Monday, May 28, 2012

PERJUANGAN KITA KITA DARI SITC KE UPSI

Bebaskan Malim Sarjana, SITC saksi gerakan mahasiswa bermula

Hassan Karim melakarkan dalam makalahnya 'The Student Movement In Malaysia 1967-1974', gerakan mahasiswa Malaysia bermula pada tahun 1930-an. Sekumpulan mahasiswa sedar dari Sultan Idris Training College (SITC) pimpinan Ibrahim Yaacob (gambar) menubuhkan Belia Malaya (Malayan Youth) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai reaksi penentangan terhadap penjajah British seterusnya menuntut kemerdekaan.

Selain itu, kehadiran guru-guru sedar seperti Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) dan Harun Aminurrashid di SITC terus menyumbang kepada pemerkasaan Bahasa Melayu dan gerakan mahasiswa.Tema besar perjuangan dizaman itu adalah PEMBEBASAN dan KEMERDEKAAN. Pembebasan dan kemerdekaan dari belenggu penjajahan fizikal dan aqal dari penjajah British seterusnya mewujudkan sebuah gagasan Melayu Raya merdeka.

Ironinya, gerakan mahasiswa era 30-an itu telah meletakkan garis besar perjuangan (pembebasan dan kemerdekaan) yang lantas mencabar kuasa penjajah-pemerintah British. Natijahnya pahit, mereka dilabel sebagai golongan kiri dan pendokong idea komunis, gerakan mereka diharamkan, dikecam dan diancam dengan pelabagai cubaan.

Setidaknya, ledakan isu seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli pada 17 Disember 2012 lalu mengingatkan kita sejarah SITC. SITC pernah menjadi tumpuan negara bahkan mungkin dunia. Nama Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim dan 'kumpulan SITC' (baca: Ibrahim Yaakob dan rakan mahasiswanya) dilakar dalam sejarah.

Semua itu terjadi kerana garis besar perjuangan menuntut PEMBEBASAN dan KEMERDEKAAN. Bukan kerana Ibrahim Yaacob semata. Ia lahir dari kecerdasan mahasiswa institusi pendidikan guru tertua itu mensintesiskan pemikiran pendidikan yang akhirnya menyedarkan mereka untuk berjuang.

Tema garis besar perjuangan (pembebasan dan kemerdekaan) itu kalau pun kisahnya tak sama, tetapi setidaknya telah hidup kembali. Hidup dalam versi yang berbeza. Hidup kerana isu turunnya bendera. Tetapi garis perjuangannya sama. Malaysia tidak lagi terjajah fizikal. Tetapi simptom-simptom penjajahan itu tetap ada.

Dunia akademia-universiti kini dicengkam, dijajah pemerintah untuk mengekalkan kuasa politik. Malim sarjana (ahli akademik) dan mahasiswa tak lagi bebas bersuara walau dalam lingkungan dibenarkan agama, undang-undang dan perlembagaan negara. Nah! disitu letakknya punca keluarnya suara. Suara PEMBEBASAN dan KEMERDEKAAN dunia akademia, malim sarjana dan mahasiswa dari pengaruh politik pemerintah yang mempergunakan akademia untuk kekal berkuasa

Disebalik tempat yang dinamakan universiti kini, tak semua tahu kisah duka. Duka, kecewa dan hampa kerana matinya kebebasan ilmuan dan mahasiswa melestarikan pandangan. Disebalik dewan kuliah, pustaka dan buku-buku itu, mahasiswa tidak lagi bebas berekspresi melainkan disuap untuk peperiksaan semata.

Disebalik segelintir sosok pentadbir universiti yang merancang mengejar ‘ranking’ dan komersialisasi institusi, malim sarjana dan mahasiswa berterusan dicengkam oleh segolongan ‘musktakbirin’ (pemegang kuasa angkuh) berijazah tinggi berjela, dihantar ke universiti oleh pemerintah politik untuk mengukuhkan kuasa. Kita berada dizaman gelap dunia akademia ?

Apa yang dinamakan universiti tak lebih dari hanya sekadar tempat mendapat segulung ijazah yang mungkin tak mempunyai apa-apa makna. Tiada makna untuk pembaikan diri, masyarakat dan Negara. Kata seorang tokoh agamawan, Abul ‘Ala al-Maududi universiti tak ubah seperti tempat pembodohan.

“Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.”-Abul Ala al-Maududi

Bebas. Bebaskan malim sarjana. Bebas bukan kerana Ibrahim Yaakob dan Adam Adli semata. Mereka hanya manusia biasa. Tak layak didewa-dewa. Bebaskan mereka, merdekakan academia, sejahterakan Negara.

"Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka."
-Dr Burhanuddin al-Helmy

PERJUANGAN KITA MENUJU PERUBAHAN

leh : Tun Telanai
KEBANGKITAN nasionalisme Melayu digerakkan oleh kesedaran yang dipelopori oleh gerakan Islah dan pembaharuan agama yang dipimpin oleh beberapa orang tokoh agama seperti Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin.
Pergerakan mereka dipengaruhi oleh pergerakan islah di dunia Islam, khususnya di Timur Tengah yang dipelopori oleh Sayed Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Redha.
Kesedaran itu diperkuatkan dengan kebangkitan nasionalisme di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Api kebangkitan nasionalisme di India juga turut dirasai di negara ini. Kesedaran ini diikuti dengan tertubuhnya parti politik dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang mula membicarakan persoalan kemerdekaan negara dari belenggu penjajahan.
Parti-parti yang ditubuhkan hasil percikan pengaruh pergerakan kemerdekaan di Indonesia, khususnya mempunyai suatu bentuk ideologi tertentu. PKMM, umpamanya memperjuangkan ideologi nasionalisme dan terdapat di dalamnya elemen-elemen sosialisme dan komunisme. Demikian juga parti-parti politik yang lain yang ditubuhkan pada masa itu, terdapat unsur-unsur yang sedemikian. Ia telah diistilahkan sebagai parti-parti kiri oleh British kerana pihak penjajah cukup tidak menyenangi kewujudan parti-parti seperti ini.
Demikian juga, penjajah tidak menyenangi lahirnya parti Islam yang mendokong perjuangan berteraskan kefahaman tertentu yang berdasarkan kepada ajaran Islam. Di samping itu terdapat pertubuhan-pertubuhan yang tidak dipengaruhi oleh pergerakan dari luar. Pertubuhan ini tidak memiliki ideologi tertentu tetapi berusaha memperjuangkan nasib bangsanya. Pertubuhan ini muncul di tengah-tengah desakan, terutamanya dari kalangan gerakan Islah supaya orang-orang Melayu mengubah nasibnya dan mencari jalan untuk memerdekakan negaranya. Dari kumpulan inilah lahirnya UMNO iaitu hasil daripada perhimpunan Pertubuhan dan persatuan persatuan orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada 11 Mei 1946.
Daripada UMNO inilah pula lahirnya Pas yang ditubuhkan pada 1950 iaitu hasil daripada Seminar yang dianjurkan oleh UMNO di Muar, Johor bagi mencari jalan untuk menyatu-padukan alim ulama supaya perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam menjadi lebih berkesan. Nama sebenar yang diberikan oleh persidangan ini kepada Pas ialah Persatuan Islam Se Tanah Melayu dan ia menjadi salah satu sayap UMNO untuk memperjuangkan kedudukan Islam di negara ini. Ia dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pada ketika ini banyak di kalangan ulama-ulama yang menjadi ahli UMNO dan pada masa yang sama menjadi ahli Pemuda dan Wanita. Ini ialah kerana Pas hanyalah sayap kepada UMNO dan menjadi sebahagian daripada sistem politik UMNO itu sendiri. Pas mula mengasingkan dirinya daripada UMNO apabila Datuk Onn mengundur diri daripada UMNO dan Haji Ahmad Fuad seorang penyokong kuat Datuk Onn kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO.
Tiga orang calon mengambil bahagian. Selain daripada Haji Ahmad Fuad, calon yang lain ialah Datuk Zainal dan Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku Abdul Rahman memenangi jawatan itu dan sejak daripada itu, Tuan Haji Ahmad Fuad yang kekal menjadi Yang Dipertua Pas mula mengambil langkah membawa Pas keluar daripada UMNO.
Tetapi tidak lama selepas itu, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatan daripada Pas kerana perbezaan pendapat bagi menghadiri konvensyen: satu yang dianjurkan oleh Datuk Onn dan yang satu lagi dianjurkan oleh UMNO bagi membincangkan kemerdekaan Malaya. Mesyuarat Agung Khas Pas bersetuju menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh UMNO dan menolak cadangan Haji Ahmad Fuad. Atas alasan itu beliau meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas dan jawatan beliau dipangku oleh Dr. Haji Abbas Alias.
Dalam konvensyen yang diadakan itu, perbezaan mula ketara antara Pas dan UMNO. Wakil Pas dalam persidangan itu Mohd. Asri dan Mohd Hanif menolak cadangan UMNO mengenai isu kerakyatan yang berasaskan kepada Jos Suli. Berdasarkan konsep ini, kerakyatan Malaya akan dibuka kepada semua kaum yang bermastautin di negara ini dan mereka yang lahir di negara ini selepas mereka akan menjadi rakyat negara ini dengan sendirinya. Perbezaan pandangan ini menyebabkan Pas terpisah langsung dengan UMNO.
Pada tahun 1955 apabila pilihan raya pertama diadakan, Pas turut menyertai pilihan raya menentang perikatan dan memenangi hanya satu kerusi di Krian, Perak. Calon Pas, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein menang dengan mengalahkan Tuan Haji Sulaiman Palestin. Di sinilah titik bermulanya perpisahan antara Pas dengan UMNO dalam perjuangan politik negara.
Bersambung pada siri ke-2 : NASIONALISME MELAYU DAN ISLAM
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

SIRI PERJUNGAN KITA


Ahad, September 18, Waris Dol Said Tuntut Pengiktirafan Seorang waris kepada pejuang Melaka, Datuk Dol Said mendakwa kerabat Naning tidak pernah menerima pengiktirafan selepas Inggeris memansuhkan Naning pada 1832.Abu Hussin Datuk Mangun Ibrahim, 70, yang juga oneng-oneng (generasi ke-5) Dol Said berkata, Naning pernah berjasa mempertahankan tanah air pada masa dulu, justeru pihak berkenaan wajar memberi sedikit imbuhan kepada kerabat Naning yang masih ada. Menurutnya, kekuatan Naning ketika itu diakui pihak Belanda yang pernah berperang dengan Naning selama 10 tahun.Beliau berkata, ketika Inggeris mahu menyerang Naning, Belanda memaklumkan kepada Inggeris bahawa Naning kuat dan bukan sembarangan orang walaupun hanya menggunakan senjata keris, pedang, tombak dan batu yang dilontar menggunakan tali.“Bagaimanapun, Inggeris pada masa itu tidak percaya dan yakin boleh mengalahkan Naning dalam tempoh satu hari kerana memiliki senjata lebih canggih seperti senapang dan meriam. “Pada 1829, Inggeris menghantar 40 askarnya dari Melaka ke rumah Dol Said bertujuan membawanya ke Melaka untuk berbincang, namun beliau enggan menuruti. Ketika itu Dol Said berada di atas rumah dan askar Inggeris memanggilnya turun, tetapi beliau enggan. “Ini membuatkan askar Inggeris naik ke rumah Dol Said untuk memaksanya turun serta mengikuti mereka. Bagaimanapun, Dol Said bertempur dan menewaskan semua askar Inggeris,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, di sini. Menurut Abu Hussin, sebaik mendapat tahu askar mereka ditewaskan Dol Said, Inggeris menghantar lebih ramai askar dan bermulalah Perang Naning pertama. Berdasarkan fakta sejarah, peperangan untuk menakluki Naning pada masa itu memihak kepada Naning diketuai Dol Said yang gagah dan bijaksana. Pertempuran disertai pengikut Dol Said yang membantah campur tangan Inggeris di Naning, mengakibatkan Inggeris tewas dan terpaksa berundur ke Melaka semula selepas 20 hari serangan. Pada Mei 1832, Inggeris melancarkan serangan kedua ke atas Naning dan mengerahkan lebih 1,000 askar lengkap dengan meriam. Bagaimanapun, ia mendapat tentangan hebat daripada Dol Said dalam pertempuran sengit. Dol Said dengan pintarnya menentang tentera Inggeris yang besar ketika itu menggunakan cara peperangan gerila. Akhirnya, selepas lima bulan pertempuran berlangsung, Inggeris berjaya menawan Taboh tetapi Dol Said berjaya melepaskan diri. Abu Hussin yang juga mantan Datuk Seri Nan Kaya dan Datuk Lembaga Tiang Balai Wilayah Naning (Datuk Lembaga Tertua) berkata, Dol Said meninggal dunia pada 1849 akibat sakit tua dan disemadikan di makam besar berhampiran sawah padi di belakang Masjid Taboh Naning, Alor Gajah. Dicatat oleh jasindaily online E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Sunday, May 27, 2012

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

PERJUANGAN KEMERDEKAAN BUKAN MONOPOLI SATU PIHAK SAHAJA

PERJUANGAN KITA

SALAH SATU EPISOD DALAM PERJUANGAN BERSENJATA MENENTANG PENJAJAH DILAKUKAN OLEH PUTERA PUTERI TANAH AIR YANG TERCINTA.DISEBABKAN MEREKA BERANI MELAWAN PENJAJAH DAN YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA MEREKA DIFITNAH KOMUNIS DAN HUKUM BERLAKU DENGAN BIADAB MEMBUNUH DAN MENYAHKAN MEREKA DARIPADA TANAH AIR SENDIRI.

PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA

SAID ZAHARI adalah sosok yang membenarkan kenyataan di atas.Beliau telah ditahan di bawah ISA selama 17 tahun di Singapura.Pepatah Melayu ada menyebut: Kalau Tak Danggup di Lambung Ombak Usah berumah di tepi pantai Hidup biarlah berbakti Bukannya Hidup menunggu mati

Pidato Bung Tomo 1945

Bong Tomo ialah tokoh nasionalis yang memuncak kemasyhurannya selepas Inggeris menyerang Surabaya untuk mengambil alih kuasa selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua Ucapan Kahar Muzakkar

Saturday, May 19, 2012

ANAK MELAKA MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

Haji Md Shah

Hj Md Shah
Allahyarham Tuan Haji Md Shah Yusof
(1894-1960)
  
Haji Md Shah bin Yusof telah dilahirkan pada 1894 di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka. Bapa beliau yusof bin Sadat anak jati Melaka Pindah ialah seorang pemintal dan penjual tali ijuk. 

Haji Md shah Yusof memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Melaka Pindah dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Melaka pada tahun 1909. Haji Md Shah telah lulus dari Maktab Melayu Melaka pada tahun 1911. 

Beliau telah dilantik menjadi guru penolong di Sekolah Latihan Maktab tersebut pada tahun yang sama. Pada tahun 1914, beliau telah dilantik sebagai guru bahasa Melayu di Maktab tersebut dan menjadi pembantu kepada Munshi Sulaiman Md.Nor.

Ramlah Adam menyebut mengenai guru-guru yang telah berkhidmat lama di Maktab tersebut. Haji Md Shah disebutkan menjadi guru pada 1901-1906, mengajar Bahasa Melayu, lukisan dan latihan guru. Kenyataan ini kurang tepat kerana pada 1901, Hj Md Shah baru sahaja berumur 7 tahun.

Hj Md Shah pernah dilantik menjadi Guru Besar Maktab Melayu Melaka dari tahun 1921 hingga tahun 1922. Ketika Maktab Melayu Melaka dipindahkan ke Tanjung Malim, Perak , Hj Md Shah dilantik sebagai Guru Pelawat untuk sekolah-sekolah Melayu di Melaka, termasuk untuk sekolah perempuan. 

Ada pendapat mengatakan bahawa Hj Md Shah telah menolak jawatan Guru Besar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Ada pula yang berpendapat bahawa Hj Md Shah telah diturunkan pangkat dari Guru Besar Maktab ke Guru Pelawat kerana aktifnya beliau di dalam kegiatan penulisan.

Perkhidmatan Hj Md Shah di dalam bidang pendidikan tamat apabila beliau bersara dari jawatan guru pada 7 September 1949 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1960 ketika berusia 66 tahun. Ramlah Adam juga turut menyatakan dari sumber Hajah Rokiah Daud (anak saudara Hj Md Shah) bahawa Hj Md Shah telah meninggal dunia pada tahun 1948. Kenyataan ini juga tidak tepat.

Pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua, pada tahun 10-an, 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an, pekerjaan dan jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang anak Melayu ialah menjadi guru atau cikgu. Jika seorang anak Melayu terpilih memasuki Maktab atau kolej pada zaman itu, ia adalah pencapaian yang terbaik dan tertinggi. Dasar Pendidikan pemerintah British ialah untuk menjadikan anak-anak Melayu nelayan atau petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka.

Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada 1905 untuk menampung anak-anak raja dan orang berketurunan. Anak-anak orang kebanyakan tidak layak ditempatkan di MCKK. Terpilih memasuki Maktab Melayu Melaka (1900-1922) dan Sultan Idris Training College (SITC) merupakan satu kejayaan untuk anak-anak orang kebanyakan.
Senjuh Suratan
Buku Senjuh Suratan
Selama tiga tahun di Maktab Melayu Melaka sebagai pelajar (1909-1911); dan mula berkhidmat Guru Penolong di Sekolah Latihan Maktab . Gaji yang dibayar seorang guru penolong kelas II ialah sebanyak $11.00 sebulan, manakala guru penolong kelas I pula $12.50 sebulan. Gaji Guru Pelawat ialah antara $40.00-$50.00 sebulan.

Semasa menjadi guru bahasa Melayu dan pembantu kepada Munsyi Sulaiman, Hj Md Shah telah mula menulis buku yang bertajuk Senjuh Suratan Dn disempurnakan pada 1921, yang diterbitkan oleh Matbah Kahariah, Bandar Maharani, Muar. Buku ini pada asalnya dicetak dalam huruf jawi, setebal 64 halaman. Secara umumnya buku ini menjelaskan ‘aturan jalan karangan bahasa Melayu’.

 Tujuan Hj Md Shah menulis buku ini agar menjadi panduan bagi murid-murid menulis karangan-mengarang. Buku ini telah disunting semula oleh Dr Hashim Musa, professer di Akademi Pengajian Melayu, dan diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1992.
Kamus Am
Kamus AM
Peranan guru-guru Melayu cukup penting dalam gerakan mengubah pemikiran rakyat, di samping mencetus rasa dan semangat kebangsaan Melayu pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Gerakan pembaharuan pemikiran disalurkan melalui media akhbar dan majalah. Guru-guru Melayu telah menubuhkan Kesatuan Guru-guru Melayu untuk turut terlibat di dalam gerakan kesedaran dan pembaharuan pemikiran. Pada 1 Februari 1923, Hj Md Shah telah mengasaskan Kesatuan Guru-guru Melayu Melaka.
Saluran idea pembaharuan yang cukup efektif ialah surat khabar dan majalah. Hj Md Shah ialah diantara pengasas Majalah Guru yang diterbitkan pada kali pertama pada 1 November 1924. Majalah ini memainkan peranan yang amat penting di samping surat khabar dan majalah lain untuk menyedarkan rakyat. Guru-guru Melayu menguasai mdia untuk menyuarakan pendapat mereka melalui makalah rencana dan karya sastera.
Guru-guru Melayu adalah inteligensia atau intelektual Melayu pada masa itu seperti juga infeligensia Melayu berpendidikan Inggeris dan yang berpendidikan agama Islam. Mereka adalah penggerak semangat kebangsaan Melayu yang cukup efektif, yang memperjuangkan pemerintah sendiri dan kemerdekaan agar bebas dari belenggu penjajahan.
Justeru adanya semangat untuk mempertingkatkan kemajuan pemikiran dan pendidikan Melayu, maka Hj Md Shah Yusuf terlibat di dalam bidang penulisan. Walaupun penulisan beliau lebih tertumpu kepada persoalan kebahasaan, namun ia adalah usaha mempertingkatkan dan memperkayakan Bahasa Melayu. Anak-anak Melayu kekurangan dan ketiadaan buku teks sekolah, oleh kerana itu guru-guru Melayu lulusan Maktab Melayu Melaka dan Idris Training College (SITC) menggerakan usaha penulisan buku-buku Melayu. Lantaran penulisan tersebut boleh menyedarkan rakyat, Hj Md Shah pernah diberi amaran oleh British; khususnya dari Pengarah Pendidikan Melaka dan Kuala Lumpur. Penulis Senjuh Suratan itu juga diberi amaran oleh Nazir-Nazir Sekolah dan Penolong Pengarah Pelajaran di Kuala Lumpur.
Kesedaran kebangsaan ini turut meluas dan melebar di dalam gerakan kesusasteraan. Persaudaraan Sahabat Pena Melayu (PASPAM) telah diasaskan pada 15 April 1934, dan cawangannya ditubuhkan di Melaka pada 1 April 1936. Hj Md Shah ialah Yang di Pertua cawangan Melaka dari semenjak ditubuhkan hinggalah pada 8 Disember 1941, apabila pecah Perang Dunia Kedua. Wadah kesusasteraan merupakan salah satu wahana kesedaran kebangsaan Melayu. Hj Md Shah ialah seorang ahli Lembaga Bahasa yang dibawah tadbir PASPAM.
Pertubuhan politik Melayu yang terawal ialah Persatuan Melayu Singapura (1926) yang diketuai oleh Muhammad Eunos Abdullah. Kesedaran berpolitik Melayu telah mula meningkat dengan tertubuhnya persatuan atau kesatuan Melayu di seluruh pelusuk tanahair. Suara-suara Melayu berkumandang melalui persatuan atau kesatuan ini membicarakan tentang hak dan tuntutan Melayu. Kesedaran ini turut dirasakan di Melaka. Kesatuan Melayu Melaka ditubuhkan pada 29 September 1937, dan Hj Md Shah Yusuf merupakan Naib Yang di Melayu Melaka. Pergerakan politik Kesatuan Melayu Melaka kemudiannya terserap ke dalam UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Hj Md Shah juga merupakan salah seorang pengasas UMNO Alor Gajah, Melaka.
Sumbangan guru-guru Melayu di dalam gerakan kesedaran kebangsaan cukup besar. Suara-suara kemelayuan dan kemerdekaan di salurkan melalui penubuhan persatuan-persatuan. Dari semenjak 1941-1947 Hj Md Shah menjadi Yang di Pertua Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka. Lebih awal dari itu, Hj Md Shah pernah menjadi Setiausaha yang pertama Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka, yang ditubuhkan pada 19 Januari 1926. Barangkali dengan sifat cermat, hemat dan jimat beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Syarikat Guru-Guru. Penglibatan Hj Md Shah Yusuf di dalam aktiviti dan pergerakan kemasyarakatan tidak sahaja di dalam bidang pendidikan, kesusasteraan, politik, kesatuan guru-guru, beliau juga terlibat dengan cergas dalam gerakan dakwah Islamiah dan dilantik sebagai Yang di Pertua Persatuan Seruan Islam Melaka mulai dari 22 Februari 1948.
Walaupun beliau bersara pada 7 September 1949 dengan jawatan terakhir sebagai guru pangkat khas, tidak bermakna berhenti segala aktiviti kemasyarakatan beliau. Di samping aktif di dalam Persatuan Seruan Islam Melaka, beliau turut aktif dalam Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) yang ditubuhkan pada tahun 1950. Beliau turut hadir sebagai pemerhati IPM di Kongres Tanah Melayu kali ketiga yang diadakan di Universiti Malaya, Singapura. Di dalam Kongres Kebudayaan Melayu pertama 1957-1958 di Melaka, beliau membentangkan kertas kerja iaitu Adat Istiadat dan Budi Bahasa.
Tidak diketahui berapa banyak buku yang dihasilkan oleh Hj Md Shah, namun beliau telah menyumbang segala kemampuan keilmuan beliau di dalam beberapa buah buku yang diterbitkan oleh Bingkasan Pujangga Singapura. Selain dari Senjuh Suratan, beliau ada menulis Kamus Bahasa Inggeris-Melayu, Perkataan Bererti dan lain-lain. Beliau juga adalah penyusun Kamus Am Melayu yang mengandungi 692 halaman yang diterbitkan oleh Pustaka Rakyat, No. 11 Riverside, Melaka pada tahun 1957.

CIKGU MOHD NOOR AHMAD PEJUANG DASAR PELAJARAN KEBAGSAAN YANG TERSIKSA

Wednesday, May 04, 2005

 


BAHASA MELAYU BERGELUT DI LUBUK SENDIRI

DITAKDIRKAN Cikgu Mohamad Nor Ahmad dihidupkan kembali sekarang, lebih awal dari waktu manusia yang mati akan dibangkitkan semula, apakah gerangan komennya tentang perkembangan penggunaan Bahasa Melayu yang dikatakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan itu?

Nescaya dia terduduk dan tak berkata-kata!

Dia akan melihat keadaan dasar bahasa yang berselerak dan dalam proses nasi nak jadi bubur. Jika sumbu semawar tidak dipadamkan, sah nasi menjadi bubur.

Malangnya, tiada lagi di kalangan rakyat kini seorang yang bernama Cikgu Mohd. Nor Ahmad, pejuang bahasa Melayu yang pernah menjadi pemimpin Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung sejurus seelum dan selepas merdeka.

Rakan kharib Ibrahim Yaakub semasa di Maktab Perguruan Tanjung Malim, adalah antara anggota Majlis Tertinggi UMNO yang bersama Tunku Abdul Rahman Putra memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Cikgu Mohd. Nor mengambil sikap keras memperjuangkan supaya bahasa Melayu dijadikan bahawa kebangsaan dan menjadi bahasa penghantar tunggal di sekolah-sekolah. Melalui sokongan rakannya dalam Majlis Tertnggi UMNO seperti Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar, beliau mahu UMNO mengistiharkan bahasa Melayu bakal menjadi bahasa kebangsan dan bahasa penghantar tunggal di sekolah.

Syed Nasir dan Syed Albar gagal memujuk Tunku untuk menerima dasar itu. Keduanya meminta supaya Cikgu Mohd. Nor tidak mendesak sangat supaya Tunku menyetujuinya kerana Tunku mengugut untuk meletak jawatan jika dasar bahasa Cikgu Mohd. Nor itu hendak diteruskan juga.

Tiada patah ke belakang bagi Cikgu Mohd. Nor. Menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Pulau Pinang Cikgu Mohd. Nor menemui Tunku bertanyakan benarkan Tunku akan meletakkan jawatan jika UMNO bertegas dengan perjuangan bahasa. Tunku menjawab, ‘Ya!’

Kata dua dari Cikgu Mohd. Nor, ‘Sebelum Tunku meletak jawatan, patik akan gunakan peruntukan undang-undang sebelum Perhimpunan Agung UMNO dimulakan untuk mengemukakan usul tergempar, menuntut supaya Tunku meletakkan jawatan dari pimpinan UMNO kerana tidak setuju’ dengan cadangan menjadikan bahasa sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah.

Tunkupun berlembut dan setuju untuk membincangkan dalam Majlis Tertinggi. Cikgu Mohd. Nor meneruskan lobinya dalam MT UMNO. Tun Razak lebih awal menyatakan sokongannya. Setelah berbahas panjang di kediaman Tunku di tapak Bangunan Wisma Putra sebelah DBP, apabila diundi hanya Dr. Ismail dikatakan mengangkat tangan menentang.

Kerana perjuangan bahasa dan memertabatkan guru-guru Melayu, Cikgu Mohd. Nor membawa guru-guru Melayu keluar UMNO beramai-ramai. Itulah Cikgu Mohd. Nor, orang yang meletakkan songkok Pendita ke kepala Za’ba dalam Kongres Bahasa ke 111 di Johor Bahru.

Malaysia yang merdeka melihat bahasa kebangsaan itu didaulatkan hingga ke mahkamah dan dalam pertuturan harian. Dalam kemuncak kedaulatan bahasa itu Presiden MIC Dato Seri Samu Vellu berbangga ‘mewajibkan’ Perhimpunan Agung MIC berbahasa dalam Bahasa Malaysia. Dia tidak melayan mana-mana perwakilan yang bercakap dan menyoalnya dalam bahasa Tamil.

Sekonyong-konyong hampir setengah abad merdeka, didapati rakyat khususnya orang Melayu tidak lagi dapat menguasai bahasa Inggeris. Tetapi orang Melayu yang ketinggalan dalam pelajaran selama terjajah dan selepas terjajah, mulai ramai menjadi saintis dan serjana melalui pengajian dan penggunaan bahasa Melayu. Cuma mereka tidak menguasai bahasa Inggeris seperti orang Inggeris.

Demi menguasai semula bahasa Inggeris pernah Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir bersuara supaya dibuka semula sekolah Inggeris seperti dulu. Ia bukan pandangan yang popular. Justeru itu kerajaannya membuat dasar menginggeriskan mata pelajaran sains dan matematik. Ia juga tidak popular.

Malangnya di alaf baru ini tiada lagi Cikgu Mohd. Nor Ahmad. Yang ada hanya Abdullah Ahmad, Hassan Ahmad dan Musa Mohamad.

Kesan awalnya industeri Bahasa Malaysia terancam. Pengarang Melayu yang tidak ramai itu yang mencari makan melalui tulisannya, tidak lagi dapat cari makan apabila bukunya tidak dicetak lagi. Kaum yang menguasai Bahasa Inggeris lebih beruntung.

Kongres Pendidikan Melayu mendapati pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris setakat ini menyebabkan pelajar lemah dalam mata pelajaran itu malah mereka juga lemah dalam mata pelajaran bahasa. Kesan jangka panjangnya, bilangan orang Melayu yang menjadi doktor, saintis, jurutera dan lain-lain akan merosot.

Kerajaan tidak menyangkal saranan dan kajian para pendidik Melayu itu. Kerajaan tidak mahu berpatah ke belakang kerana tidak mahu dilihat terburu-buru dan kerana yang ada sekarang adalah dasar kerajaan. Kerajaan mahu mempertahankan dasar kerajaan sekalipun ia berkemungkinan memperlemah kedudukan orang Melayu dalam pelajaran.

Kerajaan hanya berjanji untuk mengkaji kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang terbaik. Berapa lama kajian itu dibuat?

Dalam kempen mengukuhan bahasa Inggeris ini, kedaulatan Bahasa Malaysia sudah dilihat berselerak. Siaran TV dalam bahasa Malaysia tidak lagi perlu alih bahasa dari Inggeris. Cuma ada terjemahan. Orang Melayu yang buta yang tidak tahu Inggeris tentu melihat terjemahan itu.

Semasa bahasa kita berdaulat dulu siaran La tour de Langkawi dalam dikuti dalam Bahasa Melayu. Sekarang Inggeris belaka. Dulu wartawan TV terpaksa buat dua interbiu. Soalan jawab dalam bahasa Malaysia untuk siaran dalam bahasa itu dan versi Inggeris pula untuk siaran Inggeris. Sekarang pakai satu saja biasanya yang digunakan ialah Inggeris.

Menonton berita TV sekarang mesti bersedia seperti menonton filem Hindustan, mengiktui kandungannya melalui terjemahan bertulis.

Yang yang bukan Melayu sudah tidak perlu lagi diinterbiu dalam bahasa Melayu dan apa lagi dalam perasmian majlis-majlis. Sudah ada bas memakai kalimah BUS di dindingnya. Mungkin akhirnya kalimah BAS tidak terepakai lagi.

Sampul tentang setem sudah berbayar masih dalam Bahasa Malaysia, tetapi lazimnya sampul surat yang beredar penuh dengan Inggeris saja.

Jabatan-jabatan kerajaan tidak lagi perlu menerima surat dalam bahasa Malaysia saja. Dalam apa saja hantarlah. Ia tidak akan dipulangkan semula. Samy Vellu pun mungkin tidak perlu lagi berucap dalam Bahasa Malaysia dalam perhimpunan partinya. Dalam siaran TV pun dia cuba mengekalkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Dan lebih menjolok mata dalam siaran TV mengenai laporan Parlimen, seorang Ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan isu kenaikan tambang ferri Pulau Pinang menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin bahagian itu saja dia berbahasa Inggeris, tetapi TV menyiarkan dia berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris itu penting, tetapi apakah untuk mengatasinya, membiarkan dasar bahasa Malaysia berselerak seperti sampah yang tidak dipungut Alam Flora?

Ia adalah peninggalan Tun Dr M.

Kalau Cikgu Mohd. Nor Ahmad dihidupkan kembali, dia mungkin berkata, ‘Lebih baik dia kekal di kuburnya.’

SeTAPAK
25/04/05

ROSLI DGOBI SANGGUP MATI DEMI .....MARUAH BANGSA

Jumaat, 11 Mei 2012

ROSLI DHOBY

TAKUT HADAPI RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.



Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjaradi Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
CATATAN:
  • Pada umur yang sangat muda, beliau telah mengerti erti perjuangan melangkaui orang-orang dewasa pada zamannya.
  • pemuda kita wajar mencontohi beliau akan semangat juangnya, berbanding menimbulkan api perpecahan yang semakin disukai oleh golongan Alim juhala.
  • Menjadi Inspirasi kepada penulis setelah menonton warkah terakhir.
  • Mendapat pengiktirafan kerana telah dimasukkan dalam wikipedia

surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950

Wednesday, May 9, 2012


 PREJUDIS DAN KEANGKUHAN KERAJAAN TERHADAP SEJARAH

 Setiausaha Antarabangsa dan Hal Ehwal Pertubuhan Bukan Kerajaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Ronnie Liu menerangkan dalam kenyataan media beliau, The real fighters for MERDEKA,

bahawa generasi baru di Malaysia kurang memahami sejarah, kerana buku teks sejarah kita tidak merakamkan kebenaran sejarah.Menurut beliau, “Bertentangan dengan apa yang dipelajari dari buku teks, pemimpin Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar”.

Ronnie menamakan Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, 
Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), 
Arshad Ashaari, Dahari Ali, Baharuddin Tahir, Khadijah Ali, 
Ibrahim Karim, 
Kamarulzaman Teh (Pak Zaman), 
Abdul Rahman Rahim 
dan ramai lagi pemimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
pejuang merdeka sebenar.