Monday, December 31, 2012

SIAPA SEBENARNYA PEJUANG RAKYAT TUNKU ABDUL RAHMAN ATAU DR BURHANUDIN ?


FAKTA DI SEBALIK PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN

Wacana  ini dibuat secara terbuka pada tahun 2012. Dalam forum ini sejarah sebenar telah didedahkan tentang hakikat perjuangan menuju kemerdekaan .Pembohongan dan pemalsuan sejarah telah berlaku.Tidak benar perjuangan kemerdekaan berlaku tanpa pengorbanan dan pertumpahan darah .Ribuan jiwa yang terkorban. Yang tidak terkorban hanya para pejuang UMNO sahaja. Mereka bersekongkol dengan British.

Ramai yang jadi mangsa dan perjuangan ini. Mereka tidak punyai pilihan menjadi askar atau polis di bawah kekuasaan British.Jadi trepaksa mengikut arahan. Ini bukanlah perjuangan.Yang berjuang ialah mereka yang berani angkat senjata melawan British penjajah no 1 di dunia.

 Sejarah telah  diputar, dijungkir balik dan terserlahlah bahawa UMNO sahaja pejuang .yang lain pengkhianat. Ini sejarah yang sarat dengan kepalsuan dan merupakan pengkhinatan terbesar kepada agama , bangsa dan negara.

 Mana ada sejarah sebegitu di seluruh negara. JIKA KITA TERIMA UMNO SAHAJA PEJUANG MAKA SEMUA PEJUANG NASIONAL DISELURUH DUNIA ADALAH PENGKHIANAT.MENGAPA ????. 

INI KERANA MEREKA BANGKIT MENENTANG PENJAJAH. SEJARAH TELAH MENJADI TERBALIK.YANG BERJUANG  MENENTANG PENJAJAH PENGKHIANAT .MANAKALA YANG BERSUBHAT DAN BERSEKONGKOL DENGAN PENJAJAH DINOBAT SEBAGAI PEJUANG !

INI SATU TAFSIRAN YANG UNIK YANG TIDAK PERNAHJ WUJUD DALAM KAMUS PERJUANGAN DUNIA ? SEBAB ITU SEJARAH KITA MENJADI KUCAR-KACIR !


Tuesday, December 18, 2012

MEMBEDAH POLITIK MAHATHIR

  
                                                                       



MEMBEDAH GRAND DESIGN MAHATHIR – OLEH LIEW CHIN TONG
30 January 2012
30 JANUARI – Tidak ramai antara kita yang masih ingat bahawa Barisan Nasional telah berjaya menyelamatkan diri dan kembali menguasai medan pilihan raya umum dari 1991 hingga 2005 hasil daripada kompromi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bentuk Wawasan 2020.
Penggunaan aparat negara serta tindakan tidak demokratik seperti kuasa menahan tanpa bicara ahli-ahli politik pembangkang, penguasaan media massa secara langsung dan tidak langsung, dan sistem pilihan raya yang pincang, telah membolehkan BN kekal berkuasa, mejadi parti yang dipilih paling lama berkuasa di dunia hari ini.
Formula Perikatan dan bermulanya hegemoni “Melayu dahulu”
Formula Perikatan – pewaris kepada BN – adalah untuk memenangi separuh daripada semua undi di kalangan pelbagai kaum. Sebagai satu-satunya gabungan pelbagai kaum di semua peringkat, strategi itu membuahkan hasil kepada Perikatan dalam pilihan raya umum 1959 dan 1964.
Tetapi amalan Perikatan sebagai “kerajaan kecil yang tidak banyak berbuat apa-apa” menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan perbezaan ketara sosioekonomi rakyat. Ia menyebabkan pertambahan sokongan kepada pembangkang daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu, dalam PRU 1969.
Anggapan yang mengatakan hanya pengundi Cina menyokong pembangkang pada 1969 adalah tidak benar kerana orang Melayu juga berbuat demikian. Dr Mahathir kalah di kerusi Kota Setar Selatan serta ramai lagi pemimpin besar UMNO tewas dalam PRU itu yang membuktikan ada peralihan undi Melayu menentang Perikatan.

