakyat. Mereka ini mesti ikhlas bekerja sebagai wakil rakyat untuk semua (bukan untuk ahli Pas ataupun untuk ahli umno semata-mata).
Chemek sempat mendengar semula rakaman amanat Dr Zulkifli Muhammad dalam satu ceramah beliau. Dikatakan ucapan itu adalah ucapan terakhir daripada beliau sebelum beliau terlibat di dalam kemalangan. Antara perkara yang menyentuh hati Chemek ialah soal keikhlasan untuk berbakti kepada rakyat telah diperkatakan oleh tokoh ini. Keikhlasan inilah menurut beliau akan menjadi bekal untuk kita bawa apabila kita pulang kepada Allah s.w.t. Siapa menyangka rupanya inilah pesanan terakhir beliau kepada pemimpin ketika itu.
  • Chemek juga ingin cadangkan kepada Pas Kelantan agar menjadikan ruang Dewan Zulkifli sebagai Galeri Sejarah Pas Kelantan. Selain dari peranan hariannya sebagai tempat solat awam.
  • Kewujudan galeri ini kelak bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh generasi hari ini, malah ia dapat menjadi sumber dan tempat untuk mengumpul dan mempelajari  sejarah perjuangan Pas yang sudah lebih 50 tahun menabur bakti kepada masyarakat di samping menerima kunjungan pelawat dan muda-mudi. Jika tidak dihimpun sejara-sejarah ini, pengetahuan mengenai perjuangan Pas ini akan hilang sesudah kita kehilangan tokoh-tokoh ini.

AMANAT FADZIL NOR

Thursday, March 28, 2013




Political, judicial and administrative sectors 


1- An end to party rivalry, and a channelling of the political forces of the nation into a common front and a single phalanx.


2- A reform of the law, so that it will conform to Islamic legislation in every branch.


3- A strengthening of the armed forces, and an increase in the number of youth groups; the inspiration of the latter with zeal on the bases of Islamic jihad.


4- A strengthening of the bonds between all Islamic countries, especially the Arab countries, to pave the way for practical and serious consideration of the matter of the departed Caliphate.


5- The diffusion of the Islamic spirit throughout all departments of the government, so that all its employees will feel responsible for adhering to Islamic teachings.


6- The surveillance of the personal conduct of all its employees, and an end to the dichotomy between the private and professional spheres.


7- Setting the hours of work in summer and winter ahead, so that it will be easy to fulfill religious duties, and so that keeping late hours will come to an end.


8- An end to bribery and favoritism, with consideration to be given only to capability and legitimate reasons [for advancement].


9- Weighing all acts of the government acts in the scales of Islamic wisdom and doctrines; the organization of all celebrations, receptions, official conferences, prisons and hospitals so as not to be incompatible with Islamic teaching; the arranging of work-schedules so that they will not conflict with hours of prayer.


10- The employment of graduates of Al-Azhar in military and administrative positions, and their training.

Social and educational sectors 


1- Conditioning the people to respect public morality, and the issuance of directives fortified by the aegis of the law on this subject; the imposition of severe penalties for moral offences.

2- Treatment of the problem of women in a way which combines the progressive and the protective, in accordance with Islamic teachings, so that this problem - one of the most important social problems - will not be abandoned to the biased pens and deviant notions of those who err in the directions of deficiency or excess.

3- An end to prostitution, both clandestine and overt: the recognition of fornication, whatever the circumstances, as a detestable crime whose perpetrator must be flogged.

4- An end to gambling in all its forms - games, lotteries, racing, and gambling-clubs.

5- A campaign against drinking, as there is one against drugs: its prohibition, and the salvation of the nation from its effects.

6- A campaign against ostentation in dress and loose behavior; the instruction of women in what is proper, with particular strictness as regards female instructors, pupils, physicians, and students, and all those in similar categories.

7- A review of the curricula offered to girls and the necessity of making them distinct from the boys' curricula in many of the stages of education.

8- Segregation of male and female students; private meetings between men and women, unless between the permitted degrees [of relationship] to be counted as a crime for which both will be censored.

9- The encouragement of marriage and procreation, by all possible means; promulgation of legislation to protect and give moral support to the family, and to solve the problems of marriage.

10- The closure of morally undesirable ballrooms and dance halls, and the prohibition of dancing and other such pastimes.

11- The surveillance of theatres and cinemas, and a rigorous selection of plays and films.

