Filem ini merakamkan perjuangan Chut Nyak Dien seorang wanita yang bangkit melawan, memimpin tentera melawan Belanda yang di sebut KAFE
Sunday, September 1, 2013
Sunday, August 25, 2013
TEKAD SEORANG PEJUANG YANG TERTINDAS DI TANAH AIR SENDIRI
INILAH SIKAP PARA PEJUANG YANG HAK DAN BERANI. MEREKA PUNYAI PENDIRIAN YANG BENAR DAN ALLAH BERSAMA MEREKA WALAU PUN DITUDUH PENGGANAS. MENGAPA ?USUH ALLAH SUKAKAN ORANG ISLAM MENJADI MENJADI LEMBIK DAN DAYUS ! SELAGI ADA ORANG SEPERTI SHAIKH IZZUDDIN ISLAM PASTI TEGAK DAN SAH DI ATAS MUKA BUMI !
Thursday, June 27, 2013
Legasi palsu Umno akan terdedah
Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka", Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.
Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah 'glamour' apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya. Hatta pembedahan kakinya pun mahudiungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.
Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.
Ramai pembaca mengeluh, sekali gus "sakit hati", melihatkan media di bawah kawalan Umno "sesuka hati" memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah sebagai "pengimbang". Di masa depan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan "cuti rayanya"!
Serangan terhadap Mat Sabu sebenarnya adalah usaha berterusan Umno untuk "menghitam-legamkan" wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pengundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.
Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal penubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.
Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sendiri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.
Oleh kerana bimbang kebangkitan PAS selepas merdeka, Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk menang pada 1959.
Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.
Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negaradi mana berjuta paun modal British dilaburkan. Ketiga, sebagai pangkalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.
Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memetrai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji tidak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.
Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan bagi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi British, PAS dan Parti Rakyat dilihat anti-imperialis dan anti-Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.
Pada hemat saya, isu terbaru membabitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan daripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
PAS digambarkan sebagai parti yang begitu "kemaruk kuasa" hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela diperkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini ditohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan keselamatan yang sebangsa dan seagama.
Ucapan Mat Sabu
Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.
Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.
Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis semua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.
Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi.
Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan terhadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.
Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan kesedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbar-akhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.
Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan kemerdekaan yang dimainkan ulama dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.
"Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa perjuangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang perjuangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara," tegas Redzuan.
Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as-Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapak-tapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.
Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned .
Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua. Memang tidak mudah untuk merongkai kembali "fahaman" yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan "legasi" palsunya itu. Selama ini ramai yang "tersihir" dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.
Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan "kejutan" Mat Sabu yang disensasikan Utusan.
Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolah-olah terjerat dan banyak pihak, termasuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas "keceluparan" Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.
Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mustahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya. "Permainan sentimen dan persepsi" ini tidak selamanya dimenangi Umno. Apa pun, PAS harus cermat dan berhati-hati menangani "pertempuran kedua Bukit Kepong" ini.
Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Ia dianjak pada 16 September nanti. Justeru, isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.
Dalam pada itu, saya tertarik dengan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: "Kalau nak letak Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), tetapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British."
Secara peribadi, saya teruja melihat bagaimana proses Mat Sabu "menulis kembali" sejarah kemerdekaan negara. Selama ini bukan sedikit pihak yang tidak berpuas hati dengan "monopoli" Umno terhadap perjuangan panjang menghalau penjajah daripada negara ini, malah ramai juga sejarawan yang mahu sejarah kemerdekaan perlu berlaku lebih adil, tetapi siapa yang peduli.
Mat Sabu rupanya ada kaedah tersendiri untuk memperbetulkan penulisan sejarah yang tempang itu meskipun terpaksa menempuh siri kontroversi dan serangan bertubi-tubi seteru politiknya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5303-legasi-palsu-umno-akan-terdedah
Saturday, June 1, 2013
KASSIM AHMAD PRU KE 13 MAKNA IMPLIKASI DAN CABARAN
Sunday, May 12, 2013
PRU13: MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN
PILIHANRAYA UMUM KE-13:
MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN
Oleh: Kassim Ahmad
6 Mei, 2013
(Dipinda dan diperpanjang pada 13 Mei, 2013)
1. Kesan Pertama: Rasisme Kaum Pendatang
Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), dilawan dengan sengit antara
gabung parti BN dan gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) telah datang dan pergi.
Anwar Ibrahim, ketua PR, begitu yakin beliau akan menang dan mengambil-alih
Putrajaya, dengan mimpinya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung sekali! Setelah tengah malam 6 Mei, mimpin ini hancur
berkecai: BN telah menang dengan majoriti mudah. Semalam yang indah, kerana
Najib, ketua BN, telah bekerja kuat sekali dan layak diberi mandat baru oleh
rakyat Malaysia. Persis itulah yang mereka lakukan. Tahniah kepada rakyat
Malaysia!
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna UMNO, parti tulang belakang
BN, boleh berteduh dalam zon selesa. UMNO dan BN perlu direkayasa. Kritikan dan koreksi patut dan boleh
dilakukan dari dalam, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO dan terus ke bawah.
Begitu juga dalam parti-parti dalam BN.
Sesetengah pengkritik Eropah-sentrik mengatakan UMNO telah
memerintah terlalu lama, seolah-olah yang lama itu tidak baik. Persoalannnya bukan lama atau baru.
Persoalanannya baik atau buruk. Nabi Muhammad, yang perlu menjadi contoh
kepada kita, memerintah Madinah selama 10 tahun hingga beliau wafat..
Najib dalam ucapan kemenangannya merujuk kepada aliran
pengundian perkauman dalam masyarakat Cina. “Ini memerlukan usaha penyatuan nasional,”
kata beliau, dengan wajah muram dan sedih.
2. Latarbelakang Sejarah Malaysia
Untuk betul-betul memahami perisitiwa ini, kita harus
mengesan kembali sejarah Malaysia.
Malaysia, sebuah negara-bangsa baru majmuk pelbagai kaum, berasal dari
Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 dengan kedudukan berdaulat raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan Islam sebagai agama negara.
Empayar Melayu ini sebagian daripada Dunia Melayu yang
terdiri dari Persekutan Tanah Melayu, Indonesia, Pattani dan Brunai. Penjahan
Barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) dan
penjajahan Timur (Thai dan Jepun) memecah
dan memisahkan Dunia Melayu ini selama 446 tahun sehingga zaman kemerdekaan
memecah tembok penjajahan itu.
Hakikat ini tidak difahami oleh masyarakat-masyarakat
pendatang (Cina dan India) yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk
mengerjakan ekonomi kolonial mereka. Pada hari kemerdekaan Raja-Raja Melayu dan
orang Melayu dengan murah hati telah bersetuju
memberi kerakyatan kepada 1 juta orang Cina dan India pendatang ini –
satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa lain di dunia. Sebagai balasan kepada kemurahan hati orang
Melayu ini, dibuat satu kontrak sosial di antara kaum anak watan dan kaum
pendatang – kerakyatan automatik diberi kepada kaum pendatang dan apa yang
dikatakan “hak-hak isimewa” diberi kepada anak watan. Hak istimewa ini sebenarnya
hak yang sah orang Melayu, bukan “hak istimewa”. Istilah “hak istimewa” tidak
tepat sama sekali dan telah membawa kepada rasisme kaum pendatang Cina, yang
menganggap orang Melauu juga kaum pendatang. Ini jelas kelihatan dalam pengundian kaum Cina
yang yang memberi undi mereka kepada parti cauvinis DAP dalam pilihanraya umum
ini.
3. Kemurahan Orang Melayu da Kontrak
Sosial Antara Kaum
Tidak syak lagi, kebenaran tulisan seorang pengarang
Perancis, “The Malays are the gentlemen
of the East.” Mereka satu bangsa yang tinggi budinya, senantiasa bermurah
hati kepada tetamu. Tetapi, di sebalik sifat murah hati itu, terselindung sifat
berani dan bengis apabila mereka tersepit – mereka mengamuk!
Amukan orang Melayu
kelihatan dalam peristiwa-peristiwa sejarah – amukan Hang Jebat di kota Melaka
dalam abad ke-15, amukan orang Melayu dalam peristiwa berdarah Mei 13, 1969, dan
amukan rakyat Indonesia terhadap Parti Komunis Indonesia dalam gerakan 30
September, 1965 (Gestapu) apabila hampir sejuta orang terkorban.
Tidak syak lagi, orang Melayu akan terus menghormati
perjanjian mereka dengan kaum-kaum pendatang. Namun demikian, penghormatan ini
tergantung kepada sikap kaum pendatang membalas budi orang Melayu. Jika mereka
lupa, malah mahu memberontak dan mengasingkan diri, orang Melayu pasti akan
bertindak balas. Kita mengatakan ini bukan untuk menakut-nakutkan kaum Cina yang asalnya kaum
pendatang. Orang Melayu akan terus menghormati
perjanjian ini dengan kaum Cina, tetapi bukan tanpa syarat. Syaratnya kaum Cina
juga mesti menghormati perjanjian ini.
Perjanjian inilah yang dikatakan kontrak sosial antara kaum
di Malaysia.
4. Perlembagaan
Reid
Sebelum kita mencapai kemerdekaan, muncul dua gabungan parti:
Pusat Tenaga Rakyat (yang terdiri dari parti-parti kiri Melayu dipimpin oleh
Ishak Hj. Muhammad) dan All-Malaya
Council of Joint Action (yang terdiri dari parti-parti kiri bukan Melayu
yang dipimin oleh Tan Cheng Lock), disingkat kan menjadi PUTERA-AMCJA) dan gabungan
pertubuhan Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan kemudian Tunku
Abdul Rahman. Gabungan pertama kiri dan yang kedua kanan.
Gabungan PUTERA-AMCJA menghasilkan apa yang dipanggil Sepuluh
Prinsip Rakyat atau Perlembagaan Rakyat, yang terdiri dari prinsip-prinsip berikut:-
(1) Sebuah negara Malaya, termasuk
Singapura;
(2) Sebuah majlis perundangan pusat
dengan semua ahlinya dipilih;
(3) Hak politik yang sama bagi semua
warganegara;
(4) Raja-raja Melayu jadi raja-raja beperlembagaan,
yang berdaulat penuh dan menerima nasih dari perdana menteri yang dipilih;
(5) Perkara-perkara yang berhubung dengan
agama Islam dan adat-istiadat Melayu diletak di bawah penguasaan orang Melayu;
(6) Perhatian khas diberi kepada kemajuan
orang Melayu;
(7) Bahsa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi;
(8) Pertahanan dan hal-ehwal luar diletak
bersama di bawah kerajaan Malaya dan Inggeris;
(9) Kerakyatan dinamakan ‘Melayu’ (dengan pengertian luas dan progresif);
(10)
Merah
dan Putih dijadikan latar Bendera Kebangsaan Malaya. [1]
Jelaslah kebanyakan dari “Sepuluh Prinsip Rakyat” ini diterima
oleh Suruhajaya Reid yang ditugaskan oleh Kerajaan Inggeris dan Raja-raja
Melayu untuk menggubal Perlembgaan Persekutuan Tanah Melayu.
Itulah kontrak sosial yang diterima dan dimasukkan ke dalam
Perlembagaan.
Dalam PRU13, nampaknya, kontrak sosial ini tidak diterima lagi oleh
kaum Cina. DAP, yang lahir dari PAP di Singapura, dalam propaganda mereka,
menolak kontrak sosial ini dan garis propaganda ini ditelan bulat-bulat oleh
sebagian besar kaum Cina yang pada kali ini mahu mengubah Kerajaan.
Sekarang soalannya apakah yang akan dilakukan oleh orang
Melayu. Banyak kenyataan yang kita dengar mereka tidak puas hati dan marah.
Adakah mereka akan mengamuk? Pemimpin mereka sekarang, Najib, telah
menasihatkan “penyatuan nasional”. Kita
setuju dengan nasihat ini. Orang Melayu harus bertindak secara rasional dan
bijaksana. Namun demikian penyatuan
nasional hendaklah berdasarkan prinsip. Hak orang Melayu yang sah tidak boleh
dikorbankan. Kaum Cina harus
menghormati prinsip ini. Kalau tidak, Malaysia tidak ada masa depan!
5. Kembali ke Dunia Melayu
Jika sebelum kedatangan penjajah, Malaysia sebagian dari
Dunia Melayu yang termasuk Indonesia, sekarang setelah kedua-dua Malaysia dan
Indonesia merdeka, elok dan logiklah kita berusaha untuk merealisasi penyatuan
Dunia Melayu. Dua ciri yang penting wajud dalam Dunia Melayu: bahasa Melayu dan
agama Islam. Dengan penduduk Dunia Melayu nombor empat terbesar di dunia (223 juta)
di belakang China, India dan Amerika Syarikat dan dan penduduk Islam teramai, mereka mampu membangunkan
sebuah tamadun baru yang besar. Mereka juga berkemampuan untuk membangkitkan semula Islam yang sebenar dan
yang boleh membebaskan dunia dari kehancuran besar yang menanti akibat keruntuhan
ideologi Liberalisme yang pasti berlaku.
-----------------------------------------
Mengapa Menentang Kerajaan Dituduh Menderhaka
Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?
HARUSSAINI HANG DATANG DARI DUNIA MANA DAN MEWAKILI SIAPA ? MALAHAN ALLAH SUBAHANAHU WATAALA BERFIRMAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA LA IKRA HA FIDDIN – TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA, WALAU DALAM FIRMANNYA JELAS MENGISYTIHARKAN INNADDI NA HINDALLAH HIL ISLAM- AGAMA YANG SAH DI SISI ALLAH HANYA SANYA ISLAM ,MAKNANNYA MANUSIA MASIH DIBERI KEBEBASAN UNTUK MEMILIH DAN MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA DIPAKSA DAN IKUT SECARA MELULU.KITA MESTI SEDAR DAN RELA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN !
Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.
Apa maksud menentang kerajaan ? Apakah tidak bersetuju dengan
dasar-dasar kerajaan dianggap menderhaka ? Bila rakyat diam dikatakan
bersetuju dan akur. Bila rakyat bangkit membantah DI ATAS BERBAGAI
PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN dikata menderhaka. Jadi rakyat harus
bertindak bagaimana ?
Zaman masa bodoh telah pun berlalu.
Dengan kuasa internet, pengongkongan media telah pun pecah. Rakyat
mempunyai banyak saluran buat memantau perjalanan kerajaan supaya
menjadi lebih telus
Mana mungkin rakyat mesti akur dan
bertindak sesuai dan selari dengan citarasa pihak berkuasa. Ini sudah
pasti sesuatu yang mustahil dalam negara demokrasi. Apa lagi apabila
kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang sudah pasti tidak maksum 100
peratus.Keputusan PRUke 13 telah membawa mesej yang jelas.
Demokrasi harus dilaksanakan sepanjang
masa bukan hanya sekadar musim PRU.Dalam media dan segala institusi
supaya ia mewakili suara rakyat bukannya suara segelintir pihak yang
kononnya berkuasa mutlak.
Zaman untuk rakyat melulu dan bersetuju
serta menjadi pak turut dengan kerajaan telah pun berlalu . Adalah
amalan biasa ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Maka terimalah
hakikat ini sebagai pengukur dan penanada aras ada yang sesuatu yang
tidak kena dalam perjalanan kerajaan dan institusi yang terkait rapat
dengannnya.
Tugas kerajaan mengimbangkannya sesuai
dengan undang-undang yang standad.Tidak boleh berat sebelah dan bias
untuk bertindak keras ke atas satu pihak dan membiarkan pihak yang lain
bertindak sewenangan kerana menyokong pihak berkuasa atas dasar
sentimen. Kononnnya ketuanan Melayu.
Ini bukannya zaman purba. Zaman feudal
yang mana kuasa pihak pemerintah adalah mutlak. Tidak boleh dicabar dan
dikritik langsung. Malahan Hang Jebat yang hidup di zaman feudah yang
totok pun telah boleh berfikir dengan ungkapan masyhor :
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
Satu pengucapan yang mendahului
zaman.Lebih awal daripada ledakan revolusi Perancis yang melaungkan
Kebebasan , Persamaan dan Persaudaraan pada hujung abad ke 18. Inikan
pula zaman moden yang serba terbuka.
Hakikatnya rakyat telah boleh berfikir
dan bertindak dengan rasional. Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat
dan mesti bertindak untuk memahami dan merasai apa yang rakyat kesalkan.
Dengan kata-kata lain mereka telah tahu
dan dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu. Protes
yang tersusun dan aman adalah amalan biasa dalam negara demokrasi.
Protes bukan untuk berlawan dengan sesiapa.Ia sekadar luahan rasa dan
penyampaian mesej bahawa yang salah dan menyeleweng wajib diperbetulkan !
Tugas ulama dan intelek ialah mengajar
umat supaya menjadi lebih cerdik.Matlamatnya supaya bergerak di atas
paksi keadilan. Menyatakan yang benar dan menjauhkan rakyat daripada
terperuk dalam masa bodoh menjadi lemah dan tidak berfungsi.Dalam
kata-kata lain amar makruf dan nahi mungkar wajib ditegakkan.
Barulah perjalanan negara akan jadi
betul. Transformasi yang diwar-warkan bukan sekadar retorika tetapi
dibuktikan dalam tubuh kerajaan melalui pelaksanaan. Dasar-dasar yang
lebih telus dan terbuka.Bukannya mengancam dengan menakut-nakut rakyat
dengan berbagai undang-undang purba.
Sejarah membuktikan sesiapa yang
menentang roda perubahan pasti tercicir dan ketinggalan. Ini kerana
mereka menentang ketelusan dan penambahbaikan dalam sistem demokrasi
kita.Demokrasi yang lebih menyeluruh untuk semua.
Sistem yang gelong dan pincang harus
diperbetulkan supaya bergerak di atas landasan yang betul. Indahnya
Malaysia kerana rakyat masih waras dan bertindak secara aman.Tidak ada
rekod yang menunjukkan perhimpunan aman berakhir dengan kegananasan
kecuali ada tangan tangan gelap yang menghuru-harakannya
Wednesday, May 22, 2013
AMARAN KEPADA ZAHID HAMIDI MENTERI KDN YANG BARU
Jawatan menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa ~ Harakahdaily,
21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan amaran
dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap
himpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya sebagai menyekat hak
rakyat untuk berhimpun.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.
Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3
berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum
wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata
serta diterajang dan ditangkap.
"Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan
sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan
tenteram.
"Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak
ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang
dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga
Ahli Parlimen Temerloh.
Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan
gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap
bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku
dalam pilihan raya.
Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga
mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan
tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh
politik beliau.
"Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan.
"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat
mencurigakan," katanya di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)