Pasca-1969, formula Tun Razak bercita-cita mencapai sokongan 70 peratus undi Melayu kepada BN. Undi bukan Melayu tidak dianggap penting dalam formulasi tersebut. Semua dasar di bawah sususan rancangan baru berkenaan, yang dilambangkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB), digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Strategi “Melayu dahulu” membawa kejayaan kepada UMNO sehingga PRU 1990 apabila undi Melayu pecah selepas penubuhan Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas pemimpin kanan UMNO yang lain.
Barisan pembangkang yang dipimpin oleh Semangat 46 hampir menang dalam PRU 1990 tetapi BN berjaya menyelamatkan diri dengan manipulasi tiga hari terakhir sebelum membuang undi apabila gambar Tengku Razaleigh yang memakai sigah Kadazan berlambang palang disebarkan oleh media massa sebagai kononnya perlambangan agama Kristian. Ia cuba memberi gambaran kepada orang Melayu bahawa pembangkang mahu menjual hak kaum dan maruah kepada kuasa asing.
Namun undi Melayu kepada BN tidak pernah kembali lagi ke tahap tinggi pada zaman DEB (1970-1990). Malah, undi Melayu sentiasa berkurangan dalam setiap PRU sejak 1990, kecuali pada 2004, iaitu PRU pertama pasca-Mahathir. (Pada PRU 2004, Perdana Menteri Abdullah Badawi menang kerana janji-janji reformasi kerajaan.)
BN menang PRU 1995 dengan undi popular 65 peratus walau pun berlaku penurunan undi Melayu dan terus mengekalkan kemenangan dalam PRU 1999, walau pun lebih separuh pengundi Melayu menolak BN, satu reaksi terhadap pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.
Bagaimana Dr Mahathir dan Barisan Nasional terus berjaya menyelamatkan diri sejak PRU 1990?

Wawasan 2020 dan “Bangsa Malaysia”
Dalam masa empat bulan sahaja selepas PRU 1990, Dr Mahathir mengumumkan Wawasan 2020 dan konsep “Bangsa Malaysia” pada Februari 1991 dan menetapkan hala tuju BN untuk 14 tahun seterusnya sehingga Julai 2005.
Strateginya adalah untuk menampung hakisan pengundi Melayu kepada UMNO dengan membawa sokongan kelas menengah Cina. Ia dilaksanakan dengan mengetepikan seketika isu hak Melayu untuk meredakan tekanan perkauman. Kaum Cina menolak UMNO sepanjang 1970-1990 kerana tidak diberi peluang ekonomi dan hak budaya.
Pada awal tahun 1990-an, ekonomi mula berkembang dan taraf hidup meningkat. Kekangan terhadap keinginan budaya dan sosioekonomi kaum Cina tidak lagi disekat, sebaliknya digalakkan walau pun ada harga yang perlu dibayar.
Sebagai contoh, peluang pendidikan tinggi kepada kaum Cina berpendapatan rendah dan sederhana amat berkurangan pada 1970-an dan 1980-an. Tetapi pada 1990-an, asalkan seseorang itu sanggup dan mampu membayar untuk pendidikan swasta, beratus-ratus kolej  mengejar pelajar.
Satu lagi contoh adalah siaran televisyen dalam bahasa Cina. Pada 1970-an dan 1980-an, tidak lebih dari dua jam sehari diperuntukkan untuk rancangan bahasa Cina di kaca TV. Pada 1990-an, jika anda mampu melanggan perkhidmatan TV satelit, pelbagai program bahasa Cina disediakan untuk kelas menengah Cina yang selama ini bising dengan tuntutan hak.
Jika anda bukan dari kalangan kelas menengah yang sedang berkembang, atau tidak mampu membiayai pendidikan swasta anak-anak, atau melanggan TV satelit, jangan salahkan kerajaan. Ia adalah masalah anda – sama ada anda tidak bernasib baik atau anda tidak gigih


bekerja. Itu andaian BN. Lagi pun, pakar-pakar strategi BN sedar bahawa segmen pengundi miskin Melayu dan Cina akan tetap mengundi masing-masing PAS dan DAP.
Musuh bayangan dan pemerintahan singkat Abdullah Badawi
Sepanjang 1970-an dan 1980-an, setiap bulan ada sahaja isu perkauman yang dimainkan oleh media massa. Tetapi pada 1990-an, apabila Dr Mahathir memerlukan “musuh” untuk dihentam bagi memastikan popularitinya kekal di kalangan orang Melayu, beliau sentiasa ada pilihan di antara “penjajah” British, “penindas” Amerika, “komplot” Yahudi atau Asutralia yang “sombong” dan “tidak beradab”.
Dan, jika Dr Mahathir memerlukan “musuh” yang kelihatannya seperti orang Cina, maka Cina “tumpang” di selatan Tambak Johor sentiasa ada untuk dimangsakannya. Imej demonstrasi Pemuda UMNO membantah Singapura di Johor Bahru dengan jelas mencerminkan keadaan politik pada masa itu – UMNO tidak perlu mengubah kaedahnya, cukup dengan melihat sahaja “musuh” di luar.
Pada 2004, Abdullah Badawi mewarisi rangka kerja Dr Mahathir dengan mesej yang bersifat lebih “Malaysia” atau wasatiyyah (sederhana). Dalam perutusan Hari Kebangsaannya pada Ogos 2004, Abdullah berkata, “Kita semua adalah sama, kita semua rakyat Malaysia. Tidak ada individu di negara ini yang diiktiraf  ’lebih Malaysia’ dari individu lain.”
Tetapi sesuatu telah berlaku pada 2005. Rancangan besar BN berakhir secara mengejut pada minggu terakhir Julai 2005. Ini akan saya bincangkan minggu depan. – Roketkini.com
Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP
Print Friendly

JASA DATUK ONN KEPADA NEGARA

  Jasa Datuk Onn  Jaafar 

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. 
Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.

Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasi oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu.

Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan. 


AMANAT DATUK ONN 
 
 

SIAPA YANG MENGASASKAN FELDA

Mesti Baca : Suara Keadilan Berbohong Mengenai Sejarah FELDA??


Ketika membaca laporan Suara Keadilan mengenai tajuk 'Tun Razak Bukan Pengasas FELDA', saya menjadi sedikit keliru. Timbul bermacam persoalan di benak fikiran saya sama ada benar atau tidak laporan yang di siarkan oleh Suara Keadilan itu.

Dalam kajian yang kononnya dilakukan oleh Dr.Samarudin Md Rejab, beliau mengatakan bahawa FELDA diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu pada waktu itu. Jadi mengikut perkiraan beliau FELDA bukan ditubuhkan atas hasil kebijaksanaan Tun Abdul Razak atau UMNO sebaliknya FELDA adalah hasil daripada penjajah Inggeris. Untuk makluman pembaca boleh membacanya di SINI

Di sini menimbulkan beberapa persoalan, sama ada Dr.Samarudin keliru di antara FELDA dengan ESTET? Bagi saya Dr.Samarudin ini telah mengelirukan orang ramai dengan kajian yang dibuat beliau berjudul "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Dari ulangkaji yang saya lakukan, penjajah Inggeris hanya  mewujudkan ESTET dan bukannya FELDA, dan yang bertanggungjawab mewujudkan FELDA adalah kita orang Melayu. Ini dibuktikan melalui manifesto pilihanraya 1955 di mana negeri Pahang menjadi sandaran penubuhan rancangan tanah FELDA.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertua UMNO Malaya mengarahkan setiap UMNO Negeri merangka manifesto masing-masing untuk menghadapi pilihanraya pertama negara iaitu pada tahun 1955.



Dalam manifesto yang mengandungi 47 perkara itu, salah satu daripadanya adalah janji Perikatan ketika itu yang ditunjangi UMNO ialah untuk membangunkan sebuah tanah rancangan besar-besaran dengan ciri utamanya adalah agar rakyat dapat memiliki tanah tersebut kelak. Pada awalnya ianya tidak diberi nama FELDA tetapi Lembah Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya (LKTP).

Asas daripada perbincangan dari manifesto ini Tun Abdul Razak serta UMNO telah menyedari hakikat bahawa sukarnya rakyat hendak memiliki tanah sendiri di bawah penjajahan Inggeris, malah sebelum merangka manifesto untuk pilihanraya tersebut Tun Abdul Razak telah menjelajah menemui seluruh UMNO negeri untuk mendapatkan maklumat. 

Malah rancangan ini dimulakan di Pahang dengan mendapat perkenan Sultan Pahang untuk membahagi-bahagikan tanah yang luas di sekitar Pahang sebagai milik orang Melayu malah orang melayu luar daripada Pahang yang ingin menjadi rakyat Pahang dan bermastautin di Pahang juga diberikan peluang untuk mengikuti program pembangunan tanah LKTP ini.

Melalui manifesto ini juga dikatakan menjadi tonggak kemenangan besar parti Perikatan yang ditunjangi UMNO malah ini diakui sendiri oleh Dato Khairuddin Mohd Kawi,dimana pada waktu itu beliau dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai ahli jawatankuasa dan penasihat LKTP Lurah Bilut.


Selepas kemenangan besar Perikatan, seramai 45 orang terpilih menjadi peneroka dalam rancangan tanah tersebut yang mana lebih separuh daripadanya adalah anak-anak Pahang. Bagaimanapun menurut laporan ramai daripada mereka bertindak lari balik hingga menyebabkan Tun Abdul Razak marah dengan keadaan tersebut.

Pada waktu itu Tun Abdul Razak menegaskan bahawa LKTP Lurah Bilut tidak boleh gagal sama sekali kerana ianya merupakan model utama LKTP. Dan perkara ini sentiasa ditekankan dalam perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri. 

Malah kajian yang dilakukan oleh Dr.Samaruddin juga tidak menyebut bahawa menteri pertama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal LKTP atau kini disebut sebagai FELDA adalah YB Encik Bahaman Bin Samsudin di mana pada waktu itu beliau merupakan menteri sumber asli di bawah pentadbiran YM Tunku Abdul Rahman.

Apakah Dr.Samaruddin sudah keliru antara ESTET dengan FELDA? Apakah niat beliau dengan mengeluarkan kenyataan bahawa DS Najib atau UMNO tidak lagi boleh klaim bahawa FELDA di asaskan oleh Tun Abdul Razak?

Akhir sekali saya hendak tanya, apakah fahaman politik Dr.Samarudin? Penjajah Inggeris buka ESTET, kita yang buka FELDA. Jadi usahlah menafikan atau memutarbelitkan fakta sejarah.

Nak sedap lagi pergi jumpa Dato Khairuddin Mohd Kawi di Jerantut. Inilah yang berlaku bila ramai orang mengaku dia pakar sejarah, pakar perlembagaan, pakar hadis, pakar meramal keputusan PRU. Habis fakta yang sebenar diputar belit demi kepentingan politik sempit mereka. Layan filem mamat khalid lagi bagus dari baca kajian yang dibuat oleh orang pro PR.


p/s : Artikel ini saya hasilkan daripada rujukan temubual bersama Dato Khairuddin di

Tuesday, December 11, 2012

Tulisan Jawi Daripada Bangsa Melayu

 

ALANGKAH RUGINYA ANDA SEKIRANYA TIDAK DAPAT MENULIS DAN  MEMBACA TULISAN  JAWI .

HILANGHLAH SATU BUDAYA DAN KURANGLAH KEUPAYAAN UNTUK MENIMBA ILMU-ILMU YANG BERGUNA

MULAILAH BELAJAR JAWAI WAHAI SAUDARA-SAUDARA KU 

Monday, December 10, 2012

KATA -KATA HIKMAT BERHARGA


 



The ultimate measure of a man is not where He stands in times of COMFORT and CONVENIENCE, but where He stands in times of challenge and controversy - kENNEDY 

UKURAN YANG TEPAT DAN SEBENAR  TENTANG NILAI PENDIRIAN SESORANG MANUSIA BUKANNYA TERLETAK DI MANAKAH IA  BERPIHAK DI WAKTU SENANG DAN SELESA TETAPI DI MANAKAH IA BERPIHAK DI WAKTU MENCABAR DAN SUSAH

Saturday, December 8, 2012

FAKTA SEJARAH SIAPA TUNKU SEBENARNYA MENJELANG MERDEKA

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Lim Hong Siang | Sep 15, 2011 03:16:10 am


"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."


Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".


A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbarFikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."


"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.


"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.


Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan


"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."


Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.


"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."


"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.


Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.


Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan


Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.


Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).
Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.
Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.
Baca: Lee Ban Chen: Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah disetujui kerajaan

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI)

AMANAT DATUK ONN KEPADA BANGSA MELAYU


Interestingly, he began this posting with the Sumpah Melayu by Onn Jaafar, the man who proposed that UMNO open its doors to all Malayans:  

PANTUN NASIHAT UNJURAN MASA DEPAN. TELAHAN DATUK ONN TENTANG NASIB DAN  MASA DEPAN BANGSA MELAYU DI TANGAN UMNO.APAKAH TIDAK BENAR SEBAGAIMANA KITA SAKSIKAN KINI TERUTAMA DI P.PINANG !
PERAHU LAYAR BELAYAR LAJU 
LAJU MENUJU LAUTAN CHINA 
MERDEKA PASTI KAN KITA TUJU
YANG LAIN KAYA MELAYU MERANA


KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera

Puisi perjuangan Asy Syahid Syed Qutb


Sajak ini ditulis ketika sebelum menemui SYAHID
Sajak ini ditulis ketika sebelum menemui SYAHID
Sajak:Pesanan Terakhir
(dari syed Qutub)

Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,
Nyalakan obor buat ummat ini
Dan……….
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindui
Taman-taman di syurga tuahnku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan ala mini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar