Saturday, June 1, 2013

Mengapa Menentang Kerajaan Dituduh Menderhaka

Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?

HARUSSAINI HANG DATANG DARI DUNIA MANA DAN MEWAKILI SIAPA  ? MALAHAN ALLAH SUBAHANAHU WATAALA BERFIRMAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA LA IKRA HA FIDDIN – TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA,  WALAU DALAM FIRMANNYA JELAS MENGISYTIHARKAN INNADDI NA HINDALLAH HIL ISLAM- AGAMA YANG SAH DI SISI ALLAH HANYA SANYA ISLAM ,MAKNANNYA MANUSIA MASIH DIBERI KEBEBASAN UNTUK MEMILIH DAN MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA DIPAKSA DAN IKUT SECARA MELULU.KITA MESTI SEDAR DAN RELA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN !

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.
Apa maksud menentang kerajaan ? Apakah tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan dianggap menderhaka ? Bila rakyat diam dikatakan  bersetuju dan akur. Bila rakyat bangkit membantah DI ATAS BERBAGAI PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN dikata menderhaka. Jadi rakyat harus bertindak bagaimana ?
Zaman masa bodoh telah pun berlalu. Dengan kuasa internet, pengongkongan media  telah pun pecah. Rakyat mempunyai banyak saluran buat memantau perjalanan kerajaan supaya menjadi lebih telus
Mana mungkin  rakyat mesti akur dan bertindak sesuai dan selari  dengan citarasa pihak berkuasa. Ini sudah pasti sesuatu yang mustahil dalam negara demokrasi. Apa lagi apabila  kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang sudah pasti tidak maksum 100 peratus.Keputusan PRUke 13  telah membawa mesej yang jelas.
Demokrasi harus dilaksanakan sepanjang masa bukan hanya sekadar musim PRU.Dalam media dan segala institusi supaya ia mewakili suara rakyat bukannya suara segelintir pihak yang kononnya berkuasa mutlak.
Zaman untuk rakyat melulu dan  bersetuju serta menjadi pak turut dengan kerajaan telah pun berlalu . Adalah amalan biasa ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Maka terimalah hakikat ini sebagai pengukur dan penanada aras  ada yang sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan kerajaan dan institusi yang terkait rapat dengannnya.
Tugas kerajaan mengimbangkannya sesuai dengan undang-undang yang standad.Tidak boleh berat sebelah dan bias untuk bertindak keras ke atas satu pihak dan membiarkan pihak yang lain bertindak sewenangan kerana menyokong pihak berkuasa atas dasar sentimen. Kononnnya ketuanan Melayu.
Ini bukannya  zaman purba. Zaman feudal yang mana kuasa pihak pemerintah adalah mutlak.  Tidak boleh dicabar dan dikritik  langsung. Malahan Hang Jebat yang hidup di zaman feudah yang totok pun telah boleh berfikir dengan ungkapan masyhor :
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
Satu pengucapan yang mendahului zaman.Lebih awal  daripada ledakan revolusi Perancis yang melaungkan Kebebasan , Persamaan dan Persaudaraan pada hujung abad ke 18. Inikan pula  zaman moden yang serba terbuka.
Hakikatnya  rakyat telah boleh berfikir dan bertindak dengan rasional. Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat dan mesti bertindak untuk memahami dan merasai apa yang rakyat kesalkan.
Dengan kata-kata lain mereka telah tahu dan dapat membezakan di antara yang benar dengan yang  palsu. Protes yang tersusun dan aman adalah amalan biasa dalam negara demokrasi. Protes bukan untuk berlawan dengan sesiapa.Ia sekadar luahan rasa dan penyampaian mesej bahawa yang salah dan menyeleweng wajib diperbetulkan !
Tugas ulama dan intelek ialah mengajar umat supaya menjadi  lebih cerdik.Matlamatnya   supaya bergerak di atas paksi keadilan. Menyatakan yang benar dan menjauhkan rakyat daripada terperuk dalam masa bodoh menjadi lemah dan tidak berfungsi.Dalam kata-kata lain amar makruf dan nahi mungkar wajib ditegakkan.
Barulah perjalanan negara akan jadi betul.  Transformasi yang diwar-warkan bukan sekadar retorika tetapi dibuktikan dalam tubuh kerajaan melalui pelaksanaan. Dasar-dasar yang lebih telus dan terbuka.Bukannya mengancam dengan  menakut-nakut rakyat dengan berbagai undang-undang purba.
Sejarah membuktikan sesiapa yang menentang roda perubahan pasti tercicir dan ketinggalan. Ini kerana mereka menentang ketelusan dan penambahbaikan dalam sistem demokrasi kita.Demokrasi  yang lebih  menyeluruh untuk semua.
Sistem yang gelong dan pincang harus diperbetulkan supaya bergerak di atas landasan yang betul. Indahnya Malaysia kerana rakyat masih waras dan bertindak secara aman.Tidak ada rekod yang menunjukkan perhimpunan aman berakhir dengan kegananasan kecuali ada tangan  tangan  gelap yang menghuru-harakannya

No comments:

Post a Comment