Thursday, November 29, 2012

SPR MENENTANG KREATIVITI KARTUNIS - SEKAT KEBEBASAN BERKARYA

SPR TETAP DENGAN SUARA SUMBANG BERBUAT TINDAKAN YANG MENGUNTUNGKAN PARTI PEMERINTAH, MENYULITKAN PIHAK YANG MENENTANG bn DENGAN BERBAGAI PERATURAN YANG PELIK DAN TIDAK MUNASABAH

SPR harus tumpu kandungan bukan medium - Zunar

pada 31-05-2012 02:05 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir



Post Pic

SHAH ALAM: Parti politik berhak menggunakan apa-apa medium termasuk karikatur sebagai bahan kempen pilihan raya menurut kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar.

Beliau yang diminta mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan larangan terhadap penggunaan ilustrasi karikatur oleh parti politik sebaliknya menggesa suruhanjaya itu memberi tumpuan terhadap kandungan yang cuba disampaikan.

"SPR sepatutnya mengutamakan content (kandungan), tidak kira medium sama ada kartun, video dan surat-surat layang.

"Secara umumnya parti politik berhak menggunakan apa-apa medium," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.com.

Zunar kemudian menyifatkan penggunaan karikatur untuk menyampaikan maklumat dan kritikan tidak menjadi kesalahan.

"Kalau mengkritik dari kartun tidak menjadi satu kesalahan malahan mengkritik dalam kartun pernah digunakan semasa Jerman di bawah pemerintahan Nazi lagi, bukan satu yang baru kartun ini digunakan," katanya lagi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan menggunakan peruntukan di bawah seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan penggunaan karikatur pada kempen pilihan raya nanti.

Ini katanya bagi mengelakkan perkara seperti dan memperlekehkan seseorang individu disampaikan melalui ilustrasi karikatur

No comments:

Post a Comment