12- The expurgation of songs, and a rigorous selection and censorship of them.

13- The careful selection of lectures, songs, and subjects to be broadcast to the nation; the use of radio broadcasting for the education of the nation in a virtuous and moral way.

14- The confiscation of provocative stories and books that implant the seeds of skepticism in an insidious manner, and newspapers which strive to disseminate immorality and capitalize indecently on lustful desires.

15- The supervision of summer vacation areas so as to do away with the wholesale confusion and licence that nullify the basic aims of vacationing.

16- The regulation of business hours for cafés; surveillance of the activities of their regular clients; instructing these as to what is in their best interest; withdrawal of permission from cafés to keep such long hours.

17- The utilization of these cafés for teaching illiterates reading and writing; toward this end, the assistance of rising generation of elementary school teachers and students.

18- A campaign against harmful customs, whether economic, moral, or anything else; turning the masses away from these and orienting them in the direction of ways beneficial to them, or educating them in a way  consonant with their best interests. These involve such customs as those to do with weddings, funerals, births, the zar (a ceremonial of exorcism), civil and religious holidays, etc. Let the government set a good example in this respect.

19- Due consideration for the claims of the moral censorship, and punishment of all who are proved to have infringed any Islamic doctrine or attacked it, such as breaking the fast of Ramadan, wilful neglect of prayers, insulting the faith, or any such act.

20- The annexation of the elementary village schools to the mosques, and a thoroughgoing reform of both, as regards employees, cleanliness, and overall custodial care, so that the young may be trained in prayer and the older students in learning.

21- The designation of religious instruction as a basic subject in all schools, in each according to its type, as well as in the universities.

22- Active instigation to memorize the Qur'an in all the free elementary schools; making this memorization mandatory for obtaining diplomas in the areas of religion and (Arabic) language; the stipulation that a portion of it be memorized in every school.

23- The promulgation of a firm educational policy which will advance and raise the level of education, and will supply it, in all its varieties, with common goals and purposes; which will bring the different cultures represented in the nation closer together, and will make the first stage of its process one dedicated to inculcating a virtuous, patriotic spirit and an unwavering moral code.

24- The cultivation of the Arabic language at every stage of instruction; the use of Arabic alone, as opposed to any foreign language, in the primary stages.

25- The cultivation of Islamic history, and of the national history and national culture, and the history of Islamic civilization.


26- Consideration of ways to arrive gradually at a uniform mode of dress for the nation.

27- An end to the foreign spirit in our homes with regard to language, manners, dress, governesses, nurses, etc; all these to be Egyptianized, especially in upper class homes.

28- To give journalism a proper orientation, and to encourage authors and writers to undertake Islamic, Eastern subjects.

29- Attention to be given to matters of public health by disseminating health information through all media; increasing the numbers of hospitals, physicians, and mobile clinics; facilitating the means of obtaining medical treatment.

30- Attention to be given to village problems, as regards their organization, their cleanliness, the purification of their water supply, and the means to provide them with culture, recreation, and training.

Economic sector 


1- The organization of zakat (charity) in terms of income and expenditure, according to the teachings of the magnanimous Sacred Law; invoking its assistance in carrying out necessary benevolent projects, such as homes for the aged, the poor, and orphans, and strengthening the armed forces.


2- The prohibition of usury, and the organization of banks with this end in view. Let the government provide a good example in this domain by relinquishing all interest due on its own particular undertakings, for instance in the loan-granting banks, industrial loans, etc.


3- The encouragement of economic projects and an increase in their number; giving work to unemployed citizens in them; the transfer of such of these as are in the hands of foreigners to the purely national sector.


4- The protection of the masses from the oppression of monopolistic companies, keeping these within strict limits, and obtaining every possible benefit for the masses.


5- An improvement in the lot of junior civil servants by raising their salaries, by granting them steady increases and compensations, and by lowering the salaries of senior civil servants.


6- A reduction in the number of government posts, retaining only the indispensable ones; an equitable and scrupulous distribution of the work among civil servants.


7- The encouragement of agricultural and industrial counselling; attention to be paid to raising the production level of the peasant and industrial worker.


8- A concern for the technical and social problems of the worker; raising his standard of living in numerous respects.


9- The exploitation of natural resources, such as uncultivated land, neglected mines, etc.


10- Priority over luxury items to be given to necessary projects in terms of organization and execution.