Taktik Penjajah Mengekalkan Legasi
Tahun ini genap 54 tahun negara kita
mencapai ‘kemerdekaan’. Mengapa ada tanda ‘ dan ‘ dalam perkataan
kemerdekaan saya? Kerana sebenarnya negara ini belum benar-benar merdeka
kerana British telah meninggalkan legasi yang besar untuk memastikan
penjajahan mereka berterusan sehingga hari ini.
Negara-negara kolonialis yang kita
ketahui hari ini seperti British, Perancis, Jerman, Sovier Union, Italy,
Belanda dan banyak lagi telah tidak lagi menduduki negara-negara yang
pernah mereka jajah dahulu. Namun demikian, hakikatnya mereka masih
‘berkuasa’ ke atas bekas-bekas jajahan mereka sehingga hari ini. Sebagai
contoh, British di Malaysia.
Bagaimana British mengekalkan penguasaan mereka di Tanah Melayu/Malaysia?
1. British membina sekolah-sekolah elit
di Tanah Melayu dan memilih anak-anak bangsawan untuk bersekolah di
situ. Sebagai contoh, MCKK, Penang Free School dan Victoria Institution.
Di sekolah-sekolah ini, anak-anak bangsawan ini diajar dengan silibus
penjajah yang menerapkan sistem pentadbiran dan cara hidup penjajah.
Anak-anak bangsawan yang terpilih pula diberikan keistimewaan untuk
belajar di United Kingdom untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi.
Selepas diberikan ‘kemerdekaan’, anak-anak bangsawan inilah yang
seterusnya dilantik mentadbir negara sesuai dengan ‘acuan’ yang telah
diberikan di sekolah dan kolej dahulu. Ramai menganggap sikap penjajah
ini baik kerana membina sekolah untuk anak-anak tempatan menuntut ilmu
tapi hakikatnya agenda mereka lebih besar dari itu.
2. Bagi mengambil hati orang-orang Melayu di Tanah Melayu, British menggunakan pendekatan mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Berbeza dengan Belanda di Indonesia yang memansuhkan terus kuasa raja-raja tempatan menyebabkan rakyat Indonesia bangkit melawan dengan kekerasan. British sebaliknya mengambil pendekatan bijak dengan mengekalkan kedudukan raja-raja untuk mengambil hati orang Melayu. Mereka tidak mengambil alih secara langsung kuasa raja-raja sebaliknya menggunakan gelaran penasihat atau residen. Namun hakikatnya, raja-raja Melayu langsung tidak berkuasa bahkan diberi gaji dan elaun oleh British. Sesetengah orang Melayu memuji sikap British ini kerana mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu namun mereka tidak sedar sebenarnya kedudukan raja-raja Melayu telah dieksploitasi untuk mengelakkan penentangan orang Melayu.
3. Untuk mengelakkan persepsi negatif rakyat tempatan terhadap penjajahan British, British tidak menamakan pendudukan mereka di Tanah Melayu sebagai ‘penjajahan’ (colonialism) sebaliknya menggunakan terma ‘negara naungan’ (protectorate state). Dengan istilah ini, rakyat tempatan tidak melihat negara mereka dijajah sebaliknya dijaga oleh British. Kesannya, tiada penentangan besar-besaran berlaku kerana rakyat merasakan mereka sedang dinaungi oleh British, bukan dijajah. Hakikatnya, semua sumber hasil bumi Tanah Melayu dieksploitasi dan rakyat dipaksa mengikut telunjuk sistem British. Tiada beza dengan penjajahan. Malangnya, sehingga hari ini masih ramai yang menganggap British tidak menjajah malah berterima kasih kepada British kerana telah menaungi Tanah Melayu. Bayangkan sekiranya dari awal rakyat Tanah Melayu menyedari hakikat ini, sudah tentu penentangan besar-besaran berlaku sebagaimana yang berlaku kepada Malayan Union (sebab itu British tak kisah mansuhkan rancangan Malayan Union sebab sama saja ada Malayan Union atau tidak, kedua-duanya adalah penjajahan).
4. Bagi penentang-penentang British yang menyedari hakikat penjajahan ini, mereka dilabel sebagai pengganas atau penderhaka oleh British. Menentang pentadbiran British sama seperti menentang raja-raja Melayu sebagaimana yang berlaku kepada Tok Janggut dan sahabat-sahabatnya. Pada zaman pasca Malayan Union pula, para penentang British dilabel sebagai golongan kiri yang berfahaman komunis. Tambah malang pula, pemimpin-pemimpin Melayu yang pro-British juga turut melabelkan mereka sebagai komunis sehingga tersemat dalam buku-buku teks sehingga hari ini. Takkanlah Dr. Burhanuddin Al-Hilmi yang memimpin Parti Islam turut sama memegang fahaman komunis. Ini juga merupakan salah satu taktik British untuk mengekalkan legasi.
5. Penentang-penentang British yang melawan British dengan kekerasan diubah fakta perjuangan mereka daripada penentangan terhadap sistem British kepada perjuangan mendapatkan hak mengutip cukai sahaja. Fitnah ini dibesar-besarkan sehingga memperlihatkan betapa pejuang-pejuang ini hanya bersifat materialistik kerana berjuang untuk mendapatkan hak memungut cukai semata-mata. Kisah kepahlawanan Dato’ Haji Abdul Rahman Limbong di Kuala Berang, Terengganu yang menentang sistem taghut dikecilkan kepada perjuangan menuntut tanah semata-mata walhal perjuangan beliau lebih besar daripada itu iaitu mendaulatkan hakimiyyah Allah. Sehingga hari ini, generasi baru masih mempercayai fakta palsu ini lantas menyebabkan kita tidak terinspirasi apabila membaca kisah-kisah perjuangan orang dahulu bahkan mempertikai mengapa mereka berjuang bermati-matian hanya kerana ingin menuntut hak mengutip cukai dan tanah. Kisah-kisah perjuangan ini, jika diceritakan dengan benar mampu membangunkan jiwa-jiwa yang sedang tidur untuk bangkit berjuang. Oleh sebab itu British menukar cerita-cerita ini untuk menidurkan terus jiwa-jiwa yang sedang lena.
6. Bagi pejuang-pejuang British yang berjaya ditangkap, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan mayat-mayat mereka disembunyikan atau kubur-kubur mereka dirahsiakan. Ini bagi mengelakkan pejuang-pejuang lain merasa termotivasi untuk meneruskan perjuangan kerana kubur-kubur pejuang mampu menyuntik semangat generasi baru untuk terus berjuang. Lihat saja jenazah Rosli Dhobi, pejuang kemerdekaan Sarawak yang dihukum gantung oleh British, mayatnya dikebumikan di dalam penjara Sarawak tanpa batu nisan. Begitu juga yang berlaku kepada pejuang-pejuang lain yang entah ke mana hilangnya kubur mereka.
7. Bagi pejuang-pejuang yang menyebarkan ideologi, mereka ditangkap dan dibuang negara sejauh-jauhnya supaya ideologi perjuangan mereka tidak tersebar kepada masyarakat lainnya. British sedar, bagi pembawa ideologi/fikrah, walaupun mereka dibunuh atau digantung, sentuhan tarbiyyah mereka mampu berkembang walaupun jasad mereka telah mati. Menyedari hakikat ini, mereka membuang sejauh-jauhnya para pejuang ini supaya pengikut-pengikut mereka tidak memberontak dengan keras kerana mereka tahu pejuang mereka masih hidup dan mendapat kehidupan yang baik. Ini berlaku kepada Dato’ Haji Abdul Rahman Limbong yang dibuang negeri ke Mekah.
8. Bagi pejuang-pejuang yang hebat dan tegar, British mengambil pendekatan keras dengan menyeksa dan memperlakukan mayat pejuang dengan amat dasyat sekali. Ia bagi menakut-nakutkan masyarakat supaya tidak lagi menentang. Ini berlaku kepada Haji Hasan Munas (Tok Janggut) yang mana mayatnya diseret dan digantung di Pasir Puteh untuk menakut-nakutkan masyarakat setempat. Tok Janggut menentang British dengan tegar sekali kerana menyahut seruan jihad Khilafah Uthmaniyyah ketika itu apabila Qadhi Besar Istanbul, Amyr Effendi mengeluarkan fatwa bahawa fardhu bagi setiap Muslim menentang British pada ketika itu (1915).
9. Setelah diberikan ‘kemerdekaan’ palsu kepada Tanah Melayu, British menyediakan Perlembagaan rasmi yang dibuat oleh orang-orang British (Suruhanjaya Reid) untuk digunapakai di Tanah Melayu. Dengan adanya perlembagaan ini, British secara tidak langsung meneruskan pemerintahan mereka di Tanah Melayu tetapi bezanya, individu-individu yang memerintah tidak lagi berkulit putih tetapi hati dan
minda mereka masih lagi ‘orang putih’ malah mungkin lebih lagi.
10. Pecah dan perintah. British
memecah-mecahkan rakyat Tanah Melayu kepada 3 kaum, dengan tempat mereka
sendiri supaya mereka tidak bersatu untuk menentang penjajahan. Melayu
ditempatkan di kampung-kampung. Cina di bandar-bandar. India di
estet-estet. Tidak ada interaksi antara ketiga-tiga kaum utama ini.
Masing-masing disuntik dengan perasaan syak wasangka terhadap satu sama
lain menyebabkan perpaduan nasional tidak dapat dicapai sehingga hari
ini.
Generasi demi generasi telah berlalu,
namun legasi British masih segar dalam sistem bernegara di Malaysia.
Mahu tidak mahu, sebenarnya masih ramai lagi yang ‘berterima kasih’ dan
‘terhutang budi’ dengan jasa British menjajah negara ini.
Modus operandi seperti diatas bukan
sahaja digunapakai oleh British malahan juga kuasa-kuasa kolonial yang
lain. Ia juga berlaku di negara-negara jajahan lain yang juga menerima
nasib yang sama seperti Malaysia.
Jika kita masih belum sedar akan agenda
penjajah ini, maka sampai bila-bila pun legasi tinggalan British ini
akan terus mengongkong negara kita. Seolah-olah kita sedang diperintah
oleh orang kita sendiri tapi hakikatnya mereka adalah British yang
bertopengkan orang Malaysia.
Di atas adalah contoh Professor
Malaysia yang telah tertipu dengan agenda penjajah. Jangan hanya melihat
sejarah pada fakta-fakta ‘on paper’ yang tersurat semata-mata tapi
lihatlah agenda-agenda yang tersirat.
Saya akhiri penulisan ini dengan bait-bait syair penuh makna oleh Muhammad Iqbal
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi tetapi semuanya sependapat dengan satu target;
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi tetapi semuanya sependapat dengan satu target;
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
No comments:
Post a Comment