SYUKUR MALAYSIA SERTAI SIDANG BANDUNGMALAYSIA
hadir dalam Sidang Bandung atau Sidang Afro-Asia kali kdua di Bandang
sangat penting dan besar ertinya bagi rakyat Malaysia. Dan sudah
tentulah peranan yang Malaysia mainkan dalam sidang itu bagi
mengembalikan mertabat Piagam Bandung agak lebih bererti.
Sidang
Kemuncak Bandung-Jakarta 2005 pada 22 dan 23 April tentunya tidak
digemari oleh dunia barat, sama dengan ia tidak digemarinya pada
sidangnya yang pertama tahun 1955.
Atas sebab ia tidak disukai
oleh penjajah, maka Tunku Abdul Rahman Putra yang menjadi Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu tidak menyertainya walaupun didesak oleh
masyarakat Tanah Melayu supaya hadir.
Dalam sidang Afro-Asia
kedua 1965 yang dijadualkan di Algeria, sempena 10 tahun sidang itu,
Malaysia yang dijadualkan hadir memainkan peranan menggagalkannya
apabila ia batalkan setelah seluruh perwakilan sudahpun tiba di negara
tuan rumah.
Oleh sebab itu Malaysia tidak boleh tidak serta
dalam sidang sempena 50 tahun berlangsungnya siding yang menjadi asas
atau perintis kepada sidang kemuncak negara berkecuali yang dipanggil
NAM sekarang.
Tanah Melayu ketika itu belum merdeka, tetapi
ia sudah berada diambang keperdekaan. Tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957
sudah dipersetujui dan persiapan sudah dibuat.
Sikap pro
barat yang berlebihan kerajaan Tanah Melayu ketika itu melihat sidang
Bandung yang dihadiri sama oleh Negara-negara komunis menyebabkan Tunku
tidak tertarik, mungkin untuk menjaga hati British. Apapun kemerdekaan
yang sudah ditetapkan itu tidak mungkin dibatalkan.
Seorang
ahli UMNO Kampung Baru, Kuala Lumpur yang keciwa dengan sikap kerajaan
itu menganjurkan persidangan terbuka bersama Dr. Burhanuddin al Hilmy
yang belum menjadi pemimpin PAS ketika itu dan Dato Onn menggesa supaya
Tanah Melayu menghantar wakil. Sidang itu menghantar Dr. Burhanuddin
untuk menjadi pemerhati.
Tunku bukan sekadar menolak gesaan itu malah memecat Yahya dari menjadi UMNO kerana pandai-pandai menganjurkan sidang itu.
Walaupun
Perdana Menteri India, Juaharlal Pundil Nehru dalam perjanalan ke
Bandung singgah berjumpa Tunku, tidak berupaya mengubah sikap Tunku.
Padahal Nehru adalah tokoh dunia yang disegani oleh Tunku.
Oleh
kerana penyertaan ke siding Bandung itu adalah atas nama kerajaan,
Dr.Burhanuddin tidak boleh menyertainya, malah tidak juga boleh menjadi
pemerhati kerana ia tidak membawa apa-apa keizinan dari kerajaan Tanah
Melayu. Dr. Burhanuddin adalah kawan Sukarno. Itupun tidak
memungkinkannya menyertainya.
Bagaimana pun Dr. Burhanuddin
dapat juga masuk mengikuti sidang dengan menggunakan pas wartawan
kenalannya di Jakarta. Sidang idea Sukarno itu ditaja bersama oleh lima
Perdana Menteri Asia-Afrika yang terdiri dari Perdana Menteri Indonesia
Dr. Ali Sastroamijoyo, Presiden Mesir Jeneral Gamal Abdul Nasser,
Perdana Menteri India Pundit Nehru, Perdana Menteri China Zau Enlai dan
Perdana Menteri Burma U Nu.
Turut hadir Perdana Menteri Arab
Saudi Putera Faisal Abdul Aziz, Presiden Vietnam Utara Ho Chi Minh,
Putera Norodom Sihanuke. Negara pro barat seperti Filipina, Thailand dan
Jepun tidak hadir.
Untuk pertama kali negara-negara merdeka
dan baru merdeka dari penjajahan barat dapat disatu sebagai satu kuasa
pengimbang kuasa penjajah. Ia mengemukakan Sukarno sebagai tokoh Asia
dan Afrika yang tersohor menyamai Nehru.
Ia mencipta Piagam
Bandung yang menyarankan supaya semua wilayah terjajah dimerdekakan dan
tiada negara boleh campur tangan urusan Negara lain, dan semua Negara
mesti menjamin kemerdekaan dan kedaulatan semua Negara merdeka.
Piagam Bandung itu memperkukuh lagi piagam PBB yang mengaku hak asasi manusia dan sebagainya.
Tunku
sebagai Perdana Menteri terpaksa bersetuju menghadiri Kemuncak di
Algeria mungkin didorong oleh tekanan konfrantasi Indonesia terhadap
Malaysia. Propaganda anti Malaysia cukup kencang di kalangan Negara
berkecuali. Tunku mengirim Tun Dr. Ismail mengetuai persidangan
peringkat menteri.
Dr. Islam menyewa bilik sebelah Dr.
Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang cuba menghalang kehadiran
Malaysia. Malah deligasi Malaysia sukar mendapat bilik kerana semua
hotel tidak menerima kehadirian Malaysia.
Delilgasi Malaysia
berjaya mendapat bilik untuk Menteri Luar Algeria, Aziz Boutiflika yang
kenal Tun Razak secara peribadi. Atas persabahatan itu Boutiflika
membantu memberi biliknya, menyebabkan Dr. Subandrio terkejut.
Tunku menghadiri sidang Chogm di London. Tidak senang kerana tentangan
terhadap Malaysia sangat ketat. Deligasi Malaysia dihalang masuk ke
dewan persidangan. Teksi pun tidak berapa mahu mengambil orang Malaysia.
Mereka masuk ke sidang dengan menggunakan bendera Jepun, berbaris masuk
ke dewan. Penjaga pintu menyangka mereka perwakilan Jepun dan
membenarkan masuk.
Perwakilan Indonesia terkejut bagaimana orang Malaysia boleh masuk dewan.
Semua
laporan itu menyulitkan kehadiran Tunku. Dalam suasasana itu tiba-tiba
Menteri Pertahanan Algeria melancarkan rampasan kuasa terhadap Presidesn
Ahmed ben Bella pada saat terakhir siding kemuncak itu.
Tan
Sri Ghazali Shafie, Ketua Setiausaha Kementerian Luar membisikkan kepada
Tunku supaya minta kebenran Perdana Menteri Britain, Herold Macmillan
untuk bercakap khusus kepada perakilan Asia-Afrika yang akan menghadiri
siding Algeria.
Setelah lain-lian perwakilan keluar bilik
mesyurat, Tunku menjelaskan suasana di Algeria tidak menentu. Siapa yang
berkuasa. Tentunya ia menjejaskan siding dan keselamatan tidak
terjamin. Justeru itu beliau berkata beliau tidak akan menghadiri sidang
itu.
Presiden Ghana, Kwame Nkrumah menyokong saranan Tunku dan
beliau juga tidak akan ke Algeria. Semua Negara bersetuju dengan Tunku.
Tunku membuat pengumuman tidak menyertainya dalam siding media.
Dr.
Subandrio menghubungi Zulfikar Ali Bhutto, Menteri Luar Pakistan
menyatakan siding itu berjalan terus kerana Jeneral Bomediene yang
menjadi Presidesn baru berkuasa penuh. Petang itu Bhutto menemui Ghazali
Shafie minta ketua-ketua kerajaan Asia Afrika dalam siding Komenwel
hadir.
Ghazali memberitahu Bhutto supaya cuba meyakinkan
Nkrumah supaya membatalkan keputusan tidak menghadiri sidang itu. Atas
gesaan Bhutto, Ghazali mengubungi Nkrumah, menyatakan permintaan Bhutto
supaya pemimpin Asia-Afrika di London itu bersidang semula.
Jawab
Nkrumah, ‘Bhutto ni gilakah?’ Dia berkeras tidak mahu menghadiri sidang
itu. Satu kumpulan besar memulaukan sidang itu, maka ia pun dibadalkan.
Maka
dalam sidang di Bandung ini Malaysia mesti bersikap positif bagi
membetulkan sejarahnya silapnya berhubung kemuncak Bandung itu. Datuk
Seri Abdullah Badawi mesti menunjukkan penampilan yang ketara supaya
Malaysia dilihat berperanan.
Kalau Jepun, Tailand, Singapura
dan Filipina pun hadir, maka Malaysia adalah sahabat ssedarah sedaging
dengan Indonesia, mesti menjadikan sidang Bandung dalam membetulkan
imbangan dunia dan PBB yang sudah senget sekarang